MEROYAN ATAU ANGIN MERIAN

MEROYAN ATAU ANGIN MERIAN



Meroyan merupakan salah satu penyakit gangguan mental yang serius.


Ia bemula dalam masa antara 2 hingga 3 hari selepas seseorang wanita bersalin. Namun ia boleh berlarutan untuk jangka masa yang lama sekiranya tidak mendapat rawatan. Biasanya, ia dialamai oleh wanita yang pertama kali bergelar ibu. Bagaimanapun, gangguan ini jarang terjadi.



Dianggarkan hanya seorang atau dua saja wanita yang mengalaminya dalam setiap 1,000 wanita yang melahirkan anak.


Biasanya mereka yang mengalami masalah ini sering kali merasakan diri tidak bagus dan tidak layak menjadi ibu. Pada peringkat awal mereka berasa sedih, enggan makan dan minum. Lama-kelamaan merasakan ada orang yang ingin mencederakan atau membunuh bayi dan dirinya.

Gangguan mental yang lebih dikenali sebagai meroyan di kalangan orang Melayu ini juga mempunyai banyak nama lain dalam istilah perubatan. Ia juga dikenali sebagai peuperal psikosis atau postpartum psikosis. Risiko kemungkinan seseorang mengalami meroyan ini lebih tinggi dan meningkat menjadi 2 kali ganda di kalangan wanita yang pernah mengalami psikosis. Manakala, wanita yang mengalami gangguan bipolar pula dianggarkan antara 20 hingga 50 peratus lebih tinggi daripada wanita yang mempunyai sejarah skizofrenia.



Psikosis, merupakan satu keadaan di mana individu terbabit 'hilang' sentuhan dengan dunia nyata. Wanita terbabit biasanya mendengar suara-suara halus, melihat 'sesuatu' yang tidak dapat dilihat orang lain juga sering rasa bersalah tanpa sebab.


Pesakit dapat dikesan melalui gejalanya. Mereka biasanya mengalami gangguan mood, tingkah laku yang pelik, syak wasangka yang keterlaluan dan gangguan tidur. Kecenderungan mereka yang mengalami masalah ini juga terlalu rendah, iaitu 1 dalam setiap 50,000 kelahiran.



Menurut Dr. Nor Hayati, seorang pakar psikiatri di Hospital Kuala Lumpur, secara biologinya, wanita lebih mudah terdedah dan mengalami kemurungan walaupun mereka tidak hamil. Sepanjang kehamilan, paras hormon wanita meningkat pada paras yang tinggi. Sebaik saja malahirkan anak, paras hormon progestron dan estrogen ini akan menurun secara mendadak. Terdapat segelintir wanita yang sensitif kepada perubahan hormon ini, lalu menyebabkan mereka mengalami rasa sugul dan kemurungan.



Sebahagian besar wanita menyemai persepsi bahawa status menjadi ibu adalah satu detik paling indah dan cukup menggembirakan. Sebaliknya, tidak ramai yang menyedari bahawa apabila telah mempunyai anak, ia menuntut banyak perubahan, pengubahsuaian dan pengorbanan. Kehidupan dengan kehadiran orang baru sebenarnya sesuatu yang mencabar, penuh dengan tekanan dan kita mula mempelajari banyak perkara baru.



Pada ketika ini, wanita juga mengalami banyak perubahan fizikal dan emosi semasa hamil dan selepas melahirkan. Perubahan ini, secara tidak langsung menyebabkan ibu-ibu baru ini berasa sedih, resah, keliru, terasing dan sebagainya. Sehubungan itu, bakal-bakal ibu dinasihatkan supaya membuat persediaan mental melalui pembacaan, berkongsi pendapat dengan keluarga serta rakan-rakan.

Secara umum, selain meroyan, gangguan mental yang berlaku selepas bersalin terbahagi kepada :


Rasa sugul (postpartum blues - PPB )


Rasa murung (postpartum depression - PPD )




Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mendefinasikan tempoh postpartum ini sebagai 6 minggu pertama selepas bersalin.


POSTPARTUM BLUES

Kesugulan yang dialami ini dikategorikan sebagai masalah gangguan mental yang paling ringan. Boleh dikatakan, ia berlaku kepada hampir sebahagian besar wanita yang baru pertama kali menjadi ibu.

Ketika dalam pantang antara gejalanya wanita terbabit sering menangis, rasa resah, mudah tersinggung, mengalami gangguan tidur dan mood yang tidak menentu.

Gejala ini biasanya bermula antara 3 atau 4 hari selepas bersalin. Biasanya gejala ini akan hilang seminggu kemudian. Bidan atau jururawat desa dapat membantu mengenal pasti gejala-gejala yang dialami ini.

POSTPARTUM DEPRESSION

Ia berlaku selepas bersalin, tanpa mengira anak yang ke berapa. Gejalanya tidak banyak dengan sugul selepas bersalin tetapi lebih berat.

Gejalanya dapat dikenal pasti antara 3

hingga 9 bulan selepas bersalin. Terdapat juga wanita yang mengalami PPB melarat hingga menjadi PPD. PPD menyebabkan wanita terbabit gagal menjalankan rutin hariannya. Wanita yang berisiko mengalami PPD ini biasanya mempunyai sejarah dan gejala kemurungan semasa hamil.


Wanita yang pernah mengalami gejala ini selepas melahirkan anak sulung berisiko untuk mendapatnya apabila melahirkan anak yang seterusnya.

Sebaiknya dapatkan sokongan suami dan keluarga untuk mendapatkan rawatan sewajarnya. PPD, dikategorikan sebagai satu gangguan yang serius. Pesakit boleh dirawat dengan ubat-ubatan dan kaunseling.


Kemuraman , kemurungan ,Angin Merian apakah bezanya?

Simptom-simptom dalam gila merian atau meroyan ini adalah lebih teruk lebih menyeluruh serta lebih mengganggu keupayaan wanita untuk menjalankan tugas harian.
Dianggarkan satu daripada setiap 500 ibu yang melahirkan anak akan mengalami gila merian atau meroyan ini dan biasanya tanda-tanda ini timbul dalam masa dua minggu pertama selepas kelahiran . Jenis yang paling kerap berlaku ialah kemuraman dan kemurungan yang mempunyai banyak simptom persamaanya.

Apakah terdapat penyakit-penyakit lain yang sering berlaku kepada wanita selepas bersalin , juga menakutkan?

1. Bagi ibu yang pertama kali bersalin selalunya menghadapi keadaan radang Payu Dara . Ianya boleh berlaku selepas sepuluh hari melahirkan . Ini disebabkan oleh susu yang terlalu banyak terkumpul dan lambat dikeluarkan sehingga payu dara membengkak kerana si ibu belum pandai menyusukan bayi. Selain daripada itu puting payudara yang merekah dan luka juga boleh menyebabkan keradangan

2. Semasa dalam pantang biasanya ibu kurang membuat pergerakkan fizikal dan banyak tidur . Ini amalan yang kurang sihat dan boleh mengakibatkan thrombosis atau darah beku. Penyakit ini sering berlaku pada awal minggu selepas bersalin . Pesakit akan terasa sakit kepala , bisa-bisa badan yang keterlaluan. Keadaan ini menyebabkan perjalanan darah terutama pada bahagian tekanan saperti bahagian punggung , pinggang dan kaki tersekat-sekat dan perlahan. Ibu akan terasa panas badan ,pergerakan nadi menjadi cepat , perasaan saperti sesak nafas dan sakit saperti dicucuk-cucuk atau kebas pada bahagian kaki dan pinggang ,lebih cepat dibahagian rahim menyebabkan sakit berdenyut dan lelehan yang berbau busuk akan mengalir keluar dari tempat sulit.

3. Selain daripada itu jangkitan pada salur kencing juga mudah terjadi pada waktu nifas atau semasa hamil. jangkitan ini jika tidak dijaga boleh merebak ke bahagian ginjal dan menyebabkan demam


4. Perubahan tubuh badan yang sering berlaku keatas wanitaselepas bersalin saperti perut membuncit dan berat badan semakin naik dianggap pekara biasa bagi ibu-ibu yang telah lama atau baru bersalin dan juga bagi mereka yang sering bersalin. Oleh itu , ibu-ibu cepat mengalah mengenai penjagaan kesihatan dan kecantikan tubuh badan (untuk mengembalikan bentuk badan yang asal.) Banyak alasan yang diberikan oleh mereka . Salah satunya mereka percaya selepas bersalin bentuk badan dan akan menjadi besar .

5. Mengikut pendapat orang tua-tua setiap kali bersalin satu urat akan putus. Oleh itu , ibu selepas bersalin atau dalam berpantang akan berasa kurang selesa kerana posisi rahim diketika itu kembang, bengkak, dan terasa berat .

6. Selain daripada itu , urat saraf dibahagian pinggul masih kendur , saluran kencing dan sekitar ari-ari turut bengkak akibat tekanan kepala bayi semasa hendak melahirkan . Luka-luka juga sering berlaku didalam rahim serta dipangkal semasa uri hendak dikeluarkan dan semasa melahirkan . Luka ini disebut " luka menggeleber " Luka yang menggeleber yang kecil biasanya dapat dipulihkan tanpa masaalah tetapi luka yang besar akan menimbulkan rasa tidak selesa dan menggangu kesihatan . Inflamasi yang kronik dan lelehan dari faraj adalah komplikisi biasa akibat luka pada pangkal rahim yang tidak dirawati .Luka ini jika dibiarkan serta tidak mendapat rawatan yang betul boleh menyebabkan penyakit kanser rahim atau kenser pangkal rahim .

7. Demam kelahiran ' ialah demam semasa nifas yang disebabkan oleh infeksi di tisu rahim . Infeksi ini terjadi kerana kuman penyakit saperti streptokokus memasuki tisu di pangkal rahim atau rongga rahim sewaktu hendak melahirkan , keguguran atau pada waktu keguguran . Infeksi ini amat berbahaya kerana ia boleh membawa maut. Infeksi mungkin merebak dari rahim kedalam ovari atau tisu-tisu lain sehingga timbul abses pada selaput peritoneum lalu menyebabkan peritonitis .

8. Lelehan yang berwarna merah akan terus mengalir selagi rahim masih bengkak dan keadaan dalaman yang kurang sihat . Lelehan yang keluar itu banyak sel darah, ketulan darah serta gumpalan dari selaput lendir rahim. Darah nifas biasanya akan beransur kurang selama 14 hari . Selepas itu lelehan menjadi kuning coklat dan seterusnya bertukar warna menjadi putih kekuning-kuningan sehingga tiba ke hari 40 , barulah ia mula mengering.

9. Jika sekiranya masih ada lelehan cairan, ini menandakan rahim masih bengkak dan belum mengecut . Tubuh akan terasa tidak selesa , masih terasa berat dibahagian ari-ari dan tempat sulit, perut sukar dikempiskan , nafas serta badan berbau busuk dan rupa paras tubuh badan kelihatan saperti sedang mengandung . lelehan ini akan berterusan dan menjadi penyakit keputihan selepas pantang . Saluran vagina akan mengembang serta terasa berat . Ini boleh mengganggu hubungan kelamin suami isteri .

10. Sewaktu tidur atau berjalan-jalan , pastikan ibu jari kaki dijaga supaya tidak tersepak , kerana mengikut petua orang tua-tua dulu , mereka bimbang ini boleh menyebabkan bentan (tumpah darah )

11. Semasa melahirkan anak, banyak tenaga telah digunakan yang menyebabkan keletihan . Keletihan ini juga boleh disebabkan oleh darah keluar dengan banyak . Kadang-kadang keletihan ini boleh menggangu kesihatan dan menyebabkan tekanan emosi. Pesanan orang tua-tua , penjagaan ibu bersalin dalam pantang hendaklah dilayan dengan baik kerana mereka dalam keadaan yang lemah dari segi jasmani dan rohani , mudah terkejut , mengalami gangguan emosi yang teruk dan sering tumpah darah apabila berhadapan dengan situasi sedemikian.


CADANGAN SET VITAMIN



Insyaallah ibu boleh ambil vitamin Shaklee yg terbukti berkesan. Apa yg kami cadangkan khas untuk ibu selepas bersalin berpantang adalah


Vitamin C, B Complex, Zink dan Vitalea.

Penambahan Energizing Soy Protein sangat digalakkan.
Mengapa supplemen ini?

Ibu yang bersalin selalunya mengalami luka-luka luaran mahupun dalaman termasuk di bahagian rahim. Jadi vit c n zinc perlu di mana ia dapat membantu menyembuhkan luka. Kedua-dua vitamin ni juga sesuai diambil bagi mereka yg tak makan haruan

Kehilangan tenaga yang banyak sudah semestinya selepas bersalin,jadi pengambilan b complex bagi mengembalikan tenaga dan membantu menangani stress sangat penting.

Rutin berpantang pula membuatkan ibu seringkali terpaksa memilih makan dan mungkin berlaku kekurangan nutrisi lengkap. Jadi pengambilan vitalea adalah yg terbaik sebab ia merupakan multivitamin yg lengkap dengan mineral yg diperlukan oleh badan. Lebih-lebih Vitalea dilengkapi zat besi yang diperlukan ibu yg dh tentunya banyak kehilangan darah selepas bersalin.Ramai yang telah mencuba dan dapat merasakan kesihatan dan pemulihan dalam masa lebih cepat.Anda boleh dapatkan sekarang dengan Harga Runtuh yang sangat Menjimatkan


CREDIT
*****************************************************************************************
Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0198668615/0128844580 atau email di sheenaeshoptrading@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ******************************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse

Catat Ulasan

SAYA WAKIL SAH SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTER SARIKEI SARAWAK. SHEENA 012-8844580 ATAU EMAIL SAYA DI hasheena73@gmail.com

1MalaysiaBlogger

Senarai Blog

Agen Shaklee di kawasan anda. Saya membuat penghantaran ke serata Malaysia.

Hubungi saya!

ANDA INGIN BERSHAKLEE? SILA BACA
PESANAN DI BAWAH

Assalamualaikum

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk
penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Sarawak. Setiap pembelian dgn saya atau ID saya, anda layak untuk mendapatkan ini:

FREEGIFT; FREE AFTER SALE CONSULTATION; FREE INVITATION TO EXCLUSIVE FB GROUP FOR CUSTOMER

Boleh PM saya atau email saja di hasheena73@gmail.com juga
sms/call/Whatsapp/Wechat di0198668615 / 012-8844580 untuk anda dapatkan suplemen semulajadi



Pengikut

Informasi




Pengedar Shaklee Anda

Pengedar Shaklee Anda
Di Sarikei, Sarawak. Hubungi Saya di 012-8844580 atau email-hasheena73@gmail.com

My youngest son

My youngest son

My youngest daughter

My youngest daughter

My eldest daughter

My eldest daughter

My eldest son

My eldest son

Sebarang Pertanyaan sila isi borang ini

Nama

E-mel *

Mesej *

Cari Blog Ini

Catatan Popular

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. KEDAI ANEKA JENIS BARANGAN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger