APA YANG BAYI ANDA PERLU MINUM
APA YANG BAYI ANDA PERLU MINUM
Penyusuan susu ibu sesuatu yang mudah dan semulajadi.
Setiap wanita yang mempunyai payudara besar atau kecil mampu menyusu
anak mereka.
Penyusuan susu ibu tidak merosakan bentuk badan. ibu hanya
memerlukan tunjukajar cara menyusu dengan betul, sokongan moral dari
keluarga terdekat, kawan sepejabat , majikan dan kerajaan.
Bayi yang baru lahir hanya memerlukan tiga perkara ia itu kehangatan dalam
pelukan ibu, makanan dari payudara ibunya dan keselesaan serta keselamatan
dengan kewujudan ibu bersama bayi setiap masa.
1. Kawan saya memberitahu yang saya tidak boleh menghasilkan susu yang
mencukupi untuk bayi yang baru lahir sehingga 2-3 hari. Apakah minuman yang harus saya berikan padanya sementara menunggu penghasilan susu yang banyak.
Jawapan
Bayi yang baru lahir hanya memerlukan susu yang dihasilkan oleh ibunya sahaja. Setiap ibu menghasikan ‘kolostrum’ ( susu yang dihasilkan pada 7 bulan kehamilan dan beberapa hari selepas kelahiran).
Bayi tidak perlu di beri air atau minuman lain selain susu ibu.
Puan hanya perlu meletakkan bayi pada payudara apabila bayi menunjukkan
tanda-tanda dia lapar. ibu akan belajar mengenali tanda-tanda ini selepas
beberapa hari bersama bayi. (kita boleh berbincang dengan lebih terperinci di sesi akan datang.
Kolostrum adalah susu anugerah Allah yang terbaik bagi memenuhi keperluan
bayi di awal kelahiran.
Penghasilan kolostrum dalam nisbah yang sedikit kerana perut bayi masih kecil. Bayi hanya memerlukan lebih kurang 20ml atau 4 sudu teh dalam masa 24 jam.
Walaupun sedikit zat-zat makanan yang lengkap dalam klostrum sudah mencupi bagi memenuhi keperluan bayi. Ianya kaya dengan Vitamin A dan K.
Apakah itu Kolostrum?
- Kolostrum di hasilkan pada bulan 7 bulan kehamilan dan berterusan
sehingga beberapa hari selepas kelahiran bayi.
- Kelihatan pekat, melekit dan berwarna cerah dan kekuningan.
- Bertindak sebagai lapisan menyaluti usus bayi bagi mengelakkan jangkitan
yang menyebabkkan cirit-birit.
- Kolostrum adalah imunisasi pertama pada bayi bagi melindungi bakteria
dan virus.
- Makanan pertama yang sempurna dengan kandungan protein, vitamin A
dan K lebih tinggi berbanding susu matang.
- Bertindak sebagai pelawas bagi membantu perkumuhan mekonium (najis
pertama bayi yang berwarna hitam). Pengeluaran mekonium yang cepat dapat
mengurakan jaundis.
- Kolostrum yang dikeluarkan dalam kuantiti yang sangat sedikit bersesuaian
dengan perut bayi yang kecil
2. Apakah kesan kepada bayi jika diberi air, madu, air gula, atau susu formula.
Jawapan
- Pemberian selain susu ibu kepada bayi baru lahir disebut ‘prelacteal feeds’.
Ini boleh memudaratkan ibu dan bayi
- Pemberian air hendaklah dielakkkan sebab ia akan menyebabkan perut
bayi penuh dan kenyang. Bila sudah kenyang bayi akan kurang mengisap
payudara ibu dan menyebabkan bayi tidak mendapat kolostrum yang amat tinggi
khasiatnya.
- Pemberian susu formula boleh menyebabkan kontiminasi daripada
penggunaan botol dan punting yang tidak bersih. Alergi atau alahan banyak
berlaku dikalangan bayi yang diberi susu haiwan
- Penggunaan puting botol menyebabkan berlaku ‘keliru puting’ dan bayi
tidak mahu mencuba mengisap payudara ibu yang pendek berbanding puting
tiruan yang lebih panjang dan senang.
- Jika ini berlaku ibu mungkin menghadapi komplikasi bengkak payudara dan
infeksi yang berkemungkinan ibu tidak berjaya menyusu secara eksklusif dan
meneruskan penyusuan sehingga 2 tahun.
- Ada juga anggota kesihatan memberi air bagi mengelakkan dehaidrasi.
Anda tidak perlu bimbang kerana bayi dilahirkan dengan simpanan air yang
mencukupi, jadi pemberian air tdak diperlukan.
- Sekiranya bayi benar-benar memerlukan air atas sebab-sebab kesihatan,
doktor hendaklah memberi arahan bertulis.
3. Saya banyak mendengar nasihat daripada anggota kesihatan untuk
memberi penyusuan susu ibu secara eksklusif. Bolehkah ditambah dengan susu
formula, air, jus buah-buahan, sup, dan ‘grape water’. Bolehkah puan memberi
penerangan tentang penyusuan susu ibu secara eksklusif dan berapa lama.
Jawapan
- Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud bayi hanya diberi susu ibu
sahaja. Tiada minuman dan makanan selain susu ibu. Bayi yang disusukan secara eksklusif sehingga 6 bulan dan meneruskannya sehingga 2 tahun atau lebih. Makanan pelengkap boleh diberi pada usia 6 bulan.
- Kandungan air dalam susu ibu sentiasa mencukupi untuk keperluan bayi walaupun ketika hari panas. Oleh itu bayi tidak memerlukan air tambahan, jus buah-buahan, ‘grape water’
Jika saya boleh, pastilah anda juga
boleh! Saya mendoakan agar anda diberikan pengalaman dan peluang untuk
merasainya. Lengkaplah sudah kehidupan sebagai seorang ibu.
Hubungi saya di hasheena73@gmail.com sekiranya ada pertanyaan mengenai penyusuan susu ibu..
Credit
Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0128844580/0178541176 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse
Catat Ulasan
SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com