Sudah sampai masakah untuk memBOIKOT Shaklee???

Sudah sampai masakah untuk memBOIKOT Shaklee???


Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua. Hari ni masih di bulan Syawal, tapi ramai lagi yang masih dalam mood raya. Jamuan makan sana sini belum terhenti lagi bagi meraikan sahabat taulan.

Dalam kita beraya, kita mengamalkan Shaklee dalam mengatasi masalah kolestrol dan kesihatan jantung dengan mengambil phytocol, omegaguard, lecithin, alfalfa dan juga coqhealth. Alhamdulillah, setelah berikhtiar dengan Shaklee, dengan izin Allah, memang ramailah yang mengakui kesan produk-produk ini kepada kesihatan. Ramai yang mengakui kesihatan makin baik, ramai yang mengakui mereka sudah tidak terlalu bergantung kepada ubat-ubatan. Memang ramai yang mengakui mereka semakin sihat selepas mengambil makanan tambahan daripada Shaklee.

Walaupon ramai yang berpuashati dengan Shaklee, namun disebabkan oleh produk ini bukan buatan Malaysia, ada juga yang mempertikaikannya. Pernah timbul isu produk Shaklee ni adalah dari USA. Jadi, kita semua wajib boikot produk Shaklee ini kerana mahu menyekat ekonomi USA yang mana menjadi "sahabat karib" kepada israel yang sedang menyerang Gaza tanpa henti.

Ok, saya mengambil petikan daripada Aqsa Syarif berkaitan apa yang diboikot ini kerana bagi pendapat saya, Aqsa Syarif lah NGO yang satu-satunya memboikot berlandaskan disiplin ilmu fiqh dan fakta serta bukti yang jelas lagi benar.

Antara petikan sekitar dialog antara Aqsa Syarif dan MCD:

Pengurusan MCD Malaysia juga bertanya mengapa tidak boikot syarikat Amerika yang lain. Kata Prof Madya Dr Hafidzi, kita boikot bukan atas asas ia syarikat Amerika, bahkan Aqsa Syarif tidak boikot syarikat Yahudi kerana ia milik orang yahudi. Aqsa Syarif boikot mana-mana syarikat yang membantu kewangan Israel- sebuah regim yang zalim-tanpa mengira itu milik umat Islam.

Dalam isu boikot, saya bersandarkan kepada artikel ustaz zaharudin yang ditulis oleh beliau sendiri. Kerana bagi saya, ustaz zaharudin adalah seorang yang alim bab ini. Siapalah saya jika nak dibanding dengan ustaz zaharudin. Saya cuma berkongsi isi-isi penting yang beliau kongsikan. Bila kita mahu meletak hukum atas sesuatu perkara, kita mesti baca dari atas ke bawah satu persatu, bukannya main terjah baca sikit-sikit, lepas tu terus buat kesimpulan. Itu bukan caranya. Jom kita baca panjang lebar apa yang ustaz zaharudin kongsikan dalam artikel beliau di blog beliau. Di sini saya selitkan sedikit info daripada petikan blog ustaz.


Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyatakan bahawa boikot seperti ini adalah bertujuan memberikan tekanan kepada pengusaha dan peniaga yang seangkatan dengan para penyerang agar mereka sendiri mendesak kerajaan mereka kepada keamanan selain mereka akan membenci tindakan kerajaan dan rakan seagama mereka yang melakukan kejahatan terhadap Islam.
Ia juga dijangka dapat memberikan kesan ekonomi yang buruk kepada negara mereka sekaligus membantutkan hasrat mereka untuk meneruskan kejahatan dan serangan terhadap Islam.
Walaubagaimanapun, adakah perlu kita menjadikan seluruh Yahudi di seluruh dunia tanpa mengira mereka membantu serangan atau tidak secara umum?. Atau bagaimana?
Menurut pendapat spontan saya, kita perlu membezakan di antara hukum dan keutamaan (afdhaliyah). Secara mudahnya, hukum berurusan dengan mereka sentaisa halal selagi mereka tidak terlibat secara langsung dengan peperangan, cuma yang afdhalnya tidak berurusan tatkala Islam sedang diserang oleh bangsa mereka. Bagi memahami hal ini, perkara berikut perlu dilihat :-


1) Hukum asal urusniaga dengan Non-Muslim termasuk Yahudi dan semua syarikatnya adalah halal selagi transaksi yang dibuat menrut syarat jual beli Islam.
2) Kewujudan syarikat-syarikat ini di negara Yahudi dan MoU perniagaannya di negara Yahudi tidak boleh dianggap sebagai membantu kerja keganasan Yahudi. Justeru, sebarang pembuktian seperti ini tidak kuat untuk mensabitkan bantuan 'direct' kepada kerja jahat Yahudi atau lain


3) Hukum asal ini hanya akan bertukar kepada haram berurusniaga atau wajib memboikot mereka jika :-
a- Pemerintah Islam tertinggi iaitu Khalifah bagi seluruh dunia Islam mengarahkan boikot demi mencapai maslahat tertentu untuk Islam. Ia adalah kerana Allah SWT memerintahkan umat Islam agar mentaati pemerintah dalam hal ehwal yang tidak bercanggah dengan Islam. Peirntah ini tercatat di dalam Al-Quran. Hal ini dapat dilihat dalam tindakan Khalifah Umar al-Khattab yang mengarahkan seorang sahabat agar menceraikan isterinya dari kalangan Ahli Kitab dari negara Rome atas dasar 'maslahat' iaitu untuk menjaga kepentingan wanita Muslimat di ketika itu. Tatkala itu, perkara harus tadi sudah menjadi larangan sementara waktu disebabkan arahan pimpinan Islam (Nizam Al-Usrah Fil Islam, Dr Uqlah)

Malangnya di ketika tiadanya seorang khalifah yang bertanggung jawab bagi seluruh umat islam, adalah sukar untuk menggunakan peruntukan kewajiban ini. Sekadar fatwa ulama besar seperti Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi masih tidak mampu menjadikan hukum boikot sebagai wajib buat setiap individu umat Islam. Ia masih berada dalam lingkungan 'afdhal' atau 'elok' sahaja dan tidak wajib untuk boikot dan tidak haram untuk terus berurusniaga.


Tiada Khalifah Islam


Di waktu tiadanya khalifah tertinggi Islam, menurut Prof. Dr Syeikh Muhammad 'Uqlah El-Ibrahim (Prof Fiqh di Jordan), tugas 'ulil amri' itu jatuh kepada kerajaan umat Islam di negara masing-masing. Jika demikian, Sultan, Perdana Menteri atau JAKIM adalah wakil urusan tersebut di Malaysia, maka sekiranya ada di antara pihak ini menyatakan keperluan boikot secara rasmi, tatkala itu adalah wajib ke atas setiap individu umat Islam di malaysia untuk memboikotnya. Jika tidak, adalah sukar didapati sebarang nas yang khusus lagi tepat cara pendalilannya bagi menjatuhkan hukuman wajib ke atas setiap umat Islam secara individu.


Justeru, di ketika tiadanya arahan rasmi dari kepimpinan sesebuah negara umat Islam, tindakan melakukan boikot tersebut adalah tergolong dari tindakan yang 'digalakkan' sahaja serta mendapat pahala sudah tentu bagi sesiapa yang melakukannya dengan niat yang betul. Iaitu mengutamakan barangan buatan umat Islam dan peniaga Islam disamping 'mendenda' syarikat milik Yahudi. Bagaimanapun, dari sudut hukum adalah tidak haram makan di McDonald, KFC dan membeli barangan harian dari mana-mana kedai dan pasaraya milik bukan Islam selagi mana barangan itu mempunyai tanda 'Halal' JAKIM dan yang diiktiraf serta belum tamat tempohya.


Dalil keutamaan ini antaranya adalah :-


جَاهِدُوا الْمُشْرِكِينَ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ وَأَلْسِنَتِكُم
Ertinya : "Berjihadlah kamu menentang orang musryikin itu dengan harta kamu, dan diri kamu serta lidah kamu" ( Riwayat Abu Daud, no 2504, 3/10 ; Albani : Sohih )


b- Syarikat tersebut mendedahkan secara terus terang dengan hebahan rasmi bahawa mereka memperuntukkan keuntungan mereka bagi menyokong serangan Yahudi ke atas negara umat Islam.
Ia seperti yang dilakukan oleh Starbuck dan lain-lain. Dan pendedahan ini mestilah jelas dan bukannya khabar angin tanpa hitam putih. Tatkala itu ia sudah termasuk alam hukum menjual senjata kepada tentera musuh yang menyerang Islam yang disebutkan oleh Imam An-Nawawi di dalam kitab al-Majmu sebagai haram secara sepakat ulama.



Syarat Sebelum Sebaran
Perlu diingat, selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan syarikat itu akan tetap terpakai.
Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh Yahudi juga belum cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya polisi sebuah syarikat itu.
Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang menyebut kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi. Tatkala itu, kaedah fiqh ini masih terpakai :-
أن اليقين لا يزال بالشك
Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak ( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-Majmu, Al-Nawawi, 1/266 )
Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari bukan Islam dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak akan tergugat hanya dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka dalam aktiviti serangan ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya akan berubah bila dua sebab yang disebut di atas muncul. Wallahu'alam.


Kesimpulan umum :
Harus jual beli, guna khidmat dan makan di McDonald, KFC, TESCO, JUSCO, MAXIS, INTEL dan lain-lain produk walauapun berasal dari Yahudi atau Non-Muslim selagi mana : -
a) produk mereka disahkan bersih dan halal oleh JAKIM ( jika di Malaysia) serta tempoh lesen masih hidup,
b) cara transaksi dan urusniaga yang dibuat adalah bertepatan dengan Islam,
c) tiada sebarang perintah oleh kerajaan yang berwajib untuk memboikot mereka bagi mencapai sesuatu maslahat kebaikan untuk Islam,
d) tiada sebarang bukti secara bertulis dan penghebahan rasmi syarikat bahawa mereka membantu dan menyumbang khas kepada serangan ke atas Islam, yang mana ia dibuat atas nama syarikat dan bukan salah seorang individu dalam syarikat sahaja.

Walaubagaimanapun, mendapat pahala bagi sesiapa yang melakukan boikot terhadap mana-mana barangan atau syarikat didasari oleh keyakinannya terhadap hasil kajiannya sendiri yang mendapati penglibatan yang tidak sihat tadi itu ada pada syarikat atau mana-mana pengeluar barangan. Tatkala itu, boikot adalah wajib ke atas dirinya sahaja dan digalakkan bagi sesiapa yang yakin dengan info yang dikeluarkannya.


___________________________________


Ok, di atas ni segala isi tiada sebarang olahan ataupon "edit" dari saya, tetapi 100% diambil dari blog ustaz zaharudin berkaitan dengan boikot ini.
Itu bermakna, KHAS untuk kupasan bagi SHAKLEE,
a) produk mereka disahkan bersih dan halal oleh JAKIM ( jika di Malaysia) serta tempoh lesen masih hidup
>>>>>Shaklee miliki sijil halal yang SAH, lesen pon yang SAH. ISA (Islamic Services of America) adalah pertubuhan yang memberikan halal kepada produk USA.






Sijil Halal Shaklee 2014




b) cara transaksi dan urusniaga yang dibuat adalah bertepatan dengan Islam,


>>>Shaklee patuh kepada syariah. Info detail boleh ke link yang disediakan.
Adakah Shaklee PATUH SYARIAH?


c) tiada sebarang perintah oleh kerajaan yang berwajib untuk memboikot mereka bagi mencapai sesuatu maslahat kebaikan untuk Islam,


>>>> tiada berkaitan dengan Shaklee atau produk lain daripada pihak kerajaan secara terus.





d) tiada sebarang bukti secara bertulis dan penghebahan rasmi syarikat bahawa mereka membantu dan menyumbang khas kepada serangan ke atas Islam, yang mana ia dibuat atas nama syarikat dan bukan salah seorang individu dalam syarikat sahaja.
>>> Shaklee MENAFIKAN ada kaitan dengan Israel
>>> Shaklee TIDAK MENYATAKAN sebarang kaitannya dengan israel

Penyataan dari Syarikat #1





Penyataan dari Syarikat #2








Penyataan dari Syarikat #3

Penerangan di atas memang terang-terang menunjukkan Shaklee memenuhi ketiga2 sebab kenapa tidak perlu diboikot produk ini...penerangan ini diambil terus dari blog ustaz zaharudin.

Sudah sampai masakah untuk memBOIKOT SHAKLEE? Atau TIADA KAITAN antara keduanya?
Tapi tiba-tiba semalam menjadi spikulasi. Ustaz Zaharudin membuat post di Facebook beliau mempersoalkan




Status Ustaz Zaharudin #1

Kemudian, suami saya (master hafizan) terus hubungi ustaz bagi mengelakkan sebarang salah faham dari semua belah pihak.





Apa yang dimaksudkan oleh suami saya adalah merujuk kepada artikel di bawah ini yang quoted daripada post ustaz berkaitan dengan boikot


Syarat Sebelum Sebaran
Perlu diingat, selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan syarikat itu akan tetap terpakai.
Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh Yahudi juga belum cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya polisi sebuah syarikat itu.
Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang menyebut kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi. Tatkala itu, kaedah fiqh ini masih terpakai :-
أن اليقين لا يزال بالشك
Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak ( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-Majmu, Al-Nawawi, 1/266 )
Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari bukan Islam dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak akan tergugat hanya dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka dalam aktiviti serangan ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya akan berubah bila dua sebab yang disebut di atas muncul. Wallahu'alam.




Dan ini yang ustaz reply balik.



Reply dari Ustaz Zaharudin


Ini menunjukkan, sebenarnya niat ustaz lain, tapi lain pula jadinya. Ustaz tidak memberitahu kenyataan yang Shaklee mesti diboikot...kerana ustaz tidak suruh boikot, namun masyarakat fikir sebaliknya.

Kemudian, ustaz edit post beliau untuk mengelakkan ketidakjelasan dan kontroversi.


Status Ustaz Zaharudin #2


Tapi, bahagian komen post ini makin hangat oleh pembaca. Ramai yang tulis dengan emosi lebih daripada fakta ilmu sebenar. Semua ikut kepala masing-masing tanpa rujuk kembali kepada petikan tulisan ustaz zaharudin sendiri seperti di bahagian atas post ini.

Dan kemudian, ustaz edit kembali bagi menyejukkan keadaan dan semua untuk faham apa yang beliau ingin sampaikan.




Status ustaz zaharudin #3


Ayat terakhir dalam status ini adalah...."Maksud status ini, masing-masing buatlah kajian lanjut dan kemudian bolehlah menentukan sikap yang paling tepat"


bukannya seperti yang difahami oleh kebanyakan insan yang buat komen di status ustaz ini..iaitu boikot Shaklee..


Jadi, setiap orang miliki hak masing-masing. Dan adab dalam menyatakan sesuatu itu juga perlu dijaga dengan rapi. Setiap yang kita ingin boikot mestilah mengikut disiplin ilmu fiqh yang betul dalam menghukum sesuatu sebagaimana yang ditulis oleh ustaz Zaharudin sendiri di dalam postnya pada 2007 seperti yang saya kongsikan di atas. Dan inilah sandaran kami berkenaan Shaklee iaitu bersandar kepada ilmu yang disampaikan oleh seorang ulamak yang faqih dalam bidang fiqah seperti ustaz Zaharudin.




Kepada warga Shaklee yang ada "tersinggung" atau terasa hati dengan kaedah teman-teman yang menulis di facebook atau blog. tak kiralah daripada ex shaklee atau non shaklee atau sesiapa sahaja. Ambil ia secara positf. Insyaallah, kami masters akan berusaha yang terbaik untuk mencari solusi atas perkara ini dan ia sedang dilakukan langkah demi langkah bersama Shaklee Corporation.


Dan soft reminder untuk semua warga Shaklee juga, kita mesti menjaga adab kita dalam berdiskusi. Letakkan emosi di tepi. Dan berbincanglah dengan ilmu dan fakta yang betol. Elakkan daripada "kurang adab" dengan seorang ustaz atau pon sesiapa sahaja kerana akhlak itu menjadi simbolik utama kita sebagai seorang muslim terutamanya.


Setiap yang susah akan diberikan kesenangan daripada Allah. Kita doakan segala isu berkaitan Shaklee atau personal dalam Shaklee ini dapat diselesaikan dengan berhemah dan pastinya untuk mendapatkan sesuatu kata putus itu perlukan kesabaran dan tahap profesional dalam berdiskusi dalam berbincang sesuatu perkara.


Tujuan post ini bukan mahu mempertahankan siapa yang betul dan salah, tetapi mahu menerangkan apa stand yang kami pegang sebagai Shaklee Independent Distributor dan menerangkan situasi sebenar daripada isu yang berlaku bagi mengelakkan salah faham yang berleluasa antara sesiapa sahaja.


Terima kasih
Bagaimanakah menyediakan makanan bayi dengan selamat?

Bagaimanakah menyediakan makanan bayi dengan selamat?


Apabila bayi anda mula mengambil makanan pejal, anda perlu berhati-hati tentang kebersihan. Sistem imunisasi bayi masih belum sempurna, tidak seperti orang dewasa dan perut mereka mudah diserang kuman dan jangkitan. Tip-tip ini akan membantu.


• Basuh tangan anda dengan bersih sebelum anda menyediakan sebarang hidangan untuk bayi anda.


• Kementerian Kesihatan menyarankan supaya memulakan makanan pejal semasa kira-kira enam bulan. Jika anda memilih untuk bercerai susu sebelum itu, pastikan sudu disterilkan sehingga bayi anda berusia enam bulan dan gunakan mesin pencuci pinggan atau air yang sangat panas untuk mencuci mangkuk dan lain alatmakanan bayi. Gunakan kain pengelap yang bersih atau tuala kertas untuk mengeringkannya.





• Makanan bayi yang disediakan untuk kegunaan pada lain masa perlu disejukkan dengan cepat dan kemudian disimpan di dalam peti ais. Makanan yang tidak akan dihidang hari itu atau diberikan dalam masa 24 jam, perlu dibekukan.


• Jika memanaskan semula makanan bayi, pastikan keseluruhan hidangan betul-betul hangat (wap kelihatan) dan biarkan ia sejuk sebelum memberikannya kepada bayi anda. Ujilah hidangan itu dengan meletak secubit pada pergelangan tangan anda untuk memastikan suhunya sesuai untuk dimakan.


• Jangan perangat makanan bayi lebih daripada satu kali.


• Ketuhar gelombang mikro boleh digunakan untuk memanaskan makanan bayi tetapi cuba berhati-hati.Kacaulah makanan itu dengan baik supaya tiada kelompok-kelompok yang terlalu panas dan biarkan makanan sejuk ke suhu yang selamat sebelum memberikannya kepada bayi anda.



Kacau makanan bayi sebelum menyuapnya



• Jika makanan tidak habis dimakan oleh bayi, buangkan saja sisa itu. Makanan yang telah terkena air liur (dari mulut bayi anda atau sudu makan) akan mengandungi bakteria yang cepat membiak jika makanan tidak dibuang.

Homemade food sentiasa lebih baik =)





• Periksa bilakah tarikh bagi "baik sebelum" dan "gunakan sebelum" pada makanan dalam tin/botol yang hendak diberikan kepada bayi anda. Jika anda mahu memberikan bayi makanan yang bukan disedia secara segar, atau jika anda mahu menyimpan makanan bayi yang berlebihan (yang tidak pernah dipanaskan semula atau bersentuhan dengan mulut bayi anda) anda boleh menyimpannya dalam peti ais selama 24 jam selepas dibuka. Buangkan semua makanan lama yang sudah dipanaskan sekali atau yang telah diusik, iaitu, diberikan kepada bayi dalam bekasnya. *Homemade food lebih baik*





• Cuci kerusi tinggi budak, alas dada serta ruang-ruang makanan bayi dengan air panas bersabun atau lapkan dengan pencuci antibakteria. Pastikan dapur anda bersih, terutamanya lantai, yang bayi suka pergi merangkak!


• Jika bayi anda makan makanan jejari atau makan menggunakan tangan, jangan lupa mencuci tangannya sebelum dia makan.


• Periksa suhu peti ais anda; ia mesti cukup dingin antara 0 darjah C dan 5 darjah C (32 - 41 darjah F). Belilah termometer peti ais jika itu tidak dibekalkan.


• Tukar tuala dapur dan kain pengelap dengan kerap.


• Masak telur sehingga kuning telur dan putih telur cukup keras, dan masaklah daging sehingga tiada kelihatan kesan darah di bahagian tengahnya.


• Jika makanan dibekukan, nyahbekukannya dengan sempurna sebelum dimasak, kecuali jika arahan di paket menyatakan sebaliknya.




HAPPY FEEDING!!


sms / whatsapp : 019-866 8615

email : hasheena73@gmail.com

FB Page :Health and you





***************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0198668615 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee 



Rangsang bayi anda makan menggunankan tangan

Rangsang bayi anda makan menggunankan tangan


Assalamualaikum


Apabila bayi mendekati umur 9 bulan, mereka kebiasaannya sudah pandai memegang sesuatu secara menggenggam. Mereka juga mempunyai tabiat memasukkan barang kedalam mulut dan menggigit. Orang dulu-dulu kata gatal gusi nak tumbung gigi.


Beberapa tips dan cara yang boleh kita cuba aplikasi pada anak-anak kita supaya mereka gembira untuk makan dengan tangan sendiri adalah:







1. Perkenalkan satu jenis makanan pada satu masa, lama-lama anda boleh mempelbagaikan makanan untuk si manja. Kepelbagaian pada warna dan struktur makanan.


2. Apabila si manja anda ingin menyentuh, menghidu, rasa atau bermain dengan makanan tersebut, biarkan mereka. Bersabarlah walaupun mereka membuat sepah. Galakkan mereka bereksperimen.


3. Untuk meminimumkan rumah bersepah, anda boleh cuba meletakkan si manja diatas kerusi makan bayi yang tinggi. Galakkan mereka menyertai aktiviti makan bersama keluarga.







4. Gunalah makanan yang mudah dipegang oleh si manja anda seperti pisang dan avocado.


5. Sekiranya bayi anda tidak suka pada sejenis makanan. Cuba lagi perkenalkan makanan tersebut pada minggu-minggu berikutnya. Ini kerana selera bayi boleh berubah mengikut masa.


6. Makanan yang boleh dipegang oleh bayi adalah snek terbaik untuk mereka. Tetapi, pastikan ia tidak diberikan berlebihan kerana dibimbangi akan mengganggu minat untuk makan pada waktu makan utama.







7. SELALU perhatikan anak anda. JANGA biarkan mereka makan seorang diri untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini seperti tercekik berlaku.



sms / whatsapp : 019-866 8615

email : hasheena73@gmail.com

FB Page :Health and you





***************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0198668615 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee 
Phytocol - Produk Mengawal Kolesterol

Phytocol - Produk Mengawal Kolesterol









Phytocol - ST merupakan produk terbaru dari Shaklee. Fungsi Phytocol-ST ialah ia menurunkan paras kolesterol. Tahukah anda bahawa lebih 6 juta rakyat Malaysia mengalami kolesterol yang tinggi. Angka ini sangat menakutkan dan jumlahnya semakin meningkat. Kolesterol yang tinggi menyumbang kepada masalah jantung yang akhirnya boleh membawa maut.











Antara faktor-faktor penyebab tinggi kolesterol ialah





Keistimewaan Phytocol-ST ialah

* Rumusan daripada beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuhan, buahan , sayuran dan bijirin.

* Membekalkan 2,000mg fitosterol tumbuhan setiap hari

* Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolesterol dalam lebih 80 kajian

* Membekalkan 100% nilai fitosterol harian sepertimana disyorkan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)

* Tiada pengawet, pewarna, perisa atau pemanis tambahan


Bagaimana Fitosterol bertindak?

Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam usus. Ini bermaksud apabila anda mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan diserap di dalam tubuh anda dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL anda.


Siapa yang perlu ambil Phytocol-ST?

* Anda yang mempunyai masalah kolesterol tinggi

* Anda yang suka makan makanan berkolesterol tinggi


Bersempena dengan National Conference Shaklee yang akan berlangsung minggu ini pada 7 & 8 June 2014, produk Phytocol-ST juga akan dilancarkan dan istimewanya anda boleh membeli Phytocol-ST, 6 botol percuma 1 dan tawaran ini terhad selama 2 hari sahaja.








credit

sms / whatsapp : 019-866 8615

email : hasheena73@gmail.com

FB Page :Health and you





***************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0198668615 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee 
SET BERSALIN

SET BERSALIN



Sesuai untuk ibu2 yang x suka mkn jamu....n takut baby kne cirit birit....selalu nyer lau baby kne JAUNDICE (baby Kuning)...mesti mak kita x bagi makan jamu kan...so set nie amat sesuai tuk ibu bersalin...

Vitalea (Multivitamin)
Mengandungi 12 vitamin dan 9 mineral penting yang lengkap untuk keperluan tubuh seharian.
Memulihkan selera makan dan melancarkan process pencernaan
Penting bagi prosess pertumbuhan.
Menyeimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan.
Melengkapkan nutrient yang kurang.

Vita-C Sustained Release
Membantu dalam meningkatkan imuniti badan.
Membantu dalam penyerapan zat besi.
Membantu dalam proses pemulihan sel, seperti luka.
Membina kolagen untuk menguatkan dan menyegahkan tisu dalam badan.
Menjaga ketahanan badan dari selsema.
Menstabilkan bahan kimia dalam badan.

B Complex
Menukarkan gula dalam darah kepada tenaga.
Mencegah kelesuan dan kemurungan.
Membantu kelancaran urat saraf.
Mengelakkan stress.
Mengelakkan sembelit.

Zinc Complex
Menyembuhkan luka.
Terlibat dalam penghasilan insulin.
Mengekalkan rangsangan bau dan rasa.
Mengawal kelemumur.

So try..mmg BEST...air susu pun bertambah.



sms / whatsapp : 019-866 8615

email : hasheena73@gmail.com

FB Page :Health and you





***************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0198668615 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee 
SET KESIHATAN WANITA

SET KESIHATAN WANITA



Cadangan SET Kesihatan Wanita ini terdiri dari
Ostematrik,GLA Complex dan Omega Guard.

Membantu melegakan simptom senggugut dan monopaus
Menggalakkan kulit yang sihat & cantik
Menggalakkan tulang yang kuat
Mengurangkan risiko penyakit jantung
Melegakan sakit-sakit sendi
Membantu membakar lemak & berat badan yang ideal
Membantu bertenaga, melekan rasa letih lesu



sms / whatsapp : 019-866 8615

email : hasheena73@gmail.com

FB Page :Health and you





***************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0198668615 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee 
FAKTA TENTANG USUS

FAKTA TENTANG USUS



Jom ketahui lebih lanjut tentang usus kita.. ;)


Usus adalah bahagian terakhir dalam rantaian pemprosesan makanan, di mana SEMUA makanan yang kita makan akan diproses untuk mendapatkan nutrisi yang amat diperlukan tubuh badan kita.

Kekurangan serat dan air dalam makanan adalah punca utama terjadinya intestinal disorders (gangguan dalam sistem pencernaan - usus).
Usus kecil mudah untuk menyerap nutrisi.

Tekanan boleh memberi kesan kepada penyerapan nutrisi dan akan menyebabkan iritasi kepada usus kecil.

Usus besar boleh menyerap mineral dan air.
Apabila membran (lapisan dinding) usus besar tidak sihat, ia tidak boleh berasimilasi (melakukan proses pertukaran zat) dan menyerap mineral dan vitamin yang boleh mengundang pelbagai penyakit (tidak kira berapa banyak makanan tambahan yang kita ambil)
Kesihatan tubuh badan kita terpelihara jika sistem usus kita berfungsi dengan baik.


Mengapa detox / mencuci usus penting??


Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dindig usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.


Anda mencari Vitamin untuk DETOX? cubalah Herb Lax..

 sms / whatsapp : 019-866 8615

email : hasheena73@gmail.com

FB Page :Health and you





***************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0198668615 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee 

SOALAN TENTANG ESP

SOALAN TENTANG ESP









ESP Shaklee Perisa Apa?
ESP Shaklee berperasa Vanila, tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna mahupun pengawet.

Boleh Minum Dengan Apa?
Boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan minuman kegemaran, rasanya pun sedap.



Bagaimana Cara Minum ESP Shaklee?
Bancuh satu sudu ESP Shaklee dengan satu gelas air suam atau sejuk (JANGAN guna air panas), kacau atau shake hingga sebati, minum.

Selain Minum, Apa Lagi Boleh Dibuat Dengan ESP Shaklee?
ESP Shaklee boleh dibuat masker dengan mencampurkan ESP Shaklee dengan yogurt.

Ada Pantang Tak?
ESP Shaklee tidak boleh diambil bersama minuman berkafein dan teh, sila jarakkan masa pengambilan antara keduanya.

Satu Bekas 850g Tahan Berapa Lama?
Penggunaan normal biasanya tahan dua bulan.

Apakah Sukatan Harian ESP Shaklee Untuk Dewasa?
Sekali sehari sudah mencukupi untuk penjimatan, boleh ditambah kepada dua atau tiga kali mengikut keperluan individu.

Bolehkah Diminum Oleh Kanak-Kanak?
ESP Shaklee sangat sesuai untuk tumbesaran kanak-kanak yang sempurna.

Bagaimana Pula Dengan Orang Tua, Ibu Hamil, Ibu Menyusu, Bayi?
Sangat sesuai untuk semua peringkat umur, tidak digalakkan untuk bayi di bawah 12 bulan. Juga sesuai untuk alergik atau alahan.

Saya Ada Gastrik, Bolehkah Minum ESP Shaklee?
Sangat bagus dalam membantu menyembuhkan gastrik. ESP Shaklee juga boleh memberi kekenyangan dengan cara yang paling selesa, sesuai untuk diet menguruskan badan.

Selepas Pembedahan, Dalam Tempoh Berpantang, Gout, Diabetes (Kencing Manis)?
Juga boleh minum tanpa sebarang masalah.


Rebutlah sementara stok masih ada. Untuk makluman, ESP Shaklee sangat laris di pasaran, kerana kualitinya yang mantap dan kesannya yang sangat dirasai, di samping rasanya yang enak serta kesedaran rakyat Malaysia tentang betapa pentingnya kesihatan tubuh badan dan kecerdasan minda!

Anda dan saya sudah tentu tidak mahu berkira-kira untuk kesihatan, malah sanggup melabur untuk kesejahteraan hidup di dunia, yang bakal membawa ke Akhirat.


 sms / whatsapp : 019-866 8615

email : hasheena73@gmail.com

FB Page :Health and you





***************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0198668615 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee 

Bagaimana VIVIX Shaklee Membantu Berhenti Merokok?

Bagaimana VIVIX Shaklee Membantu Berhenti Merokok?




Assalamualaikum & Salam Sejahtera,



Makan malam yang enak, ikan stim, ketam lemak, udang butter, kangkung belacan ditambah dengan pencuci mulut buah-buahan tropika yang segar sememangnya benar-benar mengetuk pintu selera anda. Satu-satunya perkara yang boleh menambah keenakan atas adalah bersiar-siar di luar sambil menikmati sedutan asap rokok. Siapa yang tidak mahu untuk menutup hidangan seperti ini dengan menyedut sedikit metana,arsenik dan metanol? Apa cara yang lebih baik untuk menghadamkan makan malam lima bintang anda daripada menghisap beberapa pelarut industri, ammonia, butana dan kadmium, semua melalui penapis selulosa asetat? Jika ia cukup baik untuk membersihkan tandas dan menghidupkan bateri, maka ia cukup baik untuk hidangan selepas pencuci mulut. ^o~


Kebanyakan perokok tetap akan bersetuju bahawa merokok selepas makan adalah satu daripada keseronokan hidup. Sama seperti merokok apabila bangun tidur, merokok di waktu rehat, merokok untuk hilangkan tekanan dan merokok semasa sarapan. Walaupun perokok akan menyenaraikan seribu satu alasan mengapa mereka terus merokok walaupun pada hakikatnya separuh daripada mereka akan mati muda kerana itu, kebenaran sebenarnya adalah sebahagian besarnya kembali kepada satu fakta - mereka ketagih kepada nikotin. Kebanyakan orang tahu perkataan ini, tetapi mungkin tidak ramai yang benar-benar tahu apa itu sebenarnya. Yang sebenarnya: Nikotin adalah cecair semula jadi tidak berwarna dalam tembakau yang bertukar perang apabila dibakar.



Terdapat teknologi untuk menghapuskan kesan nikotin daripada rokok. Tetapi syarikat-syarikat tembakau tidak hanya mengabaikan hakikat ini - mereka bijak mencari cara untuk memperkayakan lagi sifat-sifat ketagihan nikotin. Terdapat lapan cara dipatenkan untuk meningkatkan kandungan nikotin dengan menambahkannya kepada tembakau selepas ia dituai. Lima daripada mereka berfungsi untuk menambah nikotin untuk penapis dan pembalut . 12 lagi digunakan untuk membangunkan teknologi canggih untuk memanipulasi tahap nikotin dan membangunkan varian kimia baru.


Jadi tidak hairanlah bahawa dua pertiga daripada perokok dewasa yang berniat untuk berhenti merokok mengatakan mereka tidak mampu.Dan ianya tidak sepatutnya menjadi kejutan bahawa hanya satu daripada sepuluh perokok boleh yang boleh mengatasi kebiasaan ini. Fakta mengejutkan 50 peratus daripada orang-orang yang pulih daripada menjalani pembedahan untuk kanser paru-paru terus mencapai pek sekali lagi [sumber: FDA]. Rokok mengandungi kira-kira 2 mg nikotin. Seorang perokok yang mengambil satu pek menyalurkan kira-kira 250 hits nikotin ke dalam otaknya setiap hari [sumber: Nida]. Jadi berhenti bukan hanya satu pek semata-mata, ia lebih berkaitan dengan 250 hits. Ini bantu menjelaskan mengapa ia begitu sukar untuk berhenti merokok.











Tetapi VIVIX telah mencipta sejarah tersendiri. Dalam tempoh sehari sahaja, pengamal VIVIX sudah boleh mula merasa kesan penolakan terhadap nikotin, dan dalam tempoh kurang sebulan, beliau sudah berhenti merokok sepenuhnya.

Saksikan Encik Hazrin antara yang telah berjaya berhenti merokok hasil daripada pengambilan VIVIX dalam tempoh tidak sampai sebulan.








Dalam terapi penggantian nikotin, perokok akan diberikan nikotin dalam dos yang kecil bagi menggantikan nikotin yang diperolehi daripada rokok. Dalam kebanyakan kes, proses berhenti merokok melalui kaedah ini akan menyebabkan withdrawal symptoms. Sistem saraf perokok sudah biasa berfungsi dengan nikotin. Apabila perokok berhenti merokok, pengambilan nikotin yang berkurangan akan mengganggu keseimbangan sistem saraf pusat. Ia berlaku kerana badan perokok tersebut sedang berusaha untuk menyesuaikan diri dengan hidup tanpa nikotin, sedangkan dalam DNA masih mengandungi nikotin tersebut.


Tetapi berlainan sekali dengan terapi berhenti merokok dengan VIVIX Shaklee. VIVIX membantu proses berhenti merokok dengan cara membuang nikotin yang ada pada DNA. DNA yang tercemar dengan nikotin akan dipulihkan dan dimurnikan apabila nikotin yang melekat padanya ditanggalkan.

Hasilnya, DNA akan kembali kepada keadaan asal dan menyebabkan perokok akan mengalami perkara berikut apabila merokok. Yang mana akhirnya perokok akan sendiri berhenti merokok ekoran dari rasa yang mereka alami.



√ Rasa pahit dan busuk
√ Rasa semput dan sesak




 
sms / whatsapp : 019-866 8615

email : hasheena73@gmail.com

FB Page :Health and you





***************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0198668615 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee 

Melawan Diabetes Dengan Suplemen Shaklee

Melawan Diabetes Dengan Suplemen Shaklee



Saya ingin berkongsi testimoni ini dengan anda tentang bagaimana Pemakanan Shaklee telah mengubah hidup Leddy ini! Seperti yang anda lihat dalam keterangannya, beliau beralih dari bukan sahaja rasa yang teruk dengan Diabetes dan kadar kolesterol yang tinggi, A1c dan yang sewaktu dengannya, kepada kesihatan yang lebih baik daripada yang dia telah rasai pada tahun-tahun sebelumnya, yang lebih mengujakan, beliau tidak perlu mengambil sebarang UBAT kini!!!

Ketulenan, kualiti dan potensi produk Shaklee, dibuktikan di dalam surat Leddy ini. Changing Brands Can Change Your Life.





Leddy V. Leddy V


"Produk Shaklee berkesan dan ini adalah buktinya"
Hello, Nama saya Leddy V. Saya mempunyai sejarah keluarga diabetes - ibu saya, bapa dan adik semua pesakit kencing manis. Saya sentiasa merasa baik, sentiasa memeriksa tahap kesihatan saya dan membuat pemeriksaan tahunan dengan doktor keluarga saya. Sehingga bulan Ogos 2007, saya telah disahkan menghidap penyakit ini. Saya tidak pernah rasa sihat - . sentiasa merasa letih sepanjang masa, mengantuk sepanjang masa dan saya tidak mendapat air yang cukup! Semasa saya didiagnosis, gula dalam darah saya adalah lebih 700 dan A1c saya 12!! Malah doktor saya sendiri tidak mempercayai nombor-nombor ini!

Saya segera mula mengambil beberapa ubat-ubatan insulin, metformin, diuretik, dan lain-lain untuk mencuba dan mendapatkan gula saya di bawah kawalan. Walaupun dengan perubahan yang signifikan dalam diet saya (saya mempunyai "sweet tooth" sebelum ini dan makan banyak daging merah), saya tidak berjaya menurunkan gula saya di bawah 180-200. Tahap "normal" adalah apabila gula saya kurang daripada 150 - dengan nombor lebih dekat dengan 100 adalah tahap yang ideal. Sekiranya ianya lebih teruk daripada ini, saya berasa dahsyat. Saya berasa lebih letih daripada sebelumnya dan kemurungan menjadi sebahagian daripada hidup saya. Saya telah mengambil 7 jenis ubat-ubatan setiap hari kerana selepas mengambil banyak ubat-ubatan kencing manis, tahap kolesterol saya juga rosak. Saya benar-benar terdesak dan mencari sesuatu yang boleh membantu saya.

Pada Januari 2009, isteri saya telah meyakinkan saya, dengan rasa berat hati, untuk menghadiri mesyuarat Shaklee. Isteri saya adalah generasi ke-2 kanak-kanak Shaklee sebagai keluarga beliau telah menggunakan produk Shaklee selama lebih daripada 25 tahun. Dia sentiasa cuba untuk memujuk saya untuk mengambil kesihatan saya lebih serius - tetapi saya sentiasa menidakkan dan skeptikal dan tidak akan pernah mengambil vitamin. Kami sentiasa menggunakan produk Shaklee di rumah kami semasa 9 tahun perkahwinan kami - tetapi saya tidak fikir saya memerlukan makanan tambahan atau vitamin. Walau bagaimanapun, semasa mesyuarat ini saya telah diperkenalkan kepada Vivix. Saya belajar tentang mekanisme tindakan dan bagaimana ia sepatutnya untuk bekerja di peringkat selular di dalam badan. Saya juga mendapat peluang untuk mendengar daripada Jim, Penyelaras Master Presiden , berkaitan tentang Vivix dan sains Shaklee di belakang Vivix ini.

Akhir sekali, saya mendengar dari seorang wanita berusia 70+ tahun yang juga pesakit kencing manis. Dia telah menghidap kencing manis selama mana dia boleh ingat dan telah bergantung pada ubat-ubatan sepanjang hidupnya. Beliau memberitahu bahawa beliau telah mengambil Vivix dan menyaksikan penurunan dramatik tahap gula dalam darah beliau - kini ke titik bahawa dia sebenarnya tidak lagi memerlukan SEBARANG ubat-ubatan. Pada ketika itu, saya cuma memikirkan.. sekiranya saya boleh mengurangkan kepada separuh ubat-ubatan saya dan 3 suntikan setiap hari, saya akan menganggap ia satu kejayaan.




Oleh yang demikian - dalam perjalanan balik Sabtu itu, saya bersetuju untuk mencuba Vivix Liquid Dietary Supplement. Saya sangat skeptikal pada masa itu, tetapi sangat terdesak. Saya mula mengambil produk ini pada akhir bulan Januari. Semasa mengambil produk ini, saya mula mencari maklumat berkaitan dengan resveratrol. Saya tidak percaya dengan penyelidikan dan sains yang telah dilakukan ke atas bahan yang satu ini! Saya juga mula mendengar lebih banyak maklumat daripada Shaklee. Saya mendapat peluang mendengar Dr Jamie McManus di Phoenix pada Mac 2009. Beliau bercakap mengenai keadaan kesihatan hari ini di Amerika Syarikat - dan kencing manis adalah salah satu daripadanya. Dr Jamie mencadangkan protein berkualiti tinggi untuk pesakit kencing manis (seperti Cinch) dan juga Vitalea untuk keseimbangan nutrien yang sihat.

Saya membuat keputusan untuk menambah produk ini kepada regimen harian saya. Saya amat komited memantau tahap gula saya setiap hari dan mendapati, selepas kira-kira 60 hari, bahawa tahap gula saya telah menurun!! Saya sentiasa berada di bawah 170 dan menghampiri paras 150. Saya tidak percaya dengan apa yang saya lihat - atau apa yang saya rasa! Lebih bertenaga, kualiti tidur lebih baik, dan tahap kesihatan keseluruhan yang lebih baik. Saya meneruskan regimen ini dan selepas kira-kira 4 bulan, saya mula mengurangkan suntikan saya kerana gula saya menjadi terlalu rendah!

Apabila saya berjumpa dengan endocrinologist saya, A1c saya telah didapati turun kepada 8 dan gula saya adalah pasti dalam kawalan. Malah lebih baik, tahap kolesterol saya bukan hanya dalam julat normal - saya berada di julat yang paling rendah bagi LDL dan trigliserida. Jadi saya secara perlahan-lahan menghentikan ubat-ubatan saya - dengan bantuan doktor saya sehingga tahap gula dalam darah saya konsisten normal.
Saya kini tidak lagi mengambil ubat-ubatan - dan terus mengambil vitamin Shaklee saya dan protein. Saya menambah B Complex dan OmegaGuard.

Shaklee telah mengembalikan kehidupan saya dan saya rasa lebih baik hari ini pada usia 51 tahun daripada apa yang telah saya rasai bertahun-tahun sebelum ini. Rupa-rupanya, memang ada sesuatu yang baik daripada makanan nutrisi ini! Itulah cerita saya. Saya harap ia membantu.




sms / whatsapp : 019-866 8615

email : hasheena73@gmail.com

FB Page :Health and you





***************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0198668615 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee 

1MalaysiaBlogger

Senarai Blog

Agen Shaklee di kawasan anda. Saya membuat penghantaran ke serata Malaysia.

Hubungi saya!

ANDA INGIN BERSHAKLEE? SILA BACA
PESANAN DI BAWAH

Assalamualaikum

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk
penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Sarawak. Setiap pembelian dgn saya atau ID saya, anda layak untuk mendapatkan ini:

FREEGIFT; FREE AFTER SALE CONSULTATION; FREE INVITATION TO EXCLUSIVE FB GROUP FOR CUSTOMER

Boleh PM saya atau email saja di hasheena73@gmail.com juga
sms/call/Whatsapp/Wechat di0198668615 / 012-8844580 untuk anda dapatkan suplemen semulajadi



Pengikut

Informasi




Pengedar Shaklee Anda

Pengedar Shaklee Anda
Di Sarikei, Sarawak. Hubungi Saya di 012-8844580 atau email-hasheena73@gmail.com

My youngest son

My youngest son

My youngest daughter

My youngest daughter

My eldest daughter

My eldest daughter

My eldest son

My eldest son

Sebarang Pertanyaan sila isi borang ini

Nama

E-mel *

Mesej *

Cari Blog Ini

Catatan Popular

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. KEDAI ANEKA JENIS BARANGAN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger