Susu kurang: Amalkan tips 5 minit

Susu kurang: Amalkan tips 5 minit



Salam sayang buat semua pembaca blog ini especially mummy2 N bakal mummy yang sedang membaca entri ini...Moga kalian sentiasa di bawah lindunganNya.


Pada kali ini saya ingin berkongsikan dengan anda, betapa pentingnya 5 minit kita untuk mengepam susu. Antara sebab saya tertarik untuk kongsikan amalan ini, ialah kerana saya sangat simpati kepada mummy2 yang kerjanya sangatlah super busy, hinggakan nak luangkan masa untuk pam susu pun, bukanlah satu perkara yang mudah.


Ikuti tips mudah ini ya sahabatku sekalian:

1. Luangkan masa 5 minit untuk pam susu, sekurang-kurangnya 3 kali pada waktu bekerja selama 8 jam. (5 minit pun jadi, yang penting perlu ada "demand", then baru ada 'supply')

2. Amalkan pam susu jarak maksima yang dibenarkan ialah 3 jam sekali.

3. Setkan masa, amalkan sifir 3 seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ini (zaman tuk kaduk dulu...huhu...jika rajin, sila cari semula entri tersebut), iaitu jam 9 am, 12 pm, 3 pm, 6 pm dan seterusnya (jika terlebih rajin N tujuan nak tambah stok)...

4. Corong N peralatan pam yang digunakan, tak perlu basuh, terus simpan dalam 'cooler bag' atau peti ais untuk kegunaan dalam masa 24 jam. (Pastikan tangan sentiasa bersih bagi mengelakkan jangkitan bakteria atau kuman).


Ok, cuba amalkan 4 perkara di atas. Insyaallah masalah kurang susu akan dapat diatasi dengan izinNya...


Untuk lebih detail lagi, bolehlah saya berikan penerangan ringkas untuk tips di atas. Tujuan tak 'explain' terus pada tips tu, sebab tak nak kalian pening ngan penerangan saya yang panjang lebar. Lagipun, bukan semua mummy ada masa yang mencukupi nak baca se'detail' itu. Kadang-kadang, mereka hanya jeling sikit je pada teks tu, tujuan nak tahu sikit pun takpe...dari tak tahu langsung... Jadi mari kita memudahkan mereka ya...




Ok...Penerangan panjang lebar bermula di sini:


1. Luangkan masa 5 minit untuk pam susu, sekurang-kurangnya 3 kali pada waktu bekerja selama 8 jam. (5 minit pun jadi, yang penting perlu ada "demand", then baru ada 'supply')

Kenapa saya kata 5 minit? Kerana, jika kalian perasan ketika kita breastfeed anak atau pam susu pada saat ke 30 atau seterusnya, tetiba susu keluar memancut2 kan...atau kalau tak perasan, sila 'feel' selepas ini ya...Hehe... Itulah dinamakan 'let down reflex', tetiba rasa cam denyut2 panas sikit kan...atau gambaran ringkas, time kita pam tu, tetiba susu jadi cam banyak je kan...


Untuk mummy yang first timer ni, mesti akan pam lebih dari 5 minit, sebab masih belum dapat biasakan diri dengan 'let down reflex' tu... (saya lah tu...time anak 1st dulu...)


Dulu nasihat ini, telah diberikan oleh idola saya, sis Syaza. Dia kata pam 5 minit je. Saya dulu pam 5 minit, adala dpt 2oz kot...Sebab 'let down reflex' saya punyalah lambat nak keluar... Hehe...adalah kisahnya...Dulu dahlah pengalaman pertama, lagipun, masih kurang ilmu tentang breastfeed nih. Kalau tak silap, dulu2 kan, 'let down reflex' saya hanya mampu datang selepas 5-7 minit pam...Sebab tu saya ambil masa gak nak dapatkan sebotol dulu... (5 oz).


So, sekarang kalau kalian dah biasakan diri, amalkan pam walau 5 minit, insyaallah... Agak2 leh tak adjust gak time kerja tu, supaya sempat pam... :)


2. Amalkan pam susu jarak maksima yang dibenarkan ialah 3 jam sekali.

Ok, part yang ni paling best. Saya masih terngiang-ngiang kata-kata seorang rakan sekerja saya nih...Ct Rohani.."Kak tia walau sibuk2 pun, sempat je pam eh..." Dengan gaya dia ala2...'macam comel jer...'.


Ish..memangla...Walau camana pun, saya akan usahakan jugak luangkan masa untuk pam. Paling teruk kalau tak sempat, ibaratnya.. demi nak maintain kan proses 'demand' tu... Sebab, kalau kita biasakan tak apply konsep 'demand' tu...Insyaallah susu kita akan berkurang sedikit demi sedikit....Hah...tak nak kan...Mudahan Allah izinkan kita menyusukan anak hingga 2 tahun ya...amin...


Lagipun, rahsianya ialah...ini salah satu cara saya rancang kehamilan secara semulajadi. Hihihi...(sambil tutup mulut) Kalau tak 'confident' korang jangan ikut k... Saya memang praktikkan ini sejak anak 1st. Sebab, saya pernah terbaca, bila kita menyusu, hormon prolaktin yang ada tu sebenarnya menghalang rahim kita dari menghasilkan telur yang subur... So, walau baby dah start makan pun, saya cuba sedaya upaya adjust gap pam susu tu, supaya tak lebih 3 jam.


Nak tergelaknya, kadang kalau tersangkut dalam meeting lama sangat kan...Mulalah hati tak senang... Cara saya cenggilat ialah..."bangun secara tiba2, N kasi alasan nak ke toilet"...sebenarnya pam susu...hihi...sebab tu, saya pesan, 5 minit pun jadilah...dari tak pam langsung...



3. Setkan masa, amalkan sifir 3 seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ini (zaman tuk kaduk dulu...huhu...jika rajin, sila cari semula entri tersebut), iaitu jam 9 am, 12 pm, 3 pm, 6 pm dan seterusnya (jika terlebih rajin N tujuan nak tambah stok)...

Aaa..part yang ni pun best juga... Tujuan saya sebut 9, 12, 3, 6 bagai tu...as a guide je...Janganlah stick tu the plan sangat...

Sampaikan, tadi baru pam susu kul 10.30 pagi...bila nak pam jam 12 tengahari, kononnya untuk next pumping...dah tangguh nak pam...sebab kata baru sangat pam...N kalau pam pun susu sikit je...


Ok, kalau mummy yang 1st timer tu, saya excuse...sebab rasanya diorang memang lum faham lagi...Tapi sebenarnya, tanggapan kalian salah ya, kalau beranggapan begitu... Sejujurnya, kalian tak sedar, yang sebenarnya, kalian dengan tak sengaja ter'set' dalam minda korang yang susu tu tak proses lagi... Biarlah nak nafikan camana pun...Tapi sebenarnya korang anggap begitu... (takpe...dulu saya pun begitu...)

Sebenarnya, 'miracle'nya kilang susu kita ni, proses penghasilannya tak pernah berhenti...Masya Allah...kalau korang ada masa nak mengkaji keajaiban menyusu ni...terlampau banyak... Sehinggakan..hati ni terasa syahdu je setiap kali terlibat dengan penyusuan...Banyak bukti kekuasaan Allah yang tersembunyi, yang mana kalau kita renungkan...Masya Allah....rasa nak menangis dengan kekuasaanNya dan segala rahsia yang tersembunyi disebaliknya...Insyaallah ada rezeki nanti...suatu masa saya akan kongsikan...

Cam lari topikla pulak...Bak kata sahabat saya, Aina, "Kak tia ni, kalau terover excited memang gitu....lari topik..." Adoila... ;)

Ok, sambung balik, sebenarnya...kalau korang perasan, selagi korang pam, atau perah..susu tu masih akan keluar...walau setitis pun...Sebab dia sentiasa proses... Jadinya kalau korang dah faham dengan anatomi 'breast' kita ni...Silap2 lepas pam..balik tempat duduk tu...Susu tengah memenuh semula... Betul...benda tu kalian boleh rasa nanti...Setelah faham dan sudi nak menyelami aktiviti 'breast' korang... :)


4. Corong N peralatan pam yang digunakan, tak perlu basuh, terus simpan dalam 'cooler bag' atau peti ais untuk kegunaan dalam masa 24 jam. (Pastikan tangan sentiasa bersih bagi mengelakkan jangkitan bakteria atau kuman).




Ok, yang ni, syukurlah...Makin banyak kita kongsikan ilmu...Makin banyaklah ilmu yang datang... So, sila jangan kedekut ilmu ya kawan2...Semuanya milik Allah...kita dapat ilmu tu pun dengan izinNya...


Tips yang ni, saya dapat dari seorang pegawai semasa saya bertugas di KKM dulu... Alamak namanya terlupa lak wat masa ni...Tapi muka ingat... Nama dia unik...Ala...leh lupa lak time nih...


Dialah yang 'share' tips ni... Dia selalu terlibat dengan meeting luar..N antara mummy yang super bz jugakkan...Tu yang saya pelik tu, tapi leh pulak dia fully breastfeed anak dia...


Ok, rahsianya ialah, corong pam dan botol susu bagai tu, yang kita dah guna tadi...Takyahlah basuh setiap kali..n rendam air panas setiap kali...Yang tu yang curi masa kita... Baik kita jimatkan masa untuk pam..dari bunag masa, ke sana sini, semata nak basuh botol...


Tapi, WAJIB pastikan tangan kalian sentiasa bersih ok... Peralatan tu, kalau kita simpan tempat sejuk, tahan untuk diguna sehingga 24 jam. Sebabnya, susu kita sendiri ada agen bakteria baik...(antibakteria)...

Sebab tu, saya sekarang rasa pam susu tu, mudah sangat...Lepas pam je, terus simpan peralatan tu dalam peti ais..Kemudian nak pam, just ambil je barang tu semula...Mudahkan... ;)

So, apalagi...Selamat mengepam wahai ibu sekalian... Walau sesibuk mana pun kita...Ingatlah..sebenarnya tanggungjawab kita kepada anak2 dan keluarga itu yang paling utama...

Best of luck to all of you...!

*********************************************************************************
Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0198668615/0128844580 atau email di sheenaeshoptrading@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************* Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Catat Ulasan

SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com

1MalaysiaBlogger

Senarai Blog

Agen Shaklee di kawasan anda. Saya membuat penghantaran ke serata Malaysia.

Hubungi saya!

ANDA INGIN BERSHAKLEE? SILA BACA
PESANAN DI BAWAH

Assalamualaikum

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk
penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Sarawak. Setiap pembelian dgn saya atau ID saya, anda layak untuk mendapatkan ini:

FREEGIFT; FREE AFTER SALE CONSULTATION; FREE INVITATION TO EXCLUSIVE FB GROUP FOR CUSTOMER

Boleh PM saya atau email saja di hasheena73@gmail.com juga
sms/call/Whatsapp/Wechat di0198668615 / 012-8844580 untuk anda dapatkan suplemen semulajadi



Pengikut

Informasi




Pengedar Shaklee Anda

Pengedar Shaklee Anda
Di Sarikei, Sarawak. Hubungi Saya di 012-8844580 atau email-hasheena73@gmail.com

My youngest son

My youngest son

My youngest daughter

My youngest daughter

My eldest daughter

My eldest daughter

My eldest son

My eldest son

Sebarang Pertanyaan sila isi borang ini

Nama

E-mel *

Mesej *

Cari Blog Ini

Catatan Popular

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. KEDAI ANEKA JENIS BARANGAN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger