Bagaimana nak elakkan ruam lampin? Saya gunakan Herbal Blend...

Bagaimana nak elakkan ruam lampin? Saya gunakan Herbal Blend...

Ruam lampin adalah perkara biasa bagi bayi, terutama sekali apabila mereka antara sembilan hingga 12 bulan. Jadi, anda sebagai ibubapa berkemungkinan pada satu masa, membuka lampin bayi anda dan berhadapan dengan punggungnya yang radang merah. Ia boleh berlaku tak kira samada anda menggunakan lampin yang boleh dibasuh atau lampin pakai buang.


Bagaimanakah rupa ruam lampin?


Jika bayi anda mendapat ruam lampin, anda akan tahu. Kulitnya kelihatan merah dan meradang di tempat di mana lampin menyentuh kulitnya. Ruam itu boleh menjejas genitalnya, kulit di bahagian luar lipatan-lipatan di pahanya, dan punggung. Kawasan terjejas mungkin menjadi kering atau lembap, dan kadangkala berkilat atau berbintik.

Jika ruam lampin yang biasa tidak dirawat, ianya boleh berkembang menjadi sesuatu yang serius, termasuk:


• Infeksi yis, seperti
kandida atau seriawan. Infeksi yis adalah lebih biasa bagi bayi yang sedang mengambil antibiotik. Ini adalah sebab antibiotik membunuh bakteria bagus yang selalunya mengawal yis itu. Jangkitan kandida bermula sebagai bintik-bintik kecil merah yang berganda dan bercantum menjadi satu tompok merah yang besar.

• Infeksi bakteria. Bayi anda mungkin mengalami
demam, dan infeksi itu selalunya menyebabkan timbulnya tompok-tompok kuning yang berair atau bintik-bintik yang bernanah.

Apakah yang menyebabkan ruam lampin?


Sebab utama ialah keadaan basah yang disebabkan sentuhan dengan air kencing dan najis dalam lampin. Bayi baru lahir kerap kencing dan juga kerap membuang air besar yang cair.

Lampin yang paling meyerap pun meninggalkan kelembapan atas kulit bayi yang halus dan baru. Ini kemudian membuatnya lebih sukar bagi kulit bayi berfungsi sebagai pengadang, menambahkan kemungkinan kulitnya mengalami iritasi.


Bayi yang dibiarkan memakai lampin yang kotor terlalu lama lebih mungkin mendapat ruam lampin. Walau bagaimanapun, ianya juga boleh menyerang punggung bayi yang mempunyai kulit yang sangat sensitif, walaupun lampin mereka sering diganti.


Reaksi antara air kencing dan najis yang bertempek bersama dalam lampin adalah sangat bahaya bagi kulit bayi anda. Serangan
diarea (cirit-birit) boleh membuat bayi lebih mudah mendapat ruam lampin. Ini sebab najis bayi berselerak atas ruang yang lebih lebar dan adalah lebih basah dari biasa.

Kadangkala, perkara-perkara lain boleh menyebabkan ruam lampin. Bayi anda mungkin mendapat reaksi
alergi terhadap produk yang menyentuh kulitnya. Ini diberi nama dermatitis alergi, tetapi amat jarang bagi bayi mendapatnya.

Dermatitis alergi boleh tercetus apabila menggunakan lampin jenama lain, atau pembersih baru atau sapuan bayi. Kadangkala sebabnya nyata, apabila ruam terus timbul selepas anda menukar kepada produk baru.


Apakah cara paling baik merawat ruam lampin?


Anda boleh merawat ruam lampin dengan sendiri. Ruam itu akan hilang selepas tiga atau empat hari dan tidak akan terlalu mengganggukan bayi anda.

Beginilah caranya untuk merawat ruam lampin.


• Pastikan bayi anda bersih dan kering dengan selalu menukar lampinnya. Cuba lakukan ini sebaik saja dia basah atau telah mengotorkan lampinnya.


• Cuci punggung bayi anda. Anda boleh melakukan ini dengan menggunakan sabun tanpa minyak wangi dan tisu sapuan bayi (periksa label) atau sabun lembut mengandungi pelembap. Bilas punggung bayi dengan air biasa dan sapu kulit sampai kering.


• Berikan bayi anda masa seberapa banyak yang mungkin untuk tidak memakai lampin supaya mempercepatkan pemulihan. Letakkan dia atas tuala dalam bilik yang selesa panas.


Jika bayi anda agak sudah besar, letakkan dia dalam bilik yang mempunyai lantai yang senang dicuci. Jika cuaca tidak begitu panas, anda boleh membawanya ke luar.


• Sapukan sedikit krim pengadang atau salap sebelum memakaikan lampin bersih. Jangan sapukan krim terlalu tebal. Cuma gunakan sedikit sahaja dan sapukan sampai meresap dan kulit bayi boleh kelihatan, tidak tertutup. Krim itu menyediakan lapisan pengadang antara kulit bayi anda dan sebarang air kencing atau najis yang ada. Saya gunakan Herbal Blend Mutipurpose cream




**Herbal blend ni boleh juga disapu pada tumit,siku,bahagian belakang, celah2 jari kaki yang dimakan air...Ni mak ayah dan adik2 saya gunakannya untuk tujuan ini...


**Anak saya ada mild ekzema...pon memang tak miss sapu herbal blend ni...


Mandi sekali sehari sudah mencukupi. Gunakan sedikit pembersih bayi neutral pH atau emolien mandi yang ditambah kepada air mandi bayi anda. Awasi bahawa emolien mandi boleh membuatkan bayi anda agak licin dan susah untuk dipegang dengan kemas semasa dalam bekas mandinya.

Anda boleh menukar lampin kepada lampin pakai buang yang amat meresap supaya dapat mengurangkan kelembapan yang terkena pada kulitnya. Walau bagaimanapun, tiada bukti kukuh yang
lampin pakai buang adalah lebih baik daripada lampin kain untuk merawat atau mencegah ruam lampin.

Jika ruam lampin bayi anda disebabkan
alergi, masalah itu akan hilang dengan sendirinya selagi anda tidak menggunakan kembali produk yang menyebabkan ruam itu pada asalnya.

Sekarang sesudah saya merawat ruam itu, berapa lamakah ianya akan pulih?


Ruam lampin yang normal sepatutnya pulih selepas tiga atau empat hari diawat di rumah. Jika ruam itu tidak pulih selepas tiga atau empat hari, atau menjadi lebih teruk, tanya doktor keluarga anda atau pakar pediatrik untuk mendapatkan nasihat.

Ruam lampin bayi anda mungkin telah berkembang dan menjadi jangkitan kandida atau infeksi bakteria yang mungkin amat menyakitkan dan tidak selesa. Doktor anda mungkin mempreskripsikan krim hidrokortison atau antifungus, atau antibiotik, bergantung kepada penyebabnya.


Jika ruam bayi anda disebabkan kandida, jangan gunakan krim pengadang atau salap, sebab ini akan membuat ruam itu lebih parah.


Bagaimana mengelakkan daripada ruam lampin?


Pelindungan yang paling baik untuk menentang ruam lampin ialah punggung yang kering. Untuk membantu, ikutilah lima langkah mudah ini:

1. Biarkan bayi tanpa memakai lampin seberapa lama yang mungkin. Pemakaian lampinlah yang pada asalnya menyebabkan masalah ini.


2. Tukarkan lampin bayi anda secara kerap dan dengan cepat selepas dia membuang air kecil dan air besar.


3.
Cuci genital dan punggung bayi anda dengan rapi setiap kali dia membuang air besar. Periksa yang kulit bayi bersih dan kering sebelum memakaikan lampin baru.

4. Sapukan sedikit lapisan salap pada punggung bayi anda setiap kali menukar lampin.


5. Jangan guna bedak talkum. Ia tidak akan melindungi daripada ruam lampin dan boleh menyebabkan geseran dan meniritasikan kulit bayi.


Pakaikan lampin secara longgar supaya ada ruang untuk udara mengedar sekeliling punggung bayi anda.







Bagaimana dengan anda? Nak cuba Shaklee? Boleh hubungi saya di hasheena73@gmail.com atau sms/whatsupp 0128844580 untuk sebarang pertanyaan:)



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Masalah Anak Nakal Dan Degil - Apa sebabnya? Bagaimana jalan penyelesaiannya??

Masalah Anak Nakal Dan Degil - Apa sebabnya? Bagaimana jalan penyelesaiannya??

 

                                                           [Gambar Hiasan]
 
Tulisan asal oleh Ustaz Azrin;
Bismillahirahmanirrahim.. Segala Puji bagi Allah swt dengan limpah kurniaNya kesihatan saya hampir pulih. Kursus Perawat Intensif (personal guide) pada 30hb April dapat disampaikan dengan lancar, begitu juga dengan Kursus Urut Tradisional yang berlangsung pada hari ini, 1hb Mei. Pada awalnya kursus-kursus ini hampir dibatalkan kerana memikirkan saya berkemungkinan tidak dapat menyampaikannya oleh kerana kesihatan saya yang kurang memuaskan. Inilah yang dikatakan, wamakaru wamakarallah, wallahu khairul makiriin, " mereka merancang, dan Allah juga Merancang, Sesungguhnya Allah sebaik-baik Perancang".

Sebagaimana yang selalu saya sebut, masalah pada manusia ini saya bahagikan kepada empat elemen, iaitu Fizikal, Mental, Emosional dan Spiritual. Ada ramai ibu bapa yang datang bertemu dengan saya untuk mengikhtiarkan masalah anak-anak mereka yang degil dan tidak mendengar cakap. Adakah mereka ini mengalami gangguan jin..? Dalam pengalaman saya merawat anak-anak yang nakal dan degil ini, memang benar adanya gangguan-gangguan jin pada mereka. Namun apakah itu semua punca permasalahan?

Kalau hendak diikutkan yang sebenar-benarnya, mentarbiah anak-anak ini bermula seawal dari sewaktu suami isteri "bersama" lagi. Bacaan doa dan adab-adab sewaktu "bersama", serta mengikut tarikh dan waktu yang digalakkan, dan mengelakkan tarikh-tarikh dan waktu yang di larang oleh ulama'-ulama' mu'tabar. Perkara-perkara ini semua membantu kita dalam berikhtiar untuk mendapat anak-anak yang soleh dan solehah yang menjadi penyejuk mata dan hati kita.

Ada bermacam-macam kes anak nakal yang saya rawat, diantaranya satu kes di mana anak ini mengalami masalah tabiat mencuri dari kecil lagi, dan apabila anak itu dirawat, apa yang saya dapati, berpuluh-puluh ekor jin berada didalam tubuh badannya. Jadi... adakah kesalahan mencuri itu kita letakkan pada golongan jin tersebut? Cuba kita fikirkan sejenak...

Ada diantara kes anak yang sangat nakal dan degil, padahal umurnya baru mencecah lima tahun, bila saya rawat apa yang saya dapati memang ada gangguan jin yang mendampingi anak ini. Jadi.. setelah jin tersebut dikeluarkan dengan izin Allah, adakah masalah kenakalan dan kedegilannya selesai? Tidak semestinya... Tidak semestinya... Tidak semestinya...

Ada juga kes anak nakal yang saya rawat, tetapi tiada masalah gangguan jin padanya, tetapi bila saya mengajukan soalan demi soalan pada ibu dan bapa anak itu, apa yang saya dapati sumber pendapatan mereka adalah dari sumber yang syubhah (meragukan) dan ada juga dari sumber yang haram... Kesan dari sumber pendapatan yang syubhah dan haram ini anak-anak boleh menjadi nakal, degil, tidak cerdik dan mengalami kesukaran untuk mengaji Al-Quran serta bermasalah didalam pelajaran.

Pada pandangan saya, untuk menangani masalah anak-anak nakal dan degil ini, kita perlu mulakan sejak dari mereka kecil lagi, kasih sayang, ketegasan, disiplin perlu diterapkan pada jiwa anak-anak ini, supaya apabila mereka sudah meningkat remaja, kita tidak kekok untuk menegur mereka.

Jika anda bersama keluarga bertandang ke rumah orang lain, anak-anak anda tidak menjaga adab dan kelakuan di rumah orang, menyentuh dan mengusik barang-barang di rumah orang, membuka peti sejuk, mengambil makanan sesuka hati, memanjat sofa, melompat-lompat dan membuat bising.... apakah yang anda lakukan...? adakah anda akan teruskan berborak dengan tuan rumah dan membiarkan sahaja kenakalan anak anda...?

Tahukah anda bahawa sebenarnya hati tuan rumah tersebut tidak tenteram melihat kenakalan anak-anak anda mengusik barang-barang di rumahnya walaupun kelihatan dia tersenyum sambil berborak dengan anda..? adakah anda prihatin terhadap perkara ini?

Kalau perkara sekecil ini anda tidak prihatin, kalau perkara sekecil ini anda tidak dapat kawal, maka tidak mustahil lah satu hari nanti kenakalan dan kedegilan mereka ini akan mendatangkan musibah kepada anda...

Kesimpulannya para pembaca sekelian, kita sebagai ibu bapa perlu bijak dalam mendisiplinkan anak-anak kita, adakalanya memang kita beri mereka "gula-gula", tunjukkan kasih sayang, lemah lembut dan membiarkan mereka untuk meneroka alam kanak-kanak mereka dengan sedikit kenakalan, itu tidak mengapa... tetapi kita juga harus berani memberi mereka "ubat pahit", menegur dan memarahi mereka supaya mereka mengerti tentang erti "batas".

Jangan lupa untuk didik mereka dengan agama, solat, mengaji Al-Quran dan sebagainya, agar jiwa mereka di sinari cahaya agama, ajar mereka doa-doa membenteng diri dari kejahatan jin dan syaitan, ajar mereka tentang dosa pahala, selalu doakan mereka agar menjadi anak yang soleh.

Ada diantara ibu bapa yang mengabaikan solat, tidak cenderung kepada agama, berpakaian tidak menutup aurat dan mencorakkan suasana keluarga mereka dengan corak-corak yang melanggar hukum Allah. Inilah yang menjadi punca yang merosakkan jiwa dan akhlak anak-anak. Ibu bapa perlu solat dulu sebelum menyuruh anak mereka solat, ibu bapa perlu berakhlak mulia dulu sebelum mendidik anak-anak mereka agar berakhlak mulia.

Setelah membebel dengan panjang lebar, maka di sini saya kongsikan sedikit amalan untuk masalah anak yang degil, ayat ini juga dikatakan ayat selusuh (ayat untuk memudahkan kelahiran bayi), dibaca tujuh kali pada air, minyak, madu lebah atau makanan berikan pada anak-anak, dengan niat dan doa agar Allah lembutkan hati anak-anak dan menghilangkan kenakalan dan kedegilan mereka.

Ayat ini adalah dari Surah An-Nahl : 78
 
Credit
Auuuuccchhhh!!! Baby gigit masa menyusu...sakitnya!

Auuuuccchhhh!!! Baby gigit masa menyusu...sakitnya!

Soalan:
SAYA ibu yang menyusu bayi pertama berusia sebulan. Seringkali puting saya sakit ketika menyusukan bayi, tambahan pula bayi saya baru tumbuh gigi, kini sukar untuk saya menyusukan bayi dengan selesa. Adakah ia perkara biasa? dan bagaimanakah cara untuk mengurangkan rasa sakit tersebut?
* SJ-Johor



Jawapan:

Sebagai seorang wanita yang bergelar ibu, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas kepada Puan SJ kerana berusaha menjadi seorang ibu yang berjaya dalam penyusuan. Susu ibu adalah hak setiap anak yang perlu ditunaikan oleh seseorang ibu. Kejayaan seseorang ibu menyusui anaknya sehingga berusia sekurang-kurangnya dua tahun akan menjadikan anda seorang ibu yang cukup sempurna.

Menyusui bayi adalah satu tuntutan yang amat digalakkan oleh setiap agama dan kepercayaan. Penyusuan susu ibu adalah tuntutan yang diutamakan dalam agama Islam. Terdapat banyak ayat Al-quran yang menyebut tentang kepentingan menyusui anak, sama ada oleh ibu yang melahirkan anak ataupun ibu susuan. Seruan untuk menyusui anak telah disebut melalui firman Allah di dalam Al-quran melalu surah Al-Baqarah ayat ke 233 yang bermaksud: "Ibu-ibu hendaklah menyusui selama dua tahun genap bagi mereka yang ingin menyempurnakan penyusuan".

Menyusui bayi dengan susu ibu bukanlah sesuatu yang payah, ia juga bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Pengetahuan tentang penyusuan akan membantu meningkatkan keyakinan ibu dan seterusnya mendorong ibu untuk mengatasi dugaan dan rintangan seperti mana yang sedang puan hadapi.
Terdapat ibu yang mencerai susu ketika mereka rasa bayi mereka akan mula tumbuh gigi, tetapi menyusu badan pada peringkat ini adalah suatu yang normal dan semula jadi. Keperluan nutrisi bayi dipenuhi terutamanya dengan susu untuk sekurang-kurangnya tahun pertama. Ramai bayi yang diberi susu badan akan ada gigi dan kebanyakan tidak akan menggigit ibu mereka.

Kesakitan

Tetapi jika pada kali pertama dia menggigit, iaitu jika bayi anda tergigit payu dara anda, barangkali anda akan menjerit kesakitan. Reaksi anda yang kuat itu mungkin akan memeranjatkan bayi anda sehingga dia tidak berani mengulanginya. Sesetengah bayi boleh menjadi begitu terkejut atau takut akibat reaksi kuat sehingga mereka menolak penyusuan badan.

Jika gigitan berterusan, anda masih tidak perlu mencerai susu bayi anda kecuali jika anda mahu. Mengetahui apa yang menyebabkan dia menggigit dan cuba memuaskan keperluan bayi anda untuk menggigit menggunakan cara lain boleh menyelesaikan masalah ini dengan cepat.

Kebanyakan ibu mendapati penyusuan badan tetap pengalaman yang baik apabila mereka dapat hentikan kejadian menggigit ini. Sebab-sebab lain mengapa bayi anda menggigit adalah ketika tertidur, sesetengah bayi menggigit pada penghujung penyusuan apabila mereka terlelap.

Oleh itu, perhatikan pemerlahanan dan pelemahan pergerakan rahangnya dan alihkan bayi anda sebelum dia terlena. Justeru itu, jika bayi anda kelihatan seperti hampir hendak menggigit, masukkan jari kelengkeng anda ke dalam sudut mulut di antara gusinya. Dia patut menggigit jari anda dan bukan puting anda. Jangan tariknya sementara dia sedang menggigit - anda hanya akan mencederakan diri. Perhatikan penegangan rahangnya sebelum dia menggigit dan cepat-cepat alihkannya. Anda mungkin perlu singkatkan waktu menyusu secara am sehingga fasa ini berakhir.

Cara-cara lain untuk menghentikan bayi yang menggigit adalah dengan mengatakan "tidak" dengan tegas, merenung ke dalam matanya dengan marah dan hentikan penyusuan.
menggigit

Dia perlu mengaitkan menggigit dengan kehilangan puting - kebanyakan bayi tidak suka dengan perpisahan ini. Jika dia teruskan juga, letakkannya di atas lantai untuk seketika sebaik saja dia menggigit.

Untuk kanak-kanak yang boleh berjalan dan suka menggigit, lakukan sesuatu yang baik apabila dia tidak menggigit.

Berikannya banyak pelukan, ciuman dan pujian. Jika anda rasa dia inginkan perhatian, berikan perhatian sepenuhnya semasa penyusuan. Belajar menyedari bila dia sudah hampir selesai. Anda juga jangan menyusukannya kecuali dia betul-betul lapar. Hentikan penyusuan jika dia mula terlelap. Berikannya gegelang gigit sebelum dan atau selepas penyusuan.

sumber: utusan info sihat

Untuk pulihkan luka anda..anda boleh cuba vitamin E dan zink Shaklee..insyaallah ia membantu anda:)

Bagaimana dengan anda? Nak cuba Shaklee? Boleh hubungi saya di hasheena73@gmail.com atau sms/whatsupp 0128844580 untuk sebarang pertanyaan:)

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Kenapa Soy Protein Shaklee Tidak Boleh Diambil Melebihi 3 Sudu?

Kenapa Soy Protein Shaklee Tidak Boleh Diambil Melebihi 3 Sudu?

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Protein adalah salah satu keperluan tubuh yang penting untuk imuniti. Protein penting untuk untuk pembentukan dan pembaikpulihan sel. Oleh itu, dalam melindungi dan menjaga tubuh dari jangkitan, protein memainkan peranan penting.



Antibodi juga adalah terdiri dari jenis-jenis protein.

Mengikut Jurnal Nutrisi Klinikal Amerika, kekurangan protein di kalangan warga tua mendatangkan pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan sistem imuniti.

Dari kajian yang dibuat terhadap wanita-wanita di China yang mengambil soya secara rutin, mereka yang mengambil lebih banyak hidangan soya didapati menghadapi risiko kanser payudara lebih rendah daripada wanita yang jarang makan soya.

Walaupun terdapat percanggahan dalam hal soya ini, yang mana sesetengah penyelidik berpendapat bahawa soya mengandungi phytoestrogen yang boleh menyebabkan kanser, namun pro-soya mengeluarkan kenyataan bahawa isoflavones (estrogen yang terdapat dalam soya) adalah lemah dan tidak memberi kesan kepada tubuh sebagaimana estrogen semulajadi dalam tubuh manusia iaitu estradiol. Malah, menurut pro-soya, isoflavones bila bertindakbalas dengan estradiol, ia menjadi sejenis bahan yang boleh mencegah kanser.

Kajian juga menunjukkan bahawa di dalam soya terkandung phytochemical yang bolehmenurunkan paras kolesterol, membantutkan pembesaran sel kanser dan mencegah osteoporosis. Walau bagaimana pun, terdapat beberapa elemen di dalam soya yang masih belum dapat dipastikan kesannya terhadap hormon, maka pengambilan soya seharusnya dibataskan kepada amaun tertentu.

Oleh itu, pengambilan Soy Protein Shaklee dihadkan kepada 3 sudu sehari sahaja, bagi mengelakkan risiko pada masa hadapan
soy protein

Energizing Soy protein Shaklee adalah non-GMO soy, iaitu soya asli yang tidak menjalani proses yang mengubah kandungan genetik organismanya.

Apa yang membuatkan Soy Protein Shaklee berbeza dengan produk soya lain?

Kebanyakan produk soya diproses dengan alkohol. Cara ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk pencemaran bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal demi membekalkan keseluruhan kebaikan soya.

Shaklee Menggunakan Protein Soya Bukan-GMO. Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Program ini memastikan kacang soya kita bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, Soy Protein Shaklee menggunakan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti.



Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :




SMS/ WhatsApp : 012 8844580    

 
EPO shaklee adalah GLA Complex

EPO shaklee adalah GLA Complex

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


GLA complex banyak kelebihannya.. bila saya bercerita kepada mereka yang ingin tahu ape itu GLA mereka teruja.. kemudian mereka tanya.. Shaklee ade EPO (evening primrose oil) x? hehehehe GLA Complex tue la EPO shaklee.. malah GLA lebih baik dari EPO.. hehehe

Apa itu GLA?

GLA atau nama saintifiknya dikenali sebagai Gama Linoleik Acid (GLA). Ia merupakan bahan binaan bagi prostaglandin. Apa pula prostaglandin? Prostaglandin merupakan bahan hormon dalam badan. Ianya penting untuk fungsi kimia badan seperti mengawal tekanan darah, mengawal muscle contraction, menghalang rembesan gastrik dan banyak lagi. Ia juga adalah anti keradangan, anti pembekuan darah disamping mengurangkan tekanan darah

FAEDAH

GLA dikatakan membantu mengurangkan keradangan yang biasa dalam sindrom pra-haid(PMS), arthritis rhematoid dan eczema. Selain itu GLA membantu mengurangkan sakit dan kebas yang berkaitan dengan masalah kencing manis. GLA juga dikatakan dapat membantu mengawal kencing manis (jenis 2) dengan membaiki kadar insulin & kolesterol. GLA juga membantu dalam menyingkirkan lebihan berat badan terutama bagi yang ingin mengurangkan berat badan.


SIAPA YANG MEMERLUKAN GLA?


GLA diperlukan bagi golongan wanita yang menghidap Pre Menstrual Syndrom atau PMS. GLA sangat diperlukan olehpengidap arthritis rheumatoid dan eczema dan mereka yang menghadapi masalah kencing manis serta mereka yang bimbang dengan lebihan berat badan


Tips dari genkimomma : Saya ambil sebiji GLA Complex sebelum tidur, kerana ia dipercayai dapat membantu memecahkan lemak tatkala kita sedang tidur.... (menarik ni..banyak dah lemak kat perut ni..)




saya memang gemar amik GLA nie.. paling suka sbb saya da rasa kesannya pada diri saya.. tetapi kena hold sementara.. huhu lebih kurang 7bln akan dtg nnt baru dapat smbg amik GLA Complex nie..


Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :

SMS/ WhatsApp : 012 8844580    

Vitamin E dan Alfalfa ~~ gabungan mantap!

Vitamin E dan Alfalfa ~~ gabungan mantap!

Testimoni HOt Dilla :Alfalfa bukan sekadar milk booster..tetapi akhirnya ia meredakan eczemaku, masalah sembelitku dan Woww..getting hot in bed


Okey...direct to the point.. mari kita baca pengalaman Pn Dilla...diambil dari sini


***********************************************



1) Senjak mama mengamalkan alfalfa, masalah keputihan mmg kurang. Ini kerana..terus terang mama cerita..baba sangat2 memuji selepas mama mengamalkannya. Hubungan kami juga menjadi lebih mesra. Bila baba dah puji, mama seronoklah..heheeee. Mama terasa diri mama begitu bersih, lagi satu nak solat pun senang..tidak perlu risau!

2) Mama mengalami masalah sembelit dari sekolah lagi. Mama masih ingat, arwah opah Qaireen selalu cakap macam ni kalau mama dalam toilet "Dilla ko ni berak tahi batu ke?" tapi itulah kenyataannya. Bayangkan senjak dari dulu mama "terseksa" setiap kali nak membuang. Kadang2 tu sampai berdarah! Seminggu tak lebih dari 3 kali membuang. Tapi sekarang Alahmdulillah seminggu 4 ke 6 kali membuang, dan yang paling penting tiada lagi darah yang keluar.

3) Mama juga salah seorang yang mempunyai penyakit eczema. Mama mmg tidak boleh duduk di tempat2 yang kotor, ada rumput, berhabuk, berpasir dan banyak lagi. Malah cadar tilam mama pun, mama akan ganti setiap minggu. Tapi sekarang, Alhamdulillah..seronok sangat bila mama join SGM, sebab waktu SGM kami duduk di tikar yang dibentang atas rumput. Masalah bintik2 dan gatal2 mmg tiada.


*********************************************



Alhamdulillah...Alfalfa Complex telah membantu Dilla dalam masalah2 di atas.


Set maner yg Dilla guna..

set B



Fullpack


 
Juga









credit * kak cery & dilla


entry menarik mengenai dua gabungan ini :




Gabungan alfalfa & vitamin E ini adalah SET F ( F for Feminine = Kewanitaan)

Maksudnya mereka yg belum bergelar isteri juga bleh amik set ini.. Bakal pengantin pun sesuai dengan set ini.. :)

 
SET F ni ada DUA jenis, iaitu F-1 dan F-2:

Set F (FEMININE SET)
Vitamin E
Alfalfa

Cara makan:

  • Sebiji sehari untuk Vitamin E
  • 3 biji sehari untuk Alfalfa
Berminat boleh hubungi saya di 0128844580 atau email saya hasheena73@gmail.com


 
Tanda Usus Kotor

Tanda Usus Kotor



Sembelit adalah keadaan sukar untuk buang air besar (BAB). Lebih dari 90% merupakan masalah kesihatan manusia, berasal dari usus besar (kolon) yang tersumbat.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



 
Masih ingat lagi dalam kelas Shaklee yang pernah saya hadiri dulu, perut itu rumah penyakit. Maka penting menjaga perut serta pengambilan makanan harian kita. Suka saya nak share salah satu produk Shaklee yang saya jarang ambil tetapi seminggu sekali minima untuk saya pastikan ia membantu mencuci usus , maklumlah kita makan macam macam setiap hari

Saya pastikan jika nak ambil , biasanya sebelum tidur pada hari Jumaat malam atau Sabtu malam. Ia akan perlukan masa 6 jam untuk bertindak....dan perlu pastikan minum air sekurang2nya 1-2 liter selepas amik herb lax dan sebelum tidur untuk dapatkan kesan yang optimum. Ia bukan julap dan tidak buatkan kita cirit birit.
 
Berapa banyak nak makan? Jujurnya ia perlu ikut saiz badan. Jika berbadan kecil, memadai 3-4 biji untuk skali makan. Jika berbadan besar, 4-5 biji saranan yang diberi.
Apa bagusnya amik herb lax? Ia membantu mencuci terutama usus kita.







Kenapa perlu mencuci usus?

Ia perlu demi mengelakkan gangguan kepada sistem pencernaan, mengelakkan gangguan sistem peredaran darah dan sistem pertahanan badan.
Apakah yang berlaku apabila sistem pencernaan terganggu?

Sistem pencernaan sangat penting demi menyahkan toksin dari tubuh badan. Jika ia tidak dapat berlaku dengan baik maka ia akan mengundang penyakit seperti
  • masalah kulit
  • gangguan pada buah pinggang
  • mulut dan nafas berbau
  • sesak dada
  • angin ahmar
  • wajah nampak tua
  • kembung perut dan
  • daya imun yang lemah.

Terutama mereka yang mengamalkan makan vitamin pemecah lemak seperti Omega dan Lecitin sangat perlu mengambil Herb Lax demi memastikan lemak2 yang disingkirkan dapat dibuang dengan baik melalui proses penyahtinjaan.



Siapa yang sesuai makan Herb Lax?*
Lelaki dan Wanita

Mereka yang dalam proses pembuangan lemak

Mereka yang ada masalah pencernaan

Mereka yang menyusu anak.

Mereka yang ingin menjaga kesihatan usus terutamanya.





Saya adalah pengedar sah Shaklee. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya.

Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :


SMS/ WhatsApp : 012 8844580    
 


Air Ketuban Pecah, Apa Nak Buat?

Air Ketuban Pecah, Apa Nak Buat?

Ramai ibu- ibu bertanya, kalau air ketuban saya pecah, kena pergi hospital terus ke?
Jawapannya:

TIDAK!
Bila air ketuban pecah, maksudnya kantung baby dah mula bocor. Tapi ia tak bermakna semua air dalam rahim akan habis sebab dah mula leak. NO NO NO!

Cuba tengok gambar yg saya attach. Kepala baby adalah sangat besar kat bukaan pintu rahim. Kepala baby yang besar ni akan prevent air ketuban dari pada habis dalam rahim.



Jadi apa kena buat?
1. Relax. Buat je kerja macam biasa. Dont think too much
2. Minum air banyak2 to replenish air dalam ketuban. Ingat konsep- semua sumber; oksigen, air, makanan, semuanya baby dapat dari kita. Jadi air dalam ketuban pun dapat dari air yang ibu minum (water intake)

3. Kerapkan kencing. Sebab bila kerap kencing, cervix lebih mudah lembut.

Kalau baby lemas cemana?
Fahami konsep ini- BABY TAK AKAN LEMAS JIKA IBU RELAX
Tahu kah anda, emosi ibu sangat3 mempengaruhi emosi baby dalam perut. Sebab tu kalau kita cepat merajuk masa pregnant, bila keluar, anak pun jadi kuat merajuk.
Bila dah sampai masa nak dekat bersalin, kalau ibu stress atau cuak sikit je, maka oxygen supply kpd baby akan cut.

Analogi camni:
Satu malam, kita dok rumah sorang2. Hubby outstation, anak2 tengah tido. Tiba2 di tengah malam, terdengar ada bunyi macam org nak pecah masuk rumah. Kita ternampak perompak dalam rumah!
Apa perasaan kita masa tu?

Takut. Sampai pucat muka fikir cemana nak selamatkan diri dan anak. Seram sejuk tangan kita. Muka yang pucat dan tangan yang seram sejuk adalah tindak balas kepada, oxygen cut into our body. Tubuh x alirkan oxygen dgn sempurna menyebabkan muka jadi pucat.

Berbalik kepada senario ibu bersalin.
Bila sedikit saja ibu rasa cuak atau takut, maka oxygen supply kepada baby akan cut. Dan baby tak dpt oxygen secukupnya. Bila baby x dapat oxygen, itu yang akan membuatkan baby lemas. Tubuh wanita ni sangat sensitif. Walaupun mungkin ada sesetengah wanita rasa dari segi perwatakan, dia adalah seorang yang kasar. Tapi Allah telah design tubuh wanita ni bersifat sangat halus dan sensitif. Waktu nak melahirkan anak, ia adalah sangat super sensitif. Walaupun kita tak menyatakan kita takut, tubuh kita yang akan react kpd our subconcsious mind

Jadi ibu2, jangan risau jika air ketuban dah keluar. Saye dulu pun air ketuban pecah gak. Doktor nak induce. I refused strictly. Sebab saya tahu induction can lead to several unwanted problems and high chances to csec! Ada few mothers yang saya kenal- water leak for MORE THAN 24 HOURS. Kak Sofia pulak was leak for 10 (TEN) DAYS! And their baby was in pink of health.

Jika anda masih ragu- ragu, and would like to have a chat with me, di alu-alukan utk contact saya :) I am in the process of to get cert for doula. Anda juga sangat di alu2 kan untuk join group gentle birthing malaysia. Search je kat facebook.

Happy birthing mamas!

Hasheena
Tel: 0128844580
Email:hasheena73@gmail.com
Bayi tak berak

Bayi tak berak

Saya yakin hampir semua ibu bapa pernah menghadapi situasi bayi tidak berak beberapa hari. Seseorang yang sihat sepatutnya berak setiap hari. Bayangkan kita makan macam-macam setiap hari, tapi berak seminggu sekali. Segala bahan buangan pergi mana? Masalah berkaitan dengan berak seperti berak seminggu sekali, sembelit atau cirit birit bukan satu perkara yang boleh dipandang remeh. Ia mungkin merupakan petanda kepada masalah kesihatan seperti kekurangan nutrisi atau penyakit lain yang lebih serius.
 
 
 
 
 

Bagaimana pun, bagi seorang bayi yang HANYA minum susu ibu, kejadian tidak berak selama beberapa hari sering berlaku. Saya pernah mendengar orang mengatakan bahawa susu ibu tidak mengandungi bahan yang tidak diperlukan. Semuanya diserap oleh tubuh bayi. Saya tidak pasti sejauh mana kebenaran fakta ini, tetapi saya pernah mendengar kes bayi yang hanya minum susu ibu tidak berak selama sebulan dan ia sihat. Ada juga ibu yang menggunakan ubat yang dimasukkan ke dalam punggung bayi bagi "memaksa" bayi itu berak. Perkara ini sekiranya diamalkan ditakuti boleh menjejaskan sistem penyahtinjaan normal tubuh bayi itu.

Apa yang perlu di ambil perhatian?

(1) Pastikan bayi kencing seperti biasa

(2) Perut tidak kembung atau keras

(3) Bayi aktif dan tidak kerap menangis ( menangis mungkin disebabkan oleh banyak faktor, kenalpasti faktor-faktor tersebut sebelum membuat apa-apa kesimpulan)

(4) Susukan bayi dengan kerap dan pastikan bayi mendapat foremilk dan hindmilk yang secukupnya - bayi yang tidak mendapat cukup susu juga mempunyai kebarangkalian untuk tidak berak dengan kerap

Bila perlu merujuk pada doktor?

(1) Bayi sering menangis

(2) Perut bayi bengkak dan keras

(3) Bayi tidak mahu menyusu

(4) Bayi kerap muntah - susu mungkin tidak masuk ke saluran usus dan memenuhi perut

Sekiranya bayi anda tidak berak, jangan panic. Monitor perkembangan bayi dan sekiranya bayi tidak sembelit ketika berak biasanya tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Anak sulung saya pernah tidak berak selama seminggu ketika minum susu ibu sepenuhnya tanpa makanan lain dan tidak mengalami apa-apa masalah.

Solusi TERBAIK Untuk Masalah Anak SEMBELIT!

 
Gambar hiasan semata-mata... Jangan biarkan anak anda jadi begini!
Adakah anak anda pernah menghadapi masalah SEMBELIT? Atau adakah anak anda SEDANG menghadapi masalah SEMBELIT sekarang? Ke anda sendiri tak pasti anak anda SEMBELIT ke tidak?

Ada TIGA cara MUDAH nak tahu anak anda SEMBELIT:

  1. Untuk anak yang dah MAKAN SOLID, kalau dah 3 hari masih belum membuang air besar... Confirm SEMBELIT.
  2. Kalau bayi yang masih FULLY BREASTFEED masih tidak membuang air besar selama 10 hari... Sah SEMBELIT.
  3. Bayi yang minum SUSU FORMULA... berapa hari yer? Hari-hari kena membuang air besar. Nak tahu sebab apa? Tunggu dalam entry-entry yang bakal mendatang yer :)
Kaedah RAWATAN yang paling MUDAH adalah memberikan anak anda memakan buah-buahan dan syura-sayuran yang kaya dengan SERAT ataupun lebih dikenali sebagai HIGH FIBER. Sambil menambah kandungan SERAT dalam diet anak anda, anak anda juga perlu minum lebih banyak air masak.



Tapi, saya pasti tak semua kanak-kanak suka dengan sayur dan buah-buahan. Ada yang nampak saja sayur, terus hilang lapar. Kalau kena kes macam nih, sure anda pening kepala memikirkan cara terbaik me'maksa-rela' anak anda untuk makan sayur dan buah-buahan.



Jangan RISAU, saya ada solusi TERBAIK dan TERMUDAH untuk menyelesaikan masalah sembelit anak anda! Masalah sembelit anda pun juga boleh diselesaikan, insya-Allah :)



MEAL SHAKES SHAKLEE bersedia membantu menghilangkan kegusaran anda!


Sila abaikan kereta comel di atas. Hiasan semata-mata...
Pertama kali mendengar tentang MEAL SHAKES SHAKLEE?

Mealshakes Shaklee merupakan minuman yang kaya dengan kandungan SERAT di samping mengandungi Vitamin B-12 yang merupakan komponen Vitamin B yang berfungsi untuk melancarkan penghadaman perut.



Cara MEAL SHAKES SHAKLEE berfungsi adalah SANGAT UNIK!



Kandungan SERAT di dalam Meal Shakes Shaklee ini adalah jenis yang larut di dalam air dan akan bertindak sebagai 'pencuci' usus dan perut anak anda. SERAT ini akan mengumpul sisa makanan yang tidak diperlukan oleh tubuh dan juga membuang KOLESTROL berlebihan!



Apabila semua sisa makanan ini telah berkumpul menjadi gumpalan najis, SERAT akan membantu najis tersebut menyerap air supaya najis lembut (kira tak SEMBELIT). Di sinilah pentingnya anak anda BANYAK MINUM AIR.



Akhirnya, SERAT di dalam Meal Shakes Shaklee akan mengaktifkan sistem pembuangan najis anak anda dan membantu tubuh mengeluarkan najis dengan MUDAH.


Adakah anda masih ragu-ragu? Di sini saya kongsikan KHAS satu testimoni dari salah seorang pengguna Shaklee yang telah memberikan Meal Shakes Shaklee kepada anaknya.




Jadi jangan biarkan anak anda menahan kesakitan akibat sembelit lagi! Segera hubungi saya untuk tempahan sekarang. Saya jamin, insya-Allah anda pasti berpuas hati punyer!



Hasheena
Email:hasheena73@gmail.com
Tel: 0128844580
 
Credit....
PROSES PENGELUARAN SUSU IBU

PROSES PENGELUARAN SUSU IBU

Pengeluaran susu bergantung pada keperluan dan penghisapan bayi kita. Anak saraf di dalam puting dirangsang apabila bayi menetek.

Kemudian isyarat dihantar ke otak yang menyebabkan pengeluaran hormon prolaktin. Hormon ini memulakan pengeluaran susu dalam buah dada.

Semakin kerap bayi menetek, semakin banyak hormon prolaktin yang dikeluarkan dan lebih banyak hormon bererti lebih banyak susu yang terhasil.

Kala bayi menyusu ia akan merangsangkan pengeluaran oksitosin yang menyebabkan susu mengalir keluar.

Walau bagaimanapun proses mudah dan semula jadi ini tidak akan berjaya jika anda kurang yakin dengan keupayaan diri untuk menyusu atau cemas dan mengalami tekanan.

Yang penting ibu mestilah berasa seronok dan positif untuk menyusukan bayinya.

Selain tu, ibu angkat juga boleh menyusukan bayi yang dipelihara bila bayi itu menetek dengannya dan proses itu sekali gus merangsangkan air susu ibu untuk mengalir.Ibu angkat pun boleh menyusukan bayinya. Ada kes-kes yang melibatkan ibu angkat yang berjaya menyusukan anak angkat mereka dengan jayanya (yang penting kita kene berpikiran +ve ye dan kuat semangat)

Sebagai persediaan sebelum kita mula bekerja, kita boleh membuat simpanan susu perahan semasa kita di dalam pantang. Jika kita simpan dari awal, InsyaAllah kita tidak akan terputus bekalan nnt, kecuali kita MALAS untuk membuat perahan atau bayi kita kuat minum.

Okey, selepas tempoh dua bulan, kita dah pun mula bekerja dan kita masih boleh terus menyusukan bayi.Mereka boleh menyimpan perahan susu dalam peti sejuk (bahagian dingin beku) beberapa bekas untuk kegunaan bayi dan boleh juga membuat perahan yang sama di pejabat.Untuk kemudahan para ibu yang menyusu, kita boleh minta kat bos kita adakan satu ruang atau bilik khas utk kita memerah susu.

Selain tu, kita juga perlu menjaga kesihatan, kebersihan dan makan makanan seimbang untuk penghasilan susu yang lebih banyak dan berkhasiat. Jika kita sakit atau menghidap sesuatu penyakit..kita juga layak dan boleh menyusukan baby kita. Tapi bagi penyakit HIV positif dan pesakit barah yang dalam rawatan tidak dibenarkan menyusukan baby kerana dikhuatiri menjejaskan kesihatan baby nnt.

Lagi satu kita perlu menolak tanggapan negatif seperti ada yang mengatakan ibu yang menyusukan bayinya akan menyebabkan buah dadanya melendut atau jatuh, itu tidak benar sama sekali.

Sebaliknya mereka akan mendapati buah dadanya elok asalkan mengenakan coli yang betul dan bersesuaian. Apa juga masalah mengenai penyusuan boleh diatasi andainya mereka merujuk kepada yang arif.

Apa yang penting ibu perlu sentiasa menjaga pemakanan mereka dan kebersihan dari awal mengandung sehinggalah bayi dilahirkan dan seterusnya.

Aku berharap sgt agar ramai ibu akan tampil untuk menyusukan anak mereka kerana mereka boleh melakukannya. Istilah susu kering atau apa sahaja, insya-Allah semuanya boleh diatasi. Rujuk kepada yang pakar jika anda mengalami masalah mengenai penyusuan ibu ini. Jika anda tidak tahu dimana utk merujuk..InsyaAllah aku akan membantu.
 
Terdapat pelbagai cara untuk mengatasi susu badan supaya tidak kering dimana anda boleh memakan longan, daun betik, pucuk pisang atau anda juga boleh mengambil vitamin sebagai makanan tambahan seperti shaklee.
 
Anda boleh mencuba set B iaitu Alfafa, Vita-c, Vita Lea dan B.Complex
 


Sekiranya anda berminat boleh hubungi saya di 0128844580 atau email saya di hasheena73@gmail.com dan setiap pembelian daripada saya akan mendapat konsultasi percuma...

 
1MalaysiaBlogger

Senarai Blog

Agen Shaklee di kawasan anda. Saya membuat penghantaran ke serata Malaysia.

Hubungi saya!

ANDA INGIN BERSHAKLEE? SILA BACA
PESANAN DI BAWAH

Assalamualaikum

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk
penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Sarawak. Setiap pembelian dgn saya atau ID saya, anda layak untuk mendapatkan ini:

FREEGIFT; FREE AFTER SALE CONSULTATION; FREE INVITATION TO EXCLUSIVE FB GROUP FOR CUSTOMER

Boleh PM saya atau email saja di hasheena73@gmail.com juga
sms/call/Whatsapp/Wechat di0198668615 / 012-8844580 untuk anda dapatkan suplemen semulajadi



Pengikut

Informasi




Pengedar Shaklee Anda

Pengedar Shaklee Anda
Di Sarikei, Sarawak. Hubungi Saya di 012-8844580 atau email-hasheena73@gmail.com

My youngest son

My youngest son

My youngest daughter

My youngest daughter

My eldest daughter

My eldest daughter

My eldest son

My eldest son

Sebarang Pertanyaan sila isi borang ini

Nama

E-mel *

Mesej *

Cari Blog Ini

Catatan Popular

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. KEDAI ANEKA JENIS BARANGAN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger