PENGSAN DALAM BILIK MANDI

PENGSAN DALAM BILIK MANDI

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Strok, sawan dan salur darah pecah antara risiko bahaya akibat tersembam

Usah pandang remeh pening, loya muntah selepas jatuh

LAPORAN kematian akibat terjatuh dalam bilik air, khususnya membabitkan warga emas, termasuk wanita bukanlah asing. Ada yang mengaitkan kejadian itu dengan faktor usia lanjut manakala tidak kurang yang mengaitkannya sebagai takdir.

Itu sudah pasti, tetapi apakah kita akan membiarkan insiden yang boleh dielak atau lebih dipandang remeh, begitu saja tanpa menyelami apa sebenarnya punca kematian? Malah, apakah benar warga tua saja yang berisiko maut akibat terjatuh?

Hakikatnya, insiden terjatuh baik dalam bilik air atau di lokasi mana pun yang berlaku secara tiba-tiba boleh menimpa sesiapa saja, tanpa mengira usia. Dan kejadian terjatuh yang membawa kematian sudah pasti dikaitkan dengan satu punca yang dikenal pasti menjadi penyebab maut termasuk mempunyai penyakit kronik.

Lebih menghairankan, ada pula kes yang mana mangsa kelihatan sihat selepas terjatuh tetapi meninggal dunia beberapa hari kemudian. Mengapa berlaku sedemikian?

Pakar Bedah Otak dan Saraf KPJ Ampang Puteri, Dr Abdul Muin Ishak, menjelaskan keadaan seperti terjatuh di dalam bilik air seharusnya tidak dijadikan alasan kerana jatuh di mana-mana pun boleh mengakibatkan kematian. Apa yang penting ialah mengetahui punca sebenar dan kesan yang dialami selepas itu.
“Jika terjatuh disebabkan oleh punca yang jelas seperti bilik air licin, terlanggar bendul, terpijak kulit pisang dan sebagainya, pasti tiada soalan untuk dipertikaikan. Dan jika mengalami kecederaan, boleh segera dapatkan rawatan doktor.

“Tetapi, apa yang membimbangkan ialah jatuh secara tiba-tiba tanpa diketahui punca yang jelas. Jika seseorang jatuh tiba-tiba, pengsan sebentar dan tidak berupaya mengingati apa yang berlaku ke atasnya, dia seharusnya mendapatkan pemeriksaan lanjutan kerana khuatir ada pendarahan dalaman terutama bahagian kepala jika terhentak dan sebagainya,” katanya ketika ditemui di KPJ Ampang Puteri, baru-baru ini.

Katanya, mereka yang jatuh secara tiba-tiba boleh berpunca sama ada menghidap sawan atau tidak, angin ahmar peringkat sederhana (mild stroke) atau pun salur darah dalam otak pecah secara tiba-tiba.

“Sawan boleh berlaku dalam pelbagai jenis bukan saja yang mengeluarkan buih daripada mulut. Ada sesetengahnya yang mengalami pengsan sekejap-sekejap sejak dari kecil dan kadang-kadang ada yang sampai memorinya kosong secara tiba-tiba walau pun sebentar saja.

“Selain itu penyakit angin ahmar. Sebenarnya ramai yang mengatakan angin ahmar terjadi disebabkan oleh terjatuh secara tiba-tiba.

“Tanggapan itu salah kerana pesakit biasanya menghidap penyakit angin ahmar terlebih dulu tanpa disedari terutama kepada penghidap kencing manis dan darah tinggi disebabkan oleh 80 peratus salur darah tersumbat di dalam otak,” katanya yang memberi peringatan kepada semua supaya tidak mengambil ringan mengenai masalah ini.

Ujarnya lagi, bagi kes salur darah dalam otak pecah pula, ia boleh berlaku dalam dua cara iaitu ‘cerebral aneurysm’ iaitu bonjolan pada salur darah pecah secara tiba-tiba dan keadaan boleh menjadi teruk sehingga menyebabkan hilang kawalan. Kes seperti ini banyak berlaku kepada mereka yang berusia 40 hingga 60 tahun.


Kenapa kita jarang dengar jatuh ditempat tempat lain? Semasa saya hadir kursus gaya hidup sehat , seorang penceramah professor uitm yang juga terlibat dengan majlis sukan negara menasihatkan supaya semasa mandi jangan basahkan kepala dulu, 

basahkan bahagian badan. Ini kerana apabila kepala basah dan sejuk, darah semua akan mengalir ke kepala untuk memanaskan kepala , logik 'warm blooded human' dan jika ada saluran darah sempit, mungkin boleh menyebabkan saluran darah pecah. 

Ini kerapkali berlaku di bilik mandi. Sila sebarkan agar lebih ramai sedar dan mungkin dapat membantu mengelakkan kejadian ini.




Langkah langkah yang perlu anda ambil:-

1. Bermula dari segayung siramkan
di telapak kaki.

2. Segayung di betis

3. Segayung di paha

4. Segayung di perut

5. Segayung di bahu

6. Berhentilah sejenak 5-10 saat

👉Kita akan merasakan seperti wap/
angin yang keluar dari ubun-ubun
bahkan meremang, setelah itu
lanjutkan dengan air biasa.



Hikmahnya: 

Seperti pada gelas yang diisi air panas kemudian kita isi dengan air sejuk. Apa yang terjadi?

Gelas akan retak

Jika tubuh kita? apa yang retak?
Suhu tubuh kita cenderung panas dan air itu sejuk, maka yang terjadi jika kita mandi langsung menyiram pada badan atau kepala, angin yang harusnya keluar jadi terperangkap atau boleh membawa maut kerana pecahnya pembuluh darah.

Maka sebab itu kita sering menjumpai orang jatuh di bilik mandi tiba-tiba kena 'stroke'. Boleh jadi kita sering masuk angin kerana cara mandi kita yang salah. Boleh jadi kita sering migrain kerana cara mandi yang salah.

Cara mandi ini baik bagi semua peringkat umur terutama yang mempunyai sakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan migrain/sakit kepala sebelah.``

Jangan kedekut ilmu. Sila kongsi untuk manfaat bersama.

Catat Ulasan

SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com

1MalaysiaBlogger

Senarai Blog

Agen Shaklee di kawasan anda. Saya membuat penghantaran ke serata Malaysia.

Hubungi saya!

ANDA INGIN BERSHAKLEE? SILA BACA
PESANAN DI BAWAH

Assalamualaikum

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk
penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Sarawak. Setiap pembelian dgn saya atau ID saya, anda layak untuk mendapatkan ini:

FREEGIFT; FREE AFTER SALE CONSULTATION; FREE INVITATION TO EXCLUSIVE FB GROUP FOR CUSTOMER

Boleh PM saya atau email saja di hasheena73@gmail.com juga
sms/call/Whatsapp/Wechat di0198668615 / 012-8844580 untuk anda dapatkan suplemen semulajadi



Pengikut

Informasi




Pengedar Shaklee Anda

Pengedar Shaklee Anda
Di Sarikei, Sarawak. Hubungi Saya di 012-8844580 atau email-hasheena73@gmail.com

My youngest son

My youngest son

My youngest daughter

My youngest daughter

My eldest daughter

My eldest daughter

My eldest son

My eldest son

Sebarang Pertanyaan sila isi borang ini

Nama

E-mel *

Mesej *

Cari Blog Ini

Catatan Popular

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. KEDAI ANEKA JENIS BARANGAN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger