SEKADAR BERKONGSI

SEKADAR BERKONGSI



Assalamualaikum rasanya lama dah tak update blog saya ini. Sibuk sangat !!! Baru ada kelapangan..


Hari ini sheena ingin berkongsi permasalahan yang dihadapi sesetengah pekerja. Dan sheena tak pasti sama ada anda mengalami atau tidak tetapi ini yang sheena rasa. Semua yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari sheena. Disini Sheena ingin memohon maaf sekiranya artikel ini menyinggung perasaan anda.





TIADA manusia yang tidak mempunyai masalah. Hakikatnya, saban hari kita dibebankan dengan pelbagai masalah. Sama ada masalah boleh menjadi kecil atau besar, ia bergantung kepada bagaimana anda melihat masalah tersebut dan anggapan anda terhadapnya.Pekerja yang dilengkapi dengan ilmu, kemahiran berkomunikasi dan berfikiran kreatif, lazimnya lebih bersedia untuk menghadapi saat-saat kesukar. Kemahiran ini perlu ada pada setiap pekerja kerana ia dapat membantu meringankan tekanan sekali gus menggalakkan produktiviti.

Pernah kah anda mengalami situasi seperti dibawah ini

1) Anda bekerja tetapi kerja yang sepatutnya ada buat diambil orang. Apakah perasaan anda sekiranya ini yang terjadi. Dan apabila majikan dapat tahu yang kerja yang dia sepatutnya buat tetapi orang lain buat semata-mata inginkan nama dan pangkat. Majikan mesti akan menganggap kita sebagai orang yang tidak berguna, Sepatutnya sebagai seorang ketua anda sepatutnya menyiasat terlebeih dahulu bukan menengking pekerja tersebut.



2) Pernah kah anda dapat majikan yang hanya tahu mengarah tetapi tak tahu melakukan apa-apa. Sebagai contoh disebabkan kelulusan yang berlainan dan kemahiran berlainan, bidang kerja yang diperolehi tidak sama. Hanya disebabkan oleh pangkat dan gaji yang tinggi anda tidak kisah tentang orang bawahan anda. Sebagai majikan anda sepatutnya mempelajari bidang perkerjaan yang anda ceburi dengan seikhlas hati dan bukan hanya tahu mengarah.



Seseorang pekerja tidak mungkin dapat lari daripada masalah kerja dan pekerja-pekerja lain di sekeliling mereka.


Apakah perkara-perkara yang boleh menimbulkan masalah di tempat kerja?


– Berbalah pendapat dengan rakan sekerja


– Pekerja kerap ponteng kerja


– Pekerja mempunyai mulut jahat dan suka memburuk-burukkan orang lain


– Mempunyai pelanggan yang cerewet dan tidak pernah puas hati dengan perkhidmatan yang diberi


– Terpaksa memikul tugas orang lain


– Majikan yang terlalu cerewet dan tidak suka menerima pendapat pekerja


– Majikan yang tidak prihatin dengan masalah pekerja


– Mempunyai bos yang suka ‘pilih bulu’


– Tidak ada semangat kerja berpasukan


– Gangguan seksual daripada majikan atau rakan sekerja


Masalah besar timbul apabila ada yang cuba lari daripada masalah dan tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menanganinya. Memang tidak ada jaminan bahawa keputusan yang anda ambil adalah yang paling tepat tetapi ia adalah lebih baik daripada tidak mengambil apa-apa tindakan langsung.


Tindakan yang perlu diambil apabila berhadapan dengan masalah:


Kenali masalah tersebut dan menyelesaikan masalah tersebut

Tidak terlalu emosi.Tenangkan fikiran, berbincang mengenai masalah yang dihadapi dengan fikiran terbuka dan anggap masalah sebagai satu cabaran yang boleh diatasi.


beberapa jalan penyelesaian:


Fikirkan apa sahaja dan jangan hadkan pemikiran anda. Jika rasa buntu, bincang masalah tersebut dengan seseorang yang anda percayai dan boleh membantu.


“Bagaimanakah kita hendak menjadi pemimpin yang baik?

Kita harus sedar bahawa pemimpin yang baik akan memberikan kesan yang amat besar terhadap masa depan Islam dan umatnya. Kita juga hendaklah memahami bahawa soal kepimpinan mempunyai kaitan yang amat besar dengan dosa dan pahala dan ia adalah sebahagian tindakan atau perbuatan yang tidak terlepas dari penghakiman Allah terhadap kita pada hari kiamat kelak.”

“Firman Allah dalam Surah al-Muddathir ayat 38 yang bermaksud : “Setiap diri terikat (bertanggungjawab) dengan apa yang telah dikerjakannya”. “
8 ciri-ciri utama sebagai seorang pemimpin yang baik;


1. Seorang yang berupaya untuk menjaga agama dan menegakkan syariat Allah di atas muka bumi, sebaliknya bukan menjadikan agama sebagai ‘istihza’ atau dipermainkan. Justeru amanah sebagai pemimpin sebenarnya adalah ganti diri Rasulullah S.A.W ‘niabatan ‘anin nabi SAW’ untuk memelihara, menjaga dan melaksana syariat Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Haj ayat 41 yang maksudnya : “Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. (Ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan”.

2. Seseorang yang memiliki ‘al-Quwwah’ yakni kekuatan dari semua sudut samada fizikal, spiritual, emosi dan mental. Dalam al-Quran telah dijelaskan kisah dua anak perempuan Nabi Syu’aib a.s. meminta kepadanya agar memilih pekerja mengembala kambing daripada kalangan yang kuat bekerja dan amanah, inikan lagi soal memilih pemimpin yang sudah tentu skop menanggung kerjanya yang lebih luas dan amanahnya sangat besar memerlukan kekuatan semua sudut dan bidang.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Qasas ayat 26 yang maksudnya : “Salah seorang antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan (kita), sesungguhnya sebaikbaik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah”.

3. Seseorang yang memiliki sifat takwa, kerana ciri-ciri inilah yang menjamin seseorang pemimpin itu berintegriti dan takutkan Allah SWT dalam melaksanakan tugas-tugasnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan seandainya mereka itu tetap beriman dan bertakwa nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, seandainya mereka mengetahuinya”. (Surah al-Baqarah ayat 103)

4. Seseorang pemimpin itu mestilah beramanah, adil dan tidak melakukan kezaliman atau diskriminasi kepada mereka yang di bawah pimpinannya. Sifat-sifat ini mesti dimiliki oleh mana-mana pemimpin dan menjadikan ia sebagai prinsip asas pentadbiran untuk menjamin kepimpinannya yang dihormati, disegani dan disayangi. Jauhkan diri daripada pemimpin yang zalim yang tidak memberi keadilan dan hak rakyat untuk bersuara dan berhimpun secara aman.

Firman Allah dalam Surah An-Nisa’ ayat 58 maksudnya : “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya). Apabila kamu menjalankan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil…”.

5. Seseorang pemimpin itu mestilah bertanggungjawab dan tidak sombong kepada mereka yang di bawah pimpinannya. Sikap bertanggungjawab kepada mereka yang di bawah pimpinannya. Sikap bertanggungjawab ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul daripada golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad S.A.W), yang mengambil berat atas sebarang kesusahan yang menimpa kamu, yang sangat menginginkan kebaikan bagi kamu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap makhluk terhadap orang yang beriman”.
(Surah at-Taubat ayat 128)

6. Seseorang pemimpin itu hendaklah tegas dan berpegang teguh kepada prinsip dalam melaksanakan amanah termasuklah mengambil tindakan sewajarnya dalam hal-hal berkaitan penguatkuasaan undang-undang terhadap pihak yang bersalah, sekalipun melibatkan ahli keluarga, kawan mahupun lawan.

Hadis daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya aku akan memotong tangannya”. (Hadis Riwayat al-Bukhari)

7. Seseorang pemimpin itu hendaklah berakhlak, baik budi pekertinya dan menjadi teladan yang baik dalam semua tindak tanduknya.

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi S.A.W bersabda (maksudnya) :“Orang-orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah mereka yang paling baik akhlaknya”. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

8. Seseorang pemimpin itu hendaklah menunaikan janji-janjinya kepada orang bawahannya. Pemimpin yang mengotakan janji adalah pemimpin yang disenangi dan dipercayai oleh orang bawahannya, bukan berdusta dan menghampakan orang bawahannya.

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : “Sesiapa yang diamanahkan oleh Allah untuk memimpin rakyat, lalu dia mati. Pada hari dia mati dalam keadaan dia menipu rakyatnya, maka Allah telah mengharamkan syurga untuknya”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jelaslah kepada kita bahawa dalam soal kepimpinan yang baik tidak boleh dilakukan secara tangkap muat. Sehubungan dengan itu Imam alQurtubi menjelaskan dalam kitab ‘Al-Jamik li Ahkamil Quran’ bahawa, “Bagi umat Islam dalam memilih pemimpin mestilah dari golongan yang adil, ihsan dan mulia. Adapun yang fasik dan zalim mereka tidak layak menjadi pemimpin”.


Perlu diingatkan bahawa, selain menyebabkan pekerja hilang keyakinan diri, kita sendiri telah menaikkan carta kebencian para pekerja kita sendiri.Apalah guna memaki hamun orang,hingga hilang adat kesopanan yang hanya akan menyakitkan emosi kita sendiri dan juga orang lain.


Orang yang dimaki hamun akan menghadapi tekanan yang seterusnya akan menyebabkan prestasi kerja yang menurun.Natijahnya, mengganggu pertumbuhan dan kemajuan sesuatu organisasi.Bukan itu sahaja, malahan yang paling teruk bila stress dibawa balik kerumah.


Kemarahan yang ditahan dilepaskan kepada isteri /anak-anak.Justeru, jika berlarutan akan timbul masalah rumahtangga yang akhirnya berakhir dengan penderaan /penceraian.


Bukan semua orang tahan dengan makian dan cacian. Walau marah macammana sekalipun, jagalah adab dan budi bahasa kita.Itu adalah lebih dari kita menyakitik hati orang sekeliling kita…Hargailah dan layanlah pekerja / orang bawahan kita seperti mana yang kita mahu dihargai dan diberi layanan yang baik oleh mereka juga.


Sekadar berkongsi ilmu , apa yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari saya sendiri. 


PROMOSI BULAN NOVEMBER - OmegaGuard Twin Pack @ DN207/UV67

PROMOSI BULAN NOVEMBER - OmegaGuard Twin Pack @ DN207/UV67



Apakah itu Acid Lemak Omega 3?
• Omega-3 adalah sebuah keluarga rantai panjang asid lemak poli tak tepu (polyunsaturated fatty acid) yang merupakan nutrien penting untuk kesihatan dan perkembangan badan. Malangnya, ini tidak disintesis oleh tubuh manusia dan mesti diperolehi dari diet, vitamin, suplemen atau makanan tambahan.


• Kajian menunjukkan bahawa kedua-dua komponen utama asid lemak omega 3 yang paling bermanfaat adalah EPA (Eicosapentaenoic acid) dan DHA (asid docosahexaenoic). Kajian menunjukkan bahawa setiap asid lemak mempunyai manfaat yang unik. EPA penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan. DHA membantu meningkatkan kepintaran otak, mata, dan sistem saraf utama iaitu penting untuk ibu mengandung, bayi dalam kandungan dan ibu yang sedang menyusu. Ia juga amat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah di dalam pembelajaran.

Penyelidikan saintifik sentiasa memperluaskan pengetahuan kita tentang keperluan pemakanan semasa kehamilan. Antara perkembangan terkini dalam bidang ini ialah kepentingan asid lemak omega 3 dalam perkembangan bayi dalam kandungan yang sihat dan kesihatan ibu hamil.

Apakah itu Acid Lemak Omega 3?
• Omega-3 adalah sebuah keluarga rantai panjang asid lemak poli tak tepu (polyunsaturated fatty acid) yang merupakan nutrien penting untuk kesihatan dan perkembangan badan. Malangnya, ini tidak disintesis oleh tubuh manusia dan mesti diperolehi dari diet, vitamin, suplemen atau makanan tambahan.


• Kajian menunjukkan bahawa kedua-dua komponen utama asid lemak omega 3 yang paling bermanfaat adalah EPA (Eicosapentaenoic acid) dan DHA (asid docosahexaenoic). Kajian menunjukkan bahawa setiap asid lemak mempunyai manfaat yang unik. EPA penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan. DHA membantu meningkatkan kepintaran otak, mata, dan sistem saraf utama iaitu penting untuk ibu mengandung, bayi dalam kandungan dan ibu yang sedang menyusu. Ia juga amat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah di dalam pembelajaran.

Adakah Selamat Untuk Mengambil Minyak Ikan Semasa Mengandung?

• Pengambilan kualiti minyak ikan yang tinggi adalah selamat semasa mengandung. Ikan segar (yang dimakan) sering boleh mengandungi toksin seperti merkuri. Bahan toksin ini boleh disingkir semasa pembuatan dan pemprosesan minyak ikan, dengan penggunaan bahan mentah yang berkualiti dan proses penapisan yang maju.

• Sesetengah jenama minyak ikan adalah kualiti yang lebih tinggi daripada yang lain. Pengeluar minyak ikan bereputasi tinggi boleh menyediakan dokumen keputusan makmal pihak ketiga yang menunjukkan tahap ketulenan minyak ikan mereka.


Apakah Yang Anda Harus Perhatikan Semasa Membeli Minyak Ikan?

• Menyiasat proses pembuatan --- Bagaimana minyak ikan dihasilkan dan apakah standard kualiti bahawa pengilang menggunakan? Semua produk mengandungi minyak ikan di negara ini yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah diuji keselamatan dan kualitinya dan dibuat berdasarkan Amalan Pengilangan Baik (GMP).


• Bau --- Adakah minyak ikan bau hanyir? Kajian menunjukkan bahawa minyak ikan hanya bau yang tidak menyenangkan apabila minyak telah mula merosot dan menjadi tengik. Tambahan, minyak ikan yang berkualiti tinggi tidak akan berbau hanyir.


• Rasa --- Adakah minyak ikan rasa hanyir? Minyak ikan yang segar dan berkualiti tinggi tidak rasa hanyir. Elakkan minyak ikan yang mempunyai rasa kuat atau mengandungi rasa tiruan yang paling mungkin cuba menyembunyikan rasa hanyir minyak tengik.

Berapakah Minyak Ikan Yang Perlu Diambil Oleh Ibu Mengandung?

ISSFAL (Persatuan Antarabangsa bagi Kajian Asid Lemak dan Lipid) telah menubuhkan carta dos minimum yang berikut yang disyorkan:
• Bayi (1-18 bulan): 0-15 lbs: 32 mg / lb EPA + DHA
• Kanak-kanak (1,5-15 yrs): 15 mg / lb EPA + DHA
• Dewasa (15-115 yrs): 500 mg EPA + DHA (Dengan sekurang-kurangnya 220 mg EPA dan 220 mg DHA)
• Wanita mengandung dan menyusu: 300 mg DHA setiap hari


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

sms / whatsapp : 019-866 8615

email : hasheena73@gmail.com

FB Page :Health and you





***************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0198668615 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee 


Kelebihan Set Bersalin/Berpantang Shaklee

Kelebihan Set Bersalin/Berpantang Shaklee


Shaklee menyediakan Set Berpantang yang terdiri daripada vitamin dan supplemen penting yang diperlukan sepanjang tempoh berpantang. Dengan adanya Set Berpantang Shaklee ini, ianya lebih selamat dan terjamin untuk kedua-dua ibu dan bayi. Set ini boleh dimakan sejurus selepas bersalin kerana ianya adalah vitamin semulajadi. Ia juga sesuai bagi ibu yang bersalin normal ataupun pembedahan. Tidak memudaratkan malah memberikan kesihatan dan nutrisi yang baik untuk ibu dan bayi.

 
Set ini mengandungi:

B-Complex 
Sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.

Vitamin C
Penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.  

Vitalea/Multivitamin with Iron 
Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.

Zinc Complex 
Membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Selain itu, turut mengurangkan masalah rambut gugur. Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.
Selain dari set di atas, anda juga boleh menambah (add-on ) vitamin-vitamin lain seperti :
Energizing Soy Protein (ESP)
Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee adalah non GMO soy. Ia juga dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.

OsteMatrix
OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga ( copper ) dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Sekiranya anda mengalami masalah sembelit, insyaAllah ia membantu untuk melawaskan. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

sms / whatsapp : 019-866 8615

email : hasheena73@gmail.com

FB Page :Health and you



***************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0198668615 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee 

1MalaysiaBlogger

Senarai Blog

Agen Shaklee di kawasan anda. Saya membuat penghantaran ke serata Malaysia.

Hubungi saya!

ANDA INGIN BERSHAKLEE? SILA BACA
PESANAN DI BAWAH

Assalamualaikum

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk
penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Sarawak. Setiap pembelian dgn saya atau ID saya, anda layak untuk mendapatkan ini:

FREEGIFT; FREE AFTER SALE CONSULTATION; FREE INVITATION TO EXCLUSIVE FB GROUP FOR CUSTOMER

Boleh PM saya atau email saja di hasheena73@gmail.com juga
sms/call/Whatsapp/Wechat di0198668615 / 012-8844580 untuk anda dapatkan suplemen semulajadi



Pengikut

Informasi




Pengedar Shaklee Anda

Pengedar Shaklee Anda
Di Sarikei, Sarawak. Hubungi Saya di 012-8844580 atau email-hasheena73@gmail.com

My youngest son

My youngest son

My youngest daughter

My youngest daughter

My eldest daughter

My eldest daughter

My eldest son

My eldest son

Sebarang Pertanyaan sila isi borang ini

Nama

E-mel *

Mesej *

Cari Blog Ini

Catatan Popular

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. KEDAI ANEKA JENIS BARANGAN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger