LECITHIN SHAKLEE..Cara Nk kurus.. 15Kg dlm 2 bulan

LECITHIN SHAKLEE..Cara Nk kurus.. 15Kg dlm 2 bulan

Testimoni

SUNGGUH TERUJA! Shaklee Lecithin Turun Berat Badan 15 Kg dalam 2 Bulan

Apa yang berlaku sehingga ramai anda diluar sana ingin mendapatkannya?? Berikut ialah Pengakuan BENAR dari seorang teman istimewa yang juga merupakan loyal customer saya, Datin Walis :)

Ya BENAR!! 15 KG dalam masa 2 BULAN! Datin Walis merupakan ibu gigih yang ingin menjayakan penyusuan esklusif beliau, seorang wanita jelita(memang cun!) dan sgt menjaga penampilan beliau. Apa yang beliau amalkan?

Bagi menjayakan penyusuan susu ibu, beliau mendapatkan Breastfeeding Set E dan untuk menurunkan berat badan beliau mengamalkan pengambilan SHAKLEE LECITHIN.

Info penting yang anda perlu tahu tentang SHAKLEE LECITHIN!


LECITHIN

Nature’s Emulsifier (Pengemulsi Semulajadi) yang membantu badan menyerap nutrien larut lemak seperti Vitamin A,D,E, K, Beta Caretone.

Boleh didapati dari tisu binatang dan tumbuhan (plant)
Untuk komersil didapati dari telor, jagung & kacang soya
Fat Emulsifier - Metabolisma lemak

KANDUNGAN

* Asid linoleik (essential fatty acid) ? amat diperlu oleh badan. Tapi badan tidak boleh menghasilkannya sendiri dan ia perlu diambil melalui diet harian.
* Kolin - satu komponen neurotransmitter
* Asetikolina - bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf
* Inositol - sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan

KHASIAT DAN KEGUNAAN LECITHIN
1. PALING UTAMA - untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
* Lecithin memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
* Ia membantu menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
* Membantu mengawal paras triglycerides
* Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
* Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol

2. PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
* Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb
* Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari LECITHIN
* Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine ? kerana 30% otak adalah lecithin, dan 70% lemak di hati (liver) adalah lecithin

3. UNTUK KAUM TUA
* Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua
* Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb

4. UNTUK PENGHADAMAN
* Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil 'bile'(jus hempedu) daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

5. UNTUK SEL
* Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel
* Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

6. UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG) * Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
* Ia amat mujarap jika di ambil bersama-sama EPA dan Fiber

HASIL PENYELIDIKAN (R&D)

* Lecithin daripada soyabean berkesan memecahkan deposit kolesterol
* Lecitin daripada telor boleh tetapi tidak bergitu berkesan

MENGAPA SHAKLEE

* Kacang soya - sumber semulajadi yang terpilih.
* Kapsulnya mempunyai ciri-ciri lecithin sebagaimana di anugerahkan oleh alam
* Tiada pengawet, perwarna, perasa tiruan
* Kepekatannya.
- 1 kapsul :
* 520 mg lecithin
* 78 mg phosphatidycholine
* 47 mg phosphatidylinositol

PERANAN LECITHIN BUAT IBU MENYUSU
Ada yang bercerita apabila mereka mendapati badan makin mengembang akibat dari pengambilan makanan yang tidak seimbang. Namun bagi yang menyusu badan, tahukah anda, kebaikan Lecithin kepada ibu yang menyusu?

* Ia membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat.
* Ia membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu.
* Ia membantu ibu mengatasi masalah lupa atau "short memory" yang biasa dilalui selepas melahirkan.
* Ia membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susuibu untuk perkembangan otak bayi.

Maka selamatkah Lecitihin di ambil semasa penyusuan selain untuk pengambilan untuk mengurangkan berat badan? Jawapannya ialah YA selamat diambil. Sila dapatkan jadual pemakanan dari pengedar seandainya anda mahukan cara pengambilan yang lebih baik.

Berminat bolrh hubungi saya di  0128844580 or email
hasheena73@gmail.com

JOM SELANGKAH LEBIH SIHAT BERSAMA SHAKLEE!
 
 
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Credit
ANDA MAKAN BAHAN KIMIA?...TIDAK LAGI DENGAN SHAKLEE

ANDA MAKAN BAHAN KIMIA?...TIDAK LAGI DENGAN SHAKLEE

Assalamualaikum dan salam satu malaysia..chewah...macam ahli politik lak rasanya...he heh...mentang-mentanglah di ambang pilihanraya ni....opsss saya tak nak cter pasal makanan tambahan....ada pelbagai makanan tambahan yang berada di pasaran Malaysia ini...ada yang dibuat sendiri di Malaysia, dan ada juga yang dibuat di luar negara dan dieksport.....

Bagi saya, apa jua pilihan makanan tambahan ini, ianaya adalah pilihan anda juga.....tetapi, adakah anda terpikir yang makanan tambahan anda itu selamat?...adakah anda pasti yang makanan tambahan anda itu tidak mengandungi bahan kimia atau ssuatu yang boleh memudaratkan anda jika diambil berlebihan atau tidak mengikut aturannya?.....atau, apakah yang anda fikir sewaktu anda membeli makanan tambahan......adakah sebab terpengaruh dengan iklan di TV?....terpengaruh atas citer-citer orang?..terpengaruh sebab nama yang berjenama.......

meh saya terangkan mengapa saya dan anda juga perlu memilih vitamin Shaklee ini...


Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI


SENTIASA SELAMAT



-Ahli-ahli  saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari  sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun  serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami  meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk. Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat  (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena  glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna,  tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau  perisa.





SENTIASA BERKESAN


  • Lebih daripada $250 juta dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
  • Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
  • 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
  • Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4

    Ekpedisi Artik Antarabangsa
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
  • Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain GolfLPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.




SENTIASA MESRA ALAM -


  • Kami  merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate  Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa  menjejaskan alam sekitar.

  • Shaklee  telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A  Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang  diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari  Maathai
  • Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:  
    • Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
    • Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
    • Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau
  • Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:  
    • 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
    • 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
    • 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
    • 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate

    • 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California

       

Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI





JADI, MANA PILIHAN ANDA ?



BUAH PLASTIK

ATAU



BUAH YANG SEBENAR....SEMULAJADI...

SAMA, TAPI TAK SERUPA YE !!! :)


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Hubungi saya 012-8844580 atau melalui email hasheena73@gmail.com atau add saya di fb ( hasheenabeevi ) untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan saya



Credit....
kEMPEN PENYUSUAN SUSU IBU....GEMPAK

kEMPEN PENYUSUAN SUSU IBU....GEMPAK


Semoga ramai ibu yang akan menyusukan anak sehingga 2 tahun....
urus berat badan dengan lecithin & herblax

urus berat badan dengan lecithin & herblax

mesti ramai yang susut badan masa bulan puasa kan? saya memang dah susut sejak lepas bersalin adam. berat saya sekarang ni 46-47kg. tak la sampai 43kg masa zaman bujang hehe. berat badan saya sejak bersalin turun dengan stabil, tapi yang pasti memang badan saya mengecut (lost inches). nak kata ringan sangat tak juga, tapi baju, seluar,kain semua pakat londeh haha! saya jarang beli jeans, so jeans yang sekarang ni saya beli mungkin 3 tahun lepas, saiz 28. sekarang ni, dah longgar sangat, tak perlu bukak butang, zin pun leh bukak terus, macam seluar tidur tu. eh apa ni, too much info kot!

anyway, saya pasti ada kaitan dengan supplement yang saya ambil walaupun kesemua yang saya ambil tu bukan saya focus untuk kurus pun. jom selidik!

  • saya makan b-complex mainly untuk handle stress. b-complex memang membakar gula untuk jadi tenaga, lantas mengawal metabolisme kita. kalau metabolisme rendah, ditingkatkan. kalau terlalu tinggi, direndahkan. regulate!
  • saya juga ambil ostematrix (calcium/ magnesium) dan vitamin c. pengambilan kedua-dua jenis vitamin ini secara serentak sebenarnya juga dapat meningkatkan metabolisme badan.
  • saya minum soy protein (ESP) hampir setiap hari. saya dapat kawal nafsu nak makan merapu masa breakfast selepas saya ambil ESP+mealshake+performance drink. tengok entry yang ini. kenyang sehingga waktu makan tengah hari. malam pula, kadang2 bila jemu atau malas nak makan nasi, saya minum ESP dengan milo saja.
  • dan tidak lupa, vitalea (multivitamin). kenapa multivitamin penting untuk orang yang nak kuruskan badan? bila nutrient lengkap dah masuk dalam badan, taklah kita craving nak itu ini.
  • oh lagi satu. saya makan GLA complex. yang ni boleh bakar lemak tau masa kita tidur.
yang biasa dicadangkan untuk pengawalan berat badan ialah lecithin dan herblax. herblax untuk detox, dan lecithin untuk bakar dan angkut lemak keluar dari badan. yang bagusnya berat badan tidak akan turun mendadak, kemudian tak perlu mengganti makan. kita boleh makan macam biasa, kemudian ambil lecithin selepas makan. nak lagi cepat turun, mesti lah kena bersenam dan pilih makanan yang rendah lemak. ramai juga yang ambil ESP untuk diminum ketika terasa lapar sebagai snack samada belah siang atau malam. tapi yang paling superb untuk dapatkan sumber protein dengan leucine untuk mengawal berat badan ialah cinch shake. biasanya customer saya akan ambil lecithin & herblax dulu. bila dah rasa OK dengan kadar penurunan berat badan (dan ada budget), mereka tambah cinch shake pula.
 
Nak Cuba!!!
 
Berminat boleh hubungi saya di 0128844580- hasheena atau email saya di hasheena73@gmail.com
Fb saya hasheenabeevi

Credit...
 

 
Jika dah ajal.. namun kita boleh elakkan daripada berlaku

Jika dah ajal.. namun kita boleh elakkan daripada berlaku

Khas kepada ibu2 yg bersalin secara c-sect/czer (operation). saya nak kongsikan kisah seorg kawan di Kumpulan Ibu Menyusu di facebook.

Laila Syakila posted in Kump. Ibu2 Menyusukan.
salam to all friend, pagi tadi masuk je office dpt berita dari sorang kawan nie...sepupu kepada suami dia meninggal dunia pagi tadi with baby dlm kandungan yg dah masuk 8 bln dan next month due nye...arwah meninggalkan 3 orang anak yg masih kecil...dan baby yg dlm kandungan pun meninggal...ceritanya, arwah last year bersalin secara czer, dan x smpai setahun, arwah preggy again...biler kandungan dah besar, masuk 8 bln, arwah mengalami kepenatan...dan kelesuan..ingatkan simptom biase org mengandung...rupanya2 luka jahit dlm terbetas...kat luar nmpak okey...tp luka dlm terbetas dan pendarahan dalaman...masuk hospital seminggu dan pagi tadi telah kembali ke rahmatullah...dan anak dlm kandungan yg meninggal pun dikeluarkan secara pembedahan dari peyot arwah...ya Allah...syahid arwah...tenang bersama anaknya...marilah kita warga KIM sedekahkan Al-fatihah utk arwah dan baby...


sedih bila baca kisah kawan ni. sebab tu org tua2 amat menggalakkan selepas bersalin utk kita berpantang betul2. bagi ibu2 yg c-sect pulak doktor selalu nasihatkan kita agar jarakkan kehamilan yg seterusnya untuk mengelakkan perkara2 sebegini berlaku. sebaik2nya 2-3 tahun utk hamil seterusnya.

untuk berpantang, saya juga menggalakkan ibu2 terutamanya yg c-sect utk ambil vitamin shaklee set c (set bersalin) yg terdiri daripada:

(1) B-Complex : sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.

(2) Vitamin C : penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.

(3) Multivitamin with Iron : Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.

(4) Zinc Complex : membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut
membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.

untuk yg bersalin secara c-sect, saya cadangkan tambahan:

Vitamin E - mereka yang melalui pembedahan untuk melahirkan anak, ia sangat-sangat membantu agar luka dalam (bahagian rahim cepat baik dan tidak mudah berasa ngilu). Vitamin E juga membantu mencantikkan tempat jahitan pembedahan serta mencerahkan kawasan aerola ibu yang pernah melahirkan anak. Vitamin E juga membantu mengurangkan pigmentasi semasa mengandung.


Saya doakan agar ramai ibu yang akan bersalin selepas ini mengambil vitamin dalam proses penyembuhan sekaligus dapat membekalkan vitamin yang berkualiti kepada si kecil melalui susuibu. Tak rugi kita berhabis duit utk kesihatan berbanding kita berhabis duit utk merawat kesakitan...

Jika berminat, hubungi saya di 012-8844580 atau email di hasheena73@gmail.com.

Salam kasih sayang :)

 
Credit....
Ekzema, Asthma Dan Alergic Pada Anak2 - Bagaimana SHAKLEE Dapat Menyelesaikannya?

Ekzema, Asthma Dan Alergic Pada Anak2 - Bagaimana SHAKLEE Dapat Menyelesaikannya?

Ekzema bukanlah satu perkataan yang asing terutama bagi ibu-ibu yang mempunyai anak yang mempunyai masalah kesihatan ini. Ekzema dikatakan penyakit keturunan. Namun ramai yang tidak sedar bagaimana mereka boleh mendapat penyakit ini.

Melalui fahaman ibu dari ilmu yang diberikan oleh doc Haizam,

Penyakit
1. resdung
2. alergik
3. ekzema
4. gegata
5. Ashma

Lima penyakit ini dikenali sebagai penyakit 5 serangkai. Apa yang dimaksudkan pula dengan 5 serangkai?

Ia bermaksud, sekiranya individu A mempunyai masalah mengidap resdung dan berkahwin dengan individu B yang mempunyai masalah ashma, anak mereka mempunyai kebarangkalian untuk mendapat salah satu atau mana-mana dari lima penyakit dalam 5 serangai ini.

Maka dalam kes ibu yang mempunyai masalah alergik , anak2 ibu Addin dan Nasa ibu dapati kalian mempunyai masalah eczema dan gegata.

Mereka ini sangat sensitif pada:

-perubahan cuaca,
-tekanan emosi,
-hama,
-alahan terhadap sesetengah makanan atau
-perubahan cuaca yang cukup ketara.

Namun ibu yakin ianya boleh sembuh sepertimana yang ibu lalui sekarang. Jika dahulu, ibu tidak boleh langsung makan apa jua juadah yang dimasak oleh mak ibu dalam bentuk seafood, mulalah kaki berkudis dan bernanah. Tapi kini alhamdulillah, sudah berubah dan ibu tiada masalah untuk makan segala macam makanan laut termasuklah umai :)

Ibu yakin ianya boleh sembuh dengan pengambilan makanan yang betul dan beberapa keperluan lain yang perlu dititikberatkan.

Apakah makanan yang membantu mengurangkan keradangan ekzema dan waktu yang sama menyembuhkan?

Melalui pembacaan ibu selama 10 tahun dalam bidang supplement, mereka yang berpenyakit adalah berpunca dari sel yang tidak sihat. Bagaimana pula nak dapatkan sel yang sihat dan mampu menyerap semua nutrien yang kita perolehi dari makanan harian?

Pengambilan makanan yang seimbang sangat membantu. Protien sangat penting dalam penghasilan sel. Namun pengambilan protien yang bagus adalah bersandarkan protien dari tumbuh-tumbuhan berbanding dengan protien haiwan. Ini kerana protien haiwan sangat tinggi dan berat untuk di proses oleh tubuh.
Ini juga melalui pengalaman ibu sendiri apabila ibu dapati seafood seperti udang, kerang, ketam adalah makanan yang mempunyai kandungan protien yang sangat tinggi dan boleh mengganggu sistem pertahanan badan ibu yang mempunyai masalah alergik.
Ibu dapati sejak ibu mula mengambil ESP sebagai makanan tambahan pada tahun 2001 dulu, kulit muka yang mudah ditumbuhi jerawat dah mula menunjukkan perubahan yang positif. Kaki ibu yang mudah berkudis apabila makanan laut pun sudah banyak berubah dan tidak menunjukkan kesan seperti sebelum consume ESP.
Ibu membuat kesimpulan bahawa ESP Shaklee banyak membantu tubuh ibu menghasilkan sel yang sihat.

Begitu juga dengan keadaan Addin dan Nasa yang mempunyai masalah gegata dan ekzema.
Ibu akan pastikan mereka ini minum Energizing Soy Protien (ESP) dengan bancuhan Performance Drink (PD) untuk 1-3 kali sehari dengan bancuhan yang moderate iaitu tidak terlalu pekat mahupun tidak terlalu tawar.
ESP sangat membantu mengurangkan masalah yang mereka alami, alhamdulillah.
Sepanjang penyusuan dulu mereka tidak pernah mempunyai masalah ini kerana ibu memastikan akan minum ESP 2-3 kali sehari demi memastikan susuibu cukup bernutrisi untuk mereka. Penyakit ini mula nampak apabila mereka sudah mula mengambil susu formula. Ini ketara protien yang terdapat dalam susu formula adalah bersandarkan protien haiwan. Apabila mereka kurang mengambil susu formula, simpton penyakit mereka juga berkurang dengan nyata.
Memang tidak dinafikan mereka sensitif dengan protien haiwan seperti telur ayam, udang, ketam dan apa jua makanan laut yang berprotien tinggi kecuali ikan. Mereka juga cerewet dalam memilih makanan seharian. Ibu sendiri tidak akan memasak kepada sesuatu yang boleh mengganggu taraf kesihatan mereka.

Ibu juga memastikan mereka mandi dengan sabun yang boleh memberi kelembapan kepada kulit mereka. Mereka tidak boleh menggunakan sebarang sabun mandi dikhuatiri akan menyebabkan kulit mereka kering seterusnya mengakibatkan kegatalan.
Ibu akan memastikan mereka ini minum air masak setiap hari. Bukan mudah untuk melaksanakannya. Ibu dan abah mencari alternatif agar mereka suka minum air masak dimana antaranya ialah dengan membeli air mineral dalam botol yang unik serta mempunyai daya tarikan untuk mereka minum.

Menyediakan supplement agar badan mereka dapat menghasilkan sel yang sihat. Antara supplement yang ibu perkenalkan kepada mereka ialah :

Meal Shake
Energizing Soy Protien (ESP)
Performance Drink, PD
Vitalea chew
Vitamin C chew (100mg)
Omega Guard (penting untuk DHA)

*These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease*

Berminat boleh hubungi saya di 0128844580 atau hasheena73@gmail.com
 
credit....l
IBU SUSUAN DAN ANAK SUSUAN. Kesan Hukum.

IBU SUSUAN DAN ANAK SUSUAN. Kesan Hukum.

Hukum asal susuan adalah harus walaupun kepada bukan anak kandung.

SYARAT utk menjadi anak susuan :
~ berumur kurang 2 tahun
~ menyusu 5 kali kenyang

Jadi , sekiranya ada ibu yang pernah menyusukan anak saudara atau anak orang lain, namun jika ia masih belum memenuhi syarat seperti diatas, bayi itu masih belum menjadi anak susuan lagi. Dan hubungan ibu susuan dengan bayi tersebut masih lagi sama ajnabi / bukan mahram.

KESAN hukum
Apabila anak tersebut telah sah menjadi anak susuan, maka secara tak langsung hubungan anak tersebut dengan ibu susuan adalah seperti anak kandung sendiri.

1) Aurat
Aurat antara anak susuan dgn keluarga susuan (ibu susuan, bapa susuan (suami kpd ibu susuan) dan adik beraik susuan) sama seperti dgn mahramnya.

2) Haram nikah

  1. Wanita yang menyusukannya;
  2. Anak-anak wanita yang menyusukannya sama ada anak-anak kandungnya atau anak-anak suaminya yang terdahulu;
  3. Cucu-cucu wanita yang menyusukannya sama ada daripada anak-anak lelaki atau anak-anak perempuannya;
  4. Bayi-bayi sesusuan. Sekiranya ibu menyusukan lebih daripada seorang bayi, bayi-bayi tersebut menjadi saudara susuan antara mereka dan maka mereka tidak boleh berkahwin.
  5. Ibu kepada wanita yang menyusukan;
  6. Nenek kepada wanita yang menyusukan dan ke atas;
  7. Adik-beradik wanita yang menyusukannya. Anak-anak kepada adik-beradik wanita tersebut tidak diharamkan berkahwin dengannya; dan
  8. Wanita yang menyusukan diharamkan berkahwin dengan anak kepada bayi yang disusukan dan ke bawah.

3) Wali
----> bapa susuan tidak layak menjadi wali bagi anak perempuan susuan
----> anak susuan layak menjadi wali kepada adik beradik susuannya

3) Pusaka / wasiat
Walaupun hubungan anak susuan dgn keluarga susuan adalah seperti keluarganya sendiri, namun anak susuan tidak layak untuk menerima harta pusaka dari keluarga susuannya.

Jika ada ibu-ibu di luar sana berhasrat untuk mengambil anak susuan, para ibu perlu mendapatkan kebenaran dari suami kerana ia akan melibatkan nasab keturunan dan secara tidak langsung akan berkait dengan suami kita. Dan, dalam masa yg sama juga, para ibu perlu memaklumkan kpd ibu dan bapa kanak2 yang disusukan tersebut.

Untuk menambahkan bahan bacaan, para ibu juga blh rujuk pada beberapa sumber lain :
http://fitrahislami.wordpress.com/2011/11/09/hukum-anak-susuan/
www.facebook.com/hm4hbmalaysia?sk=app_4949752878#Q2

Credit...
Jaundice

Jaundice

Minggu lalu saya menerima panggilan dari Miri Sarawak. Seorang ibu tengah susah hati anaknya dah 18 hari jaundice. Terharu saya. Rupanya, ramai yang mengalami nasib macam saya. Ooohh..saya tidak keseorangan.:)

Hairan kan, kenapa la anak orang lain cepat je baik. Anak sendiri lambat betul nak baik. Sedih gak tengok anak sendiri muka kuning tak abis2.

Sebagai ibu yang dah 2 kali menghadapi anak jaundice lebih sebulan..nasihat saya, ibu jangan panik, banyakkan membaca, luahkanlah rasa susah hati tu kepada ibu yang sama2 pernah mengalami. Ketahuilah, anda tidak keseorangan.

Jika baby poo poo kaler gold dengan kerap dan banyak, menyusu kerap, warna urine tidak keruh seperti air teh, aktif, result urine bebas kuman, result darah tidak sampai tahap kritikal, ketahuilah bahawa baby pasti akan baik. Cuma lambat sikit je. Kalau bilirubin kejap turun kejap naik, tak naik, tak turun jangan risau. Dia pasti akan baik cuma lambat sikit je. Sabar ye.

Jika ada yang beri nasihat, cuba itu, cuba ini.. Saya nasihatkan jangan cuba selagi anak tak masuk 25 hari. Setiap anak adalah special dan berbeza. Tidak semestinya sesuatu produk itu memberi hasil yang sama seperti anak orang lain.

Orang lain, dapat dugaan lagi hebat. Kita, dugaan kecik je. Hadapilah dengan sabar dan solat.:)

 
Saya menggunakan supplement Shaklee dan so far amat berpuas hati. Jika mahu bertanya mengenainya sila hubungi saya spt berikut: email: hasheena73@gmail.com sms/call: 0128844580.
 
Credit...
SUSU IBU MENINGKATKAN KEPINTARAN BAYI

SUSU IBU MENINGKATKAN KEPINTARAN BAYI

 

Mengapakah para ibu digalakkan untuk menyusu bayi dengan susu badan dan bukannya susu tepung ataupun susu lembu? Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang menggembirakan dan ia adalah masa yang sangat mencabar. Ibu harus memberi pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak. Kita semua digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Dalam masa pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksudlah bayi itu tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.

Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan bayi, susu pertama kental berwarna kekuningan dan ia dikenalikan sebagai kolostrum. Khasiatnya amat tinggi kerana kandungan proteinnya adalah tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia juga mengandungi antibodi (immunoglobulins) yang tinggi serta lebih sel darah putih (leucocytes) yang mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.

Tambahan pula, susu ibu juga mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak dan ia membantu dalam meningkatkan kepintararan bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia telah membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa. Ia juga memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak kerana sewaktu menyusu bayi, bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu. Bayi akan lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih ibu dan bayi akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibunya dalam proses penyusuan ini.

Selain itu, terdapat juga kebaikan terhadap ibu yang menyusui bayi sejak kelahiran anak mereka. Antaranya ialah membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin. Tambahan pula, ia membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat dan mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari. Malahan, kelebihan yang seterusnya ialah ia merupakan satu cara merancang kehamilan yang ideal secara tidak langsung kerana penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama 6 bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Oleh itu, 99 peratus kehamilan dapat dielakkan.

Menyusukan anak adalah tugas yang murni, penting dan istimewa bagi seorang ibu. Pada masa ini, kesihatan bayi dan ibu dalam negara-negara yang membangun mendapat perhatian yang penting. Yang dirisaukan ialah banyak ibu di bandar dan juga sebahagian di luar bandar tidaklah mementingkan lagi susu bagi anak mereka. Di negara-negara barat yang maju, keadaan menunjukkan ibu-ibu sudah memberi semula susu bagi anak-anak mereka tetapi di negara-negara membangun seperti Malaysia, ibu-ibu lebih suka memberi anak-anak susu botol daripada susu mereka sendiri.

Mengapakah perkara sedemikian terjadi? Maka, faktor yang menghalang penyusuan adalah disebabkan kesakitan puting susu. Pada hari permulaan, ibu mungkin berasa sakit tetapi setelah susu mengalir, kesakitan ini akan berkurangan. Terdapat sesetengah ibu yang puting susunya tersorok atau tidak dapat menegak untuk bayi menghisap, oleh itu bayi akan menghisap kulit hitam sekeliling puting dan mengakibatkan perlukaan kecil. Maka, ibu harus menarik putingnya semasa hamil 8 bulan sebagai persediaan. Faktor seterusnya ialah bengkak susu yang disebabkan jangkitan kuman ataupun takungan air susu. Jangkitan kuman dalam buah dada mengakibatkan buah dada bengkak, hangat dan sakit. Ia bolehlah dirawat secara memakan ubat yang diberikan oleh doktor dan ibu boleh membasuhnya dengan menggunakan air suam. Selain itu, sebab-sebab yang lain mungkin disebabkan sikap ibu tersebut. Misalnya, malu menyusukan anak, tiada susu dalam badan, anak tidak mahu menyusu, ketakutan merosakkan bentuk badan, malas menyusukan anak kerana kena bangun pada waktu malam dan lain-lain lagi. Maka, cara untuk memperbanyakkan susu badan ialah ibu bolehlah ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana dan cuci bersih. Kemudian potong kecil-kecil dan kisar sehingga halus. Selepas itu campurkan dengan segelas air suam dan diminta minum sebanyak 2 kali sehari.

Sehingga setakat ini, kesedaran untuk penyusuan badan adalah masih rendah berbanding dengan negara lain. Kempen menyusu badan telah diadakan di hospital seluruh negara untuk memupuk ibu-ibu menyusukan bayi-bayi lebih sihat pada masa akan datang. Misalnya, Salah satu strategi untuk menggalakkan penyusuan susu ibu di Malaysia adalah melalui pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi. Ia merupakan salah satu program antarabangsa yang dilancarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan UNICEF. Program ini bertujuan untuk mengalakkan semua hospital dan pusat bersalin melaksanakan “10 Langkah Ke Arah Penyusuan Susu Ibu Yang Berjaya”. Di samping itu, WABA (World Alliance for Breastfeeding Action) ditubuhkan iaitu satu rangkaian global untuk pertubuhan bukan kerajaan dan individu yang mempunyai matlamat yang sama. Ia bertujuan untuk menggalak, melindungi dan menyokong penyusuan susu ibu. WABA percaya penyusuan susu ibu adalah hak setiap ibu dan anaknya. Pada masa ini, NGO adalah kuasa penggerak di belakang kumpulan sokongan penyusuan susu ibu, berusaha melaksanakan kod antarabangsa, pertukaran maklumat dan latihan untuk pekerja dalam sektor kesihatan. Bagi mencapai matlamatnya, WABA menubuhkan 9 pasukan khas untuk menyelaras gerakan sosial, pertukaran maklumat, penyelidikan, amalan penjagaan kesihatan, wanita dan kerja, mematuhi kod, pendidikan dan latihan serta kumpulan sokongan ibu.

Penyusuan susu ibu tiada bandingan dengan susu tepung mahupun susu lembu. Tiada gambaran yang sehabis murni dan suci daripada seorang ibu yang sedang menyusukan anak kecil dengan memeluk anak itu rapat di badannya. Dengan memeluk anak kecil, dan mengalirnya air susu dari ibu kepada anak, maka kasih sayang itu turut mengalir. Kesimpulannya, dengan penyusuan itu, semua kemahuan asas anak-anak dapat disempurnakan dan anak akan berpeluang hidup dengan baik dan teratur semasa dewasa kelak.
 
 
Credit daripada Berita hangat
Selamatkan si comel!

Selamatkan si comel!

SERING kali kita dengar bayi meninggal dunia akibat tercekik susu dan ada akibat kelemasan ketika dimandikan.

Bayangkan bayi yang dikandung selama sembilan bulan dan baru saja mahu diwarnakan hidupnya pergi begitu saja akibat kesesakan nafas.
Memang benar, semua itu sudah tersurat. Namun pasti terasa ralat jika anak kecil itu meninggal dunia di pangkuan kita tanpa kita berusaha untuk menyelamatkannya.
Hakikatnya, kita diberi peluang selama empat minit untuk menyelamatkan nyawa mereka yang kesesakan nafas tidak kira bayi, kanak-kanak mahupun orang dewasa.
Dalam tempoh empat minit saja, nyawa akan melayang akibat kerosakan di otak kerana kehilangan oksigen.

Dalam tempoh sesingkat itu juga, belum tentu bantuan paramedik akan sempat sampai.
1MalaysiaBlogger

Senarai Blog

Agen Shaklee di kawasan anda. Saya membuat penghantaran ke serata Malaysia.

Hubungi saya!

ANDA INGIN BERSHAKLEE? SILA BACA
PESANAN DI BAWAH

Assalamualaikum

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk
penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Sarawak. Setiap pembelian dgn saya atau ID saya, anda layak untuk mendapatkan ini:

FREEGIFT; FREE AFTER SALE CONSULTATION; FREE INVITATION TO EXCLUSIVE FB GROUP FOR CUSTOMER

Boleh PM saya atau email saja di hasheena73@gmail.com juga
sms/call/Whatsapp/Wechat di0198668615 / 012-8844580 untuk anda dapatkan suplemen semulajadi



Pengikut

Informasi




Pengedar Shaklee Anda

Pengedar Shaklee Anda
Di Sarikei, Sarawak. Hubungi Saya di 012-8844580 atau email-hasheena73@gmail.com

My youngest son

My youngest son

My youngest daughter

My youngest daughter

My eldest daughter

My eldest daughter

My eldest son

My eldest son

Sebarang Pertanyaan sila isi borang ini

Nama

E-mel *

Mesej *

Cari Blog Ini

Catatan Popular

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. KEDAI ANEKA JENIS BARANGAN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger