Masih terbayang berita di dada akhbar pada pertengahan tahun lepas mengenai kematian bayi berusia empat bulan di sebuah taska. Kematiannya adalah berpunca daripada jangkitan kuman pada paru-paru dan bukan disebabkan tersedak susu. Tidak mahu pisang berbuah dua kali, berita ini membuatkan kita terfikir bagaimana perkara itu boleh berlaku. Memang benar, ajal maut semuanya di tangan-NYA. Namun sebagai hamba-Nya, kita boleh berikhtiar untuk mengelak daripada berlaku.

Adakah anak kerap diserang batuk, demam dan selesema? Apabila ini berlaku, sudah tentu si kecil kurang selera makan dan enggan minum susu. Ada kalanya susu yang diminum tersedak disebabkan batuk. Ia mungkin situasi biasa, tetapi jika masalah kesihatan itu berlarutan lebih tiga hari, cepatlah bertindak! Ini kerana jika dibiarkan, paru-paru anak anda mungkin dijangkiti virus yang mengakibatkan anak anda mengalami pneumonia.

Secara umumnya jangkitan paru-paru adalah berkaitan penyakit pneumonia. Pneumonia merujuk kepada jangkitan kuman pada paru-paru yang membuatkan seseorang itu sukar bernafas. Ia berlaku disebabkan saluran udara pada paru-paru dipenuhi nanah dan lendir yang menyebabkan sistem pernafasan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Keadaan ini jika dibiarkan berterusan akan mengakibatkan oksigen tidak sampai ke dalam darah dan sel tubuh. Ini akan menyebabkan kanak-kanak mengalami kekurangan oksigen yang menyebabkan dia sukar bernafas yang membahayakan nyawa si manja anda.

Pneumonia terjadi kerana jangkitan bakteria, virus, fungus dan parasit. Secara umum antara bakteria yang menyebabkan pneumonia adalah ‘Streptococcus pneumoniae’, ‘Haemophilus influenzae’, ‘Chlamydia trachomatis’,’Mycoplasma pneumoniae’ dan ‘Legionella pneumophila’. Jangkitan kuman atau virus yang menyebabkan jangkitan di hidung , batuk, selsema dan berterusan pada paru-paru.

Pencegahan Awal
Pneumonia adalah masalah jangkitan paru-paru yang sangat biasa di kalangan kanak-kanak Malaysia. Jangkitan paru-paru kerap dialami oleh kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun.

Kira-kira 60 peratus punca utama kebanyakan kanak-kanak dimasukkan ke wad di Malaysia. Pada awalnya kanak-kanak akan mengalami keradangan paru-paru (bronkitis) sebelum bertukar menjadi lebih kronik iaitu pneumonia. Pneumonia mungkin sukar dikesan pada kanak-kanak yang aktif, tetapi secara umum boleh dikesan menerusi perubahan sifat kanak-kanak itu iaitu meragam, tidak mahu minum susu dan tidak aktif.

Bagi kanak-kanak yang aktif, mungkin sedikit sukar mengesan gejala ini tetapi jika dia batuk berpanjangan selama tiga hari, lesu, muntah, nafas berbunyi dan mengalami kekurangan air (dehidrasi) segera dapatkan pemeriksaan lanjut dengan pegawai perubatan berdekatan. ibu bapa sepatutnya menyedari risiko pneumonia. Segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kanak-kanak yang berisiko mendapat penyakit ini ialah mereka yang dijaga oleh pengasuh di taska, ‘day care’ iaitu dalam kelompok yang ramai dan keluarga yang besar dengan rumah yang sempit. Pada masa yang sama persekitaran dibiarkan tidak bersih dan perkongsian bekas makanan dan minuman yang menyebabkan penyakit disebar dengan mudah.

Dalam pada itu, bagi bayi yang berusia satu hingga tiga bulan sepatutnya sihat dan tidak ada sebab bayi ini mengalami demam. Namun jika tetap mengalami demam, bayi harus menjalani pemeriksaan imunisasinya.

Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital iaitu pernafasan laju, sukar untuk bernafas , bibir menjadi biru, batuk berdarah dan tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing. Jangkitan kuman ini boleh membahayakan nyawa.

Simptom
♦ Demam panas
♦ Batuk dengan atau tanpa kahak
♦ Sakit dada
♦ Tiada selera makan, tidak mahu makan
♦ Rasa tidak sihat, sering merengek
♦ Pernafasan laju atau susah bernafas
♦ Muntah atau cirit-birit

Rawatan
Kanak-kanak yang mengalami jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor. Bagaimanapun, jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Dalam pada itu, pencegahan awal untuk mengelak jangkitan kuman boleh dilakukan seperti amalan kebersihan diri, persekitaran yang baik dan meneruskan penyusuan susu ibu. Alternatif lain pencegahan awal ibu bapa boleh mendapatkan vaksin melalui hospital swasta untuk meningkatkan imun anak anda. Vaksin seperti vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles), Vaksin influenza dan Vaksin pneumococcal merupakan pengambilan imunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru.

♦ Beza batuk biasa dan batuk pneumonia
Batuk biasa Bunyinya ‘tidak dalam’ berbanding batuk akibat pneumonia.

♦ Batuk pneumoniaBunyinya ‘dalam’ dan kerap terjadi waktu malam sehingga ke pagi. Kahak berhimpun kerana lebih kerap batuk di sebelah malam.

5 Tip Mudah
1. Mesti ada termometer untuk mengukur suhu badan anak.
2. Dapatkan puting botol susu jenis Y-Cut iaitu susu keluar apabila dihisap oleh anak kecil. Jenis ini membantu mengelak anak kecil tersedak susu.
3. Pastikan persekitaran taska bersih dan tidak terlalu ramai kanak-kanak.
4. Dapatkan rawatan doktor jika demam, selesema dan batuk tidak pulih selepas tiga hari.
5. Teruskan penyusuan susu ibu untuk meningkatkan antibodinya.

Credit majalah pa&ma
Wednesday, November 16, 2011

Penyusuan Susu Ibu Pilihan Terbaik


POLISI
Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun. Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur enam bulan

Faedah-faedah Kolostrum1. Kaya antibodi
- melindungi bayi dari jangkitan dan alahan.
2. Kaya sel darah putih
- melindungi dari jangkitan.
3. Kaya Vitamin A dan E
- kematangan usus dan mencegah alahan.
4. Faktor pertumbuhan
- kematangan usus dan mencegah alahan.
5. Sejenis laksatif
- mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis

Faedah-faedah susu ibu untuk bayi:1. Mengandungi bahan pencegah penyakit (antibodi.
2. Mempunyai komposisi yang mencukupi dan suhu yang sesuai.
3. Mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit birit serta penyakit saluran pernafasan.
4. Mengurangkan risiko kepada alahan.
5. Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi).
6. Kurang masalah pergigian dan ortodontiik.
7. Mengurangkan penyakit kencing manis pada kanak-kanak, pneumonia dan jangkitan telinga.
8. Menggalakkan tumbesaran.
9. Penghadaman yang mudah.

Faedah-faedah susu ibu untuk bayi:1. Membantu mengecutkan rahim - mengurangkan pendarahan.
2. Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.
3. Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari.
4. Penyusuan susu ibu sepenuhnya membatu menjarakkan kelahiran.
5. Menjimatkan masa dan wang.
6. Mudah dan tidak perlu persediaan.

Faedah ibu ibu dan anak bersama sepanjang masa (rooming in):1. Dapat disusuikan mengikut kehendak bayi.
2. Mengeratkan kasih sayang ibu dan anak.
3. Mudah meneruskan penyusuan ibu sepenuhnya.
4. Merangsang pengaliran dan pengeluaran susu.
5. Mengelakkan bengkak payu dara.
6. Mengurangkan infeksi.
7. Risiko terdedah terhadap diabetes dikalangan bayi, kanser dan jangkitan telinga (Otitis Media)

Kepentingan Penyusuan sepenuhnya (EXCLUSIVE):1. Tiada minuman lain diberikan selain susu ibu.
2. Tidak memberi puting tiruan keapada bayi (pecifier).
3. Berikan penyususan susu ibu dengan kerap sekurang-kurangnya 8-12 kali sehari.
4. Antibodi dalam susu ibu membekalkan perlindungan dan mengurangkan penyakit pada bayi.
5. Mengurangkan alahan.
6. Menjaga kesihatan bayi dan ibu.
7. Mengelakkan bengkak payudara.
8. Mengeratkan kasih sayang.

Faedah pemberian susu ibu secara "demand":1. Menyusu dengan kerap mengikut kehendak bayi.
2. Memudahkan ibu menyusu bayi.
3. Mengekalkan penghasilan susu.
4. Mengelakkan bengkak payudara.
5. Meransang pengeluaran susu dengan cepat.

Bagaimana memastikan susu ibu mencukupi:1. Memulakan penyusuan awal dalam masa 1 jam.
2. Memberi penyusuan susu ibu dengan kerap (10-12)kali sehari dan bila-bila perlu (Demand Feeding)
3. Tidak memberi bayi minuman lain selain susu ibu.
4. Makan makanan seimbang dan minuman secukupnya mengikut keperluan.
5. Teruskan penyusuan di waktu malam untuk menggalakkan penghasilan susu yang banyak.
6. Menyusu dengan polisi dan pelekapan yang betul.
7. Teruskan penyusuan diwaktu malam untuk menggalakkan penghasilan susu yang banyak.
8. Pastikan tiada puting kosong / puting piring.
9. Makanan tambahan dimulakan pada bayi umur 6 bulan.

Kepentingan penyusuan awal dalam masa 1 jam selepas bersalin:1. Untuk merangsang pengaliran susu yang cepat.
2. Mengelakkan bengkak payudara.
3. Pemberian susu awal (kolostrum) yang kaya dengan protein serta antibodi untuk mengelakkan bayi dari jangkitan.
4. Mengelakkan pendarahan selepas bersalin.
5. Kolostrum menjadi imunisasi yang pertama untuk bayi.

Teknik penyusuan susu ibu yang betul:
1. Pastikan anda selesa (duduk/baring).
2. Pegang bayi rapat, keseluruhan badan bayi menghadap anda (perut bertemu perut).
3. Sentuh puting anda pada mulut bayi. Tunggu sehingga ia membuka mulut dengan luas seperti menguap, masukkan tompok hitam (aerola) ke mulut bayi.
4. Dagu bayi menyentuh payudara.
5. Kedengaran bunyi bayi menelan.

Posisi penyusuan yang betul:

Cara memerah susu ibu menggunakan tangan:


1. Letakkan ibu jari di atas aerola dan jari yang bertentangan di bahagian bawah aerola,
2. Mulakan memerah dengan menekan jejari ke arah dada dan picit untuk mengeluarkan susu. Ulang proses ini beberapa kali.
3. Tadah susu ke dalam bekas bersih.

Cara menyimpan perahan susu ibu:

1. Simpan perahan susu ibu dalam bekas yang bersih dan bertutup.
2. Tuliskan tarikh dan masa perahan disetiap bekas simpanan susu.
3. Simpanan susu ibu:-
- di dalam peti sejuk beku tahan selama 3 bulan.
- di bahagian peti sejuk biasa tahan selama 72 jam.
- suhu bilik tahan selama 8 jam.
4. Susu ibu tidak boleh dimasak. Panaskan dengan merendam bekas ke dalam air suam.
5. Baki susu perahan yang telah dipanaskan tidak boleh disimpan semula.

Panduan penyusuan susu ibu bagi ibu yang bekerja:


Hari
Masa
Hari
1 - 3
Hari
4 - 6
Hari
7 - 9
Hari
10 - 13
Sarapan Pagi
7.30 – 9.30 pg
Perahan
Susu Ibu
Perahan
Susu Ibu
Perahan
Susu Ibu
Perahan
Susu Ibu
Minum Pagi
10 – 11.30 pg

Susu Ibu
Perahan
Susu Ibu
Perahan
Susu Ibu
Perahan
Susu Ibu
Makan Tengahari
12.30 – 1.30 ptg

Susu Ibu

Susu Ibu

Perahan
Susu Ibu

Perahan
Susu Ibu
Minum Petang
2 – 4 ptg

Susu Ibu

Susu Ibu

Susu Ibu
Perahan
Susu Ibu

Kejayaan penyusuan susu ibu untuk ibu bekerja bergantung kepada kejayaan ibu menyusukan bayinya semasa dalam pantang. Penyusuan susu ibu menjadi lebih mudah sekiranya ibu memahami cara perahan yang betul Ingatlah tidak ada yang lebih baik selain daripada susu ibu.

Zaman sekarang ni ada bermacam-macam jenis breast pump di pasaran. Pilihlah yang mana mengikut keselesaan dan kesesuaian individu. Dari yang murah sehingga yang mahal. Ada banyak brand seperti Medela, Avent, Spectra dan lain-lain lag

Keburukan susu botol:
1. Lebih kerap mendapat jangkitan (batuk, selesema, demam).
2. Kesihatan ibu terjejas - risiko tinggi mendapat kanser payudara dan ovari.
3. Tidak membantu menjarakkan kehamilan.
4. Jika susu dicairkan menyebabkan kekurangan zat makanan.
5. Kurang membantu mengeratkan kasih sayang.
6. Mudah tercemar.
7. Kegemukan.
8. Mudah mendapat cirit birit.
Bagaimana susu ibu dihasilkan:



Reflek Oksitoksin
1. Susu hanya akan mengalir jika refleks dirangsangkan.
2. Cuping posterior kalenjar pituitari menerima impuls ini dan merembeskan hormon oksitoksin ke dalam darah. Oksitoksin yang sampai ke payudara menyebabkan otot-otot yang mengelilingi saluran susu mengecut.
3. Pengecutan otot memaksa susu mengalir melalui saluran susu.

Reflek Prolaktin
1. Bayi yang menghisap dipayudara ibu merangsang hujung saraf diputing dan impuls dihantar ke otak.
2. Kalenjar pituitari menerima impuls ini merembeskan prolaktin ke dalam aliran darah. prolaktin ini seterusnya dibawa ke tisu kalenjar di payudara untuk menghasilkan susu.


Credit
********************************************************************************************************************************* Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunie melalui pos laju. Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk daftar segera .
Online form powered by 123ContactForm.com | Report abuse