KESAN ROKOK KEPADA PEROKO DAN RISIKO KEPADA ORANG SEKELILING

KESAN ROKOK KEPADA PEROKO DAN RISIKO KEPADA ORANG SEKELILING

Assalamualaikum...


Hari ni teruja nk bercerita tentang rokok...betapa bahayanya rokok ni kepada orang sekeliling...terutamanya mereka yang tersayang :: ISTERI & ANAK-ANAK YANG TIDAK BERDOSA.




TAHUKAH KITA..


Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima



Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.


Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.


Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.


Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.


Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.


Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :

- Melahirkan bayi yang kurang berat badan

- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal


Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak


Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok
Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.


Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.


Faedah Berhenti Merokok
- Hidup lebih lama
- Dapat menghindari racun
- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
- Meningkatkan deria rasa dan bau
- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.


Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok
- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
- Yakinkan diri
- Buat nota peringatan
- Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok"
- Tumpukan pada hari ini
- Sentiasa berfikiran positif
- Dapatkan sokongan
- Lawan keinginan untuk merokok
- Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai
- Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok


Mungkin ada yang kata susahnya nak ikut kesemua tips di atas...ada satu lagi cara mudah Untuk berhenti merokok....


Ini dia tonik yang memang berkesan Untuk menghentikan tabiat merokok ni..tanya dengan satu sudu kecil sekali setiap pagi..boleh membuatkn anda tersenyum bahagia...


Berminat???


Boleh call atau whatsapp terus...jangan tunggu lama2...







Sumber
- Pusat Racun Negara, USM Official Website
- Kementerian Kesihatan Malaysia Official Website
- Institut Kefahaman Islam Malaysia Official Website – IKIM Dalam Media – Berita Harian
- Sabahan.net


sms / whatsapp : 019-866 8615

email : hasheena73@gmail.com

FB Page :Health and you





***************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0198668615 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee 

5 SEBAB SHAKLEE MEMUDARATKAN KESIHATAN ANDA

5 SEBAB SHAKLEE MEMUDARATKAN KESIHATAN ANDA


(WARNING! SILA BACA ARTIKEL SAMPAI HABIS)




Walaupun supplemen Shaklee adalah SELAMAT dan SEMULAJADI, tetapi ada juga sesetengah individu berpenyakit yang tidak boleh mengambil vitamin atau supplemen sewenang-wenangnya (samada Shaklee atau yang jenama lain daripada sumber berkenaan). Anda perlu tahu penyakit anda dan juga tahu vitamin atau supplemen apa yang TIDAK BOLEH anda amalkan yang akan memudaratkan anda sekiranya anda mengambil vitamin atau supplemen berikut.


Anda perlu memberitahu dahulu sejarah latar belakang kesihatan anda jika mempunyai penyakit yang berkaitan supaya senang untuk kita memberikan cadangan vitamin atau supplemen yang sesuai untuk permasalahan anda dan mengelakkan vitamin-vitamin yang tidak sesuai untuk anda.



Mari kita lihat apakah kaitannya vitamin dengan penyakit SLE, G6PD, Thalasemia, Hypothyroid dan Hyperthyroid tersebut:-


5 SEBAB SHAKLEE TIDAK SESUAI DENGAN ANDA



1) PENGHIDAP PENYAKIT SLE


– Pengidap SLE TIDAK BOLEH mengamalkan supplemen Alfalfa dan juga Vitalea. Dalam Vitalea juga mengandungi sedikit campuran Alfalfa. Jika anda mahu juga mengambilnya sebagai Multivitamin dan Multimineral anda, anda perlu mendapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu.









2) PENGHIDAP PENYAKIT G6PD

– Pesakit G6PD dan bagi anda yang menyusukan anak dan anak anda mengalami masalah G6PD, anda juga TIDAK BOLEHmengambil supplemen ESP, Cinch Shake, Vita E dan Lechitin (sumber dari soya) dan Alfalfa.

-Namun begitu setiap individu berbeza tahapnya terhadap setiap jenis makanan. Kenal pasti makanan yang tidak sesuai dgn anda dan rujuk doktor sekiranya berlaku sebarang simpotom.







Reference:

Food to avoid
List of legumes to avoid



3) PENGHIDAP PENYAKIT THALASEMIA



– Pengambilan iron yang berlebihan oleh pesakit thalasemia boleh memudaratkan diri mereka. Jadi, pesakit thalasemia TIDAK BOLEHmengambil supplemen Vitalea kerana Vitalea telah diformulasikan dengan tambahan IRON di dalamnya.









4) PENGHIDAP PENYAKIT HYPERTHYROID

– Pesakit Hyperthyoid tidak digalakkan mengambil iodine kerana kandungan iodine mereka yang sudah tinggi di dalam darah. Jadi supplemen yang
TIDAK BOLEH diambil ialah Vitalea kerana di dalam Vitalea ada kandungan IODINE dan juga supplemen Alfalfa



5) PENGHIDAP PENYAKIT HYPOTHYROID



– Pesakit Hypothyroid pula TIDAK BOLEHmengambil ESP kerana boleh menyebabkan kekurangan rembesan hormon thyroid dan tidak digalakkan mengambil carotomax sebab hormon thyroid diperlukan untuk tukar beta-corotene kepada vitamin A. Jadi, ia tidak memberikan apa-apa manfaat kepada pesakit.









NOTA TAMBAHAN:

1) Bekas pesakit/ pesakit Endometriosis, fibroid, cyst, breast lump dinasihatkan elakkan ESP, Cinch Shake, Vita E, Lechitin dan alfalfa kerana mengandungi phytoestrogen.

2) Pesakit yang mengambil ubat cair darah (WARFARIN) tidak dibenarkan mengambil Alfalfa kerana kandungan vitamin K dalamnya boleh memekatkan darah.




DISCLAIMER: DIHARAPKAN TIADA DIKALANGAN PEMBACA YANG MEMBUAT ANDAIAN ATAU SALAH FAHAM, 5 PENYAKIT YANG DINYATAKAN SAHAJA YANG TIDAK SESUAI DENGAN SUPLEMEN SHAKLEE MAHUPUN PRODUK/MAKANAN LAIN YANG BERKAITAN.


PASTIKAN ANDA MEMBELI DENGAN PENJUAL YANG MEMBERI KONSULTASI YANG BETUL UTK MENGELAKKAN BERLAKU KESILAPAN.




sms / whatsapp : 019-866 8615

email : hasheena73@gmail.com

FB Page :Health and you





***************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0198668615 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee 

SEKADAR BERKONGSI

SEKADAR BERKONGSI



Assalamualaikum rasanya lama dah tak update blog saya ini. Sibuk sangat !!! Baru ada kelapangan..


Hari ini sheena ingin berkongsi permasalahan yang dihadapi sesetengah pekerja. Dan sheena tak pasti sama ada anda mengalami atau tidak tetapi ini yang sheena rasa. Semua yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari sheena. Disini Sheena ingin memohon maaf sekiranya artikel ini menyinggung perasaan anda.





TIADA manusia yang tidak mempunyai masalah. Hakikatnya, saban hari kita dibebankan dengan pelbagai masalah. Sama ada masalah boleh menjadi kecil atau besar, ia bergantung kepada bagaimana anda melihat masalah tersebut dan anggapan anda terhadapnya.Pekerja yang dilengkapi dengan ilmu, kemahiran berkomunikasi dan berfikiran kreatif, lazimnya lebih bersedia untuk menghadapi saat-saat kesukar. Kemahiran ini perlu ada pada setiap pekerja kerana ia dapat membantu meringankan tekanan sekali gus menggalakkan produktiviti.

Pernah kah anda mengalami situasi seperti dibawah ini

1) Anda bekerja tetapi kerja yang sepatutnya ada buat diambil orang. Apakah perasaan anda sekiranya ini yang terjadi. Dan apabila majikan dapat tahu yang kerja yang dia sepatutnya buat tetapi orang lain buat semata-mata inginkan nama dan pangkat. Majikan mesti akan menganggap kita sebagai orang yang tidak berguna, Sepatutnya sebagai seorang ketua anda sepatutnya menyiasat terlebeih dahulu bukan menengking pekerja tersebut.



2) Pernah kah anda dapat majikan yang hanya tahu mengarah tetapi tak tahu melakukan apa-apa. Sebagai contoh disebabkan kelulusan yang berlainan dan kemahiran berlainan, bidang kerja yang diperolehi tidak sama. Hanya disebabkan oleh pangkat dan gaji yang tinggi anda tidak kisah tentang orang bawahan anda. Sebagai majikan anda sepatutnya mempelajari bidang perkerjaan yang anda ceburi dengan seikhlas hati dan bukan hanya tahu mengarah.



Seseorang pekerja tidak mungkin dapat lari daripada masalah kerja dan pekerja-pekerja lain di sekeliling mereka.


Apakah perkara-perkara yang boleh menimbulkan masalah di tempat kerja?


– Berbalah pendapat dengan rakan sekerja


– Pekerja kerap ponteng kerja


– Pekerja mempunyai mulut jahat dan suka memburuk-burukkan orang lain


– Mempunyai pelanggan yang cerewet dan tidak pernah puas hati dengan perkhidmatan yang diberi


– Terpaksa memikul tugas orang lain


– Majikan yang terlalu cerewet dan tidak suka menerima pendapat pekerja


– Majikan yang tidak prihatin dengan masalah pekerja


– Mempunyai bos yang suka ‘pilih bulu’


– Tidak ada semangat kerja berpasukan


– Gangguan seksual daripada majikan atau rakan sekerja


Masalah besar timbul apabila ada yang cuba lari daripada masalah dan tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menanganinya. Memang tidak ada jaminan bahawa keputusan yang anda ambil adalah yang paling tepat tetapi ia adalah lebih baik daripada tidak mengambil apa-apa tindakan langsung.


Tindakan yang perlu diambil apabila berhadapan dengan masalah:


Kenali masalah tersebut dan menyelesaikan masalah tersebut

Tidak terlalu emosi.Tenangkan fikiran, berbincang mengenai masalah yang dihadapi dengan fikiran terbuka dan anggap masalah sebagai satu cabaran yang boleh diatasi.


beberapa jalan penyelesaian:


Fikirkan apa sahaja dan jangan hadkan pemikiran anda. Jika rasa buntu, bincang masalah tersebut dengan seseorang yang anda percayai dan boleh membantu.


“Bagaimanakah kita hendak menjadi pemimpin yang baik?

Kita harus sedar bahawa pemimpin yang baik akan memberikan kesan yang amat besar terhadap masa depan Islam dan umatnya. Kita juga hendaklah memahami bahawa soal kepimpinan mempunyai kaitan yang amat besar dengan dosa dan pahala dan ia adalah sebahagian tindakan atau perbuatan yang tidak terlepas dari penghakiman Allah terhadap kita pada hari kiamat kelak.”

“Firman Allah dalam Surah al-Muddathir ayat 38 yang bermaksud : “Setiap diri terikat (bertanggungjawab) dengan apa yang telah dikerjakannya”. “
8 ciri-ciri utama sebagai seorang pemimpin yang baik;


1. Seorang yang berupaya untuk menjaga agama dan menegakkan syariat Allah di atas muka bumi, sebaliknya bukan menjadikan agama sebagai ‘istihza’ atau dipermainkan. Justeru amanah sebagai pemimpin sebenarnya adalah ganti diri Rasulullah S.A.W ‘niabatan ‘anin nabi SAW’ untuk memelihara, menjaga dan melaksana syariat Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Haj ayat 41 yang maksudnya : “Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. (Ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan”.

2. Seseorang yang memiliki ‘al-Quwwah’ yakni kekuatan dari semua sudut samada fizikal, spiritual, emosi dan mental. Dalam al-Quran telah dijelaskan kisah dua anak perempuan Nabi Syu’aib a.s. meminta kepadanya agar memilih pekerja mengembala kambing daripada kalangan yang kuat bekerja dan amanah, inikan lagi soal memilih pemimpin yang sudah tentu skop menanggung kerjanya yang lebih luas dan amanahnya sangat besar memerlukan kekuatan semua sudut dan bidang.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Qasas ayat 26 yang maksudnya : “Salah seorang antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan (kita), sesungguhnya sebaikbaik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah”.

3. Seseorang yang memiliki sifat takwa, kerana ciri-ciri inilah yang menjamin seseorang pemimpin itu berintegriti dan takutkan Allah SWT dalam melaksanakan tugas-tugasnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan seandainya mereka itu tetap beriman dan bertakwa nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, seandainya mereka mengetahuinya”. (Surah al-Baqarah ayat 103)

4. Seseorang pemimpin itu mestilah beramanah, adil dan tidak melakukan kezaliman atau diskriminasi kepada mereka yang di bawah pimpinannya. Sifat-sifat ini mesti dimiliki oleh mana-mana pemimpin dan menjadikan ia sebagai prinsip asas pentadbiran untuk menjamin kepimpinannya yang dihormati, disegani dan disayangi. Jauhkan diri daripada pemimpin yang zalim yang tidak memberi keadilan dan hak rakyat untuk bersuara dan berhimpun secara aman.

Firman Allah dalam Surah An-Nisa’ ayat 58 maksudnya : “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya). Apabila kamu menjalankan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil…”.

5. Seseorang pemimpin itu mestilah bertanggungjawab dan tidak sombong kepada mereka yang di bawah pimpinannya. Sikap bertanggungjawab kepada mereka yang di bawah pimpinannya. Sikap bertanggungjawab ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul daripada golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad S.A.W), yang mengambil berat atas sebarang kesusahan yang menimpa kamu, yang sangat menginginkan kebaikan bagi kamu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap makhluk terhadap orang yang beriman”.
(Surah at-Taubat ayat 128)

6. Seseorang pemimpin itu hendaklah tegas dan berpegang teguh kepada prinsip dalam melaksanakan amanah termasuklah mengambil tindakan sewajarnya dalam hal-hal berkaitan penguatkuasaan undang-undang terhadap pihak yang bersalah, sekalipun melibatkan ahli keluarga, kawan mahupun lawan.

Hadis daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya aku akan memotong tangannya”. (Hadis Riwayat al-Bukhari)

7. Seseorang pemimpin itu hendaklah berakhlak, baik budi pekertinya dan menjadi teladan yang baik dalam semua tindak tanduknya.

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi S.A.W bersabda (maksudnya) :“Orang-orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah mereka yang paling baik akhlaknya”. (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

8. Seseorang pemimpin itu hendaklah menunaikan janji-janjinya kepada orang bawahannya. Pemimpin yang mengotakan janji adalah pemimpin yang disenangi dan dipercayai oleh orang bawahannya, bukan berdusta dan menghampakan orang bawahannya.

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : “Sesiapa yang diamanahkan oleh Allah untuk memimpin rakyat, lalu dia mati. Pada hari dia mati dalam keadaan dia menipu rakyatnya, maka Allah telah mengharamkan syurga untuknya”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jelaslah kepada kita bahawa dalam soal kepimpinan yang baik tidak boleh dilakukan secara tangkap muat. Sehubungan dengan itu Imam alQurtubi menjelaskan dalam kitab ‘Al-Jamik li Ahkamil Quran’ bahawa, “Bagi umat Islam dalam memilih pemimpin mestilah dari golongan yang adil, ihsan dan mulia. Adapun yang fasik dan zalim mereka tidak layak menjadi pemimpin”.


Perlu diingatkan bahawa, selain menyebabkan pekerja hilang keyakinan diri, kita sendiri telah menaikkan carta kebencian para pekerja kita sendiri.Apalah guna memaki hamun orang,hingga hilang adat kesopanan yang hanya akan menyakitkan emosi kita sendiri dan juga orang lain.


Orang yang dimaki hamun akan menghadapi tekanan yang seterusnya akan menyebabkan prestasi kerja yang menurun.Natijahnya, mengganggu pertumbuhan dan kemajuan sesuatu organisasi.Bukan itu sahaja, malahan yang paling teruk bila stress dibawa balik kerumah.


Kemarahan yang ditahan dilepaskan kepada isteri /anak-anak.Justeru, jika berlarutan akan timbul masalah rumahtangga yang akhirnya berakhir dengan penderaan /penceraian.


Bukan semua orang tahan dengan makian dan cacian. Walau marah macammana sekalipun, jagalah adab dan budi bahasa kita.Itu adalah lebih dari kita menyakitik hati orang sekeliling kita…Hargailah dan layanlah pekerja / orang bawahan kita seperti mana yang kita mahu dihargai dan diberi layanan yang baik oleh mereka juga.


Sekadar berkongsi ilmu , apa yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari saya sendiri. 


PROMOSI BULAN NOVEMBER - OmegaGuard Twin Pack @ DN207/UV67

PROMOSI BULAN NOVEMBER - OmegaGuard Twin Pack @ DN207/UV67



Apakah itu Acid Lemak Omega 3?
• Omega-3 adalah sebuah keluarga rantai panjang asid lemak poli tak tepu (polyunsaturated fatty acid) yang merupakan nutrien penting untuk kesihatan dan perkembangan badan. Malangnya, ini tidak disintesis oleh tubuh manusia dan mesti diperolehi dari diet, vitamin, suplemen atau makanan tambahan.


• Kajian menunjukkan bahawa kedua-dua komponen utama asid lemak omega 3 yang paling bermanfaat adalah EPA (Eicosapentaenoic acid) dan DHA (asid docosahexaenoic). Kajian menunjukkan bahawa setiap asid lemak mempunyai manfaat yang unik. EPA penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan. DHA membantu meningkatkan kepintaran otak, mata, dan sistem saraf utama iaitu penting untuk ibu mengandung, bayi dalam kandungan dan ibu yang sedang menyusu. Ia juga amat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah di dalam pembelajaran.

Penyelidikan saintifik sentiasa memperluaskan pengetahuan kita tentang keperluan pemakanan semasa kehamilan. Antara perkembangan terkini dalam bidang ini ialah kepentingan asid lemak omega 3 dalam perkembangan bayi dalam kandungan yang sihat dan kesihatan ibu hamil.

Apakah itu Acid Lemak Omega 3?
• Omega-3 adalah sebuah keluarga rantai panjang asid lemak poli tak tepu (polyunsaturated fatty acid) yang merupakan nutrien penting untuk kesihatan dan perkembangan badan. Malangnya, ini tidak disintesis oleh tubuh manusia dan mesti diperolehi dari diet, vitamin, suplemen atau makanan tambahan.


• Kajian menunjukkan bahawa kedua-dua komponen utama asid lemak omega 3 yang paling bermanfaat adalah EPA (Eicosapentaenoic acid) dan DHA (asid docosahexaenoic). Kajian menunjukkan bahawa setiap asid lemak mempunyai manfaat yang unik. EPA penting untuk mengurangkan risiko penyakit jantung, sistem imun, dan tindak balas keradangan. DHA membantu meningkatkan kepintaran otak, mata, dan sistem saraf utama iaitu penting untuk ibu mengandung, bayi dalam kandungan dan ibu yang sedang menyusu. Ia juga amat berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah di dalam pembelajaran.

Adakah Selamat Untuk Mengambil Minyak Ikan Semasa Mengandung?

• Pengambilan kualiti minyak ikan yang tinggi adalah selamat semasa mengandung. Ikan segar (yang dimakan) sering boleh mengandungi toksin seperti merkuri. Bahan toksin ini boleh disingkir semasa pembuatan dan pemprosesan minyak ikan, dengan penggunaan bahan mentah yang berkualiti dan proses penapisan yang maju.

• Sesetengah jenama minyak ikan adalah kualiti yang lebih tinggi daripada yang lain. Pengeluar minyak ikan bereputasi tinggi boleh menyediakan dokumen keputusan makmal pihak ketiga yang menunjukkan tahap ketulenan minyak ikan mereka.


Apakah Yang Anda Harus Perhatikan Semasa Membeli Minyak Ikan?

• Menyiasat proses pembuatan --- Bagaimana minyak ikan dihasilkan dan apakah standard kualiti bahawa pengilang menggunakan? Semua produk mengandungi minyak ikan di negara ini yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah diuji keselamatan dan kualitinya dan dibuat berdasarkan Amalan Pengilangan Baik (GMP).


• Bau --- Adakah minyak ikan bau hanyir? Kajian menunjukkan bahawa minyak ikan hanya bau yang tidak menyenangkan apabila minyak telah mula merosot dan menjadi tengik. Tambahan, minyak ikan yang berkualiti tinggi tidak akan berbau hanyir.


• Rasa --- Adakah minyak ikan rasa hanyir? Minyak ikan yang segar dan berkualiti tinggi tidak rasa hanyir. Elakkan minyak ikan yang mempunyai rasa kuat atau mengandungi rasa tiruan yang paling mungkin cuba menyembunyikan rasa hanyir minyak tengik.

Berapakah Minyak Ikan Yang Perlu Diambil Oleh Ibu Mengandung?

ISSFAL (Persatuan Antarabangsa bagi Kajian Asid Lemak dan Lipid) telah menubuhkan carta dos minimum yang berikut yang disyorkan:
• Bayi (1-18 bulan): 0-15 lbs: 32 mg / lb EPA + DHA
• Kanak-kanak (1,5-15 yrs): 15 mg / lb EPA + DHA
• Dewasa (15-115 yrs): 500 mg EPA + DHA (Dengan sekurang-kurangnya 220 mg EPA dan 220 mg DHA)
• Wanita mengandung dan menyusu: 300 mg DHA setiap hari


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

sms / whatsapp : 019-866 8615

email : hasheena73@gmail.com

FB Page :Health and you





***************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0198668615 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee 


Kelebihan Set Bersalin/Berpantang Shaklee

Kelebihan Set Bersalin/Berpantang Shaklee


Shaklee menyediakan Set Berpantang yang terdiri daripada vitamin dan supplemen penting yang diperlukan sepanjang tempoh berpantang. Dengan adanya Set Berpantang Shaklee ini, ianya lebih selamat dan terjamin untuk kedua-dua ibu dan bayi. Set ini boleh dimakan sejurus selepas bersalin kerana ianya adalah vitamin semulajadi. Ia juga sesuai bagi ibu yang bersalin normal ataupun pembedahan. Tidak memudaratkan malah memberikan kesihatan dan nutrisi yang baik untuk ibu dan bayi.

 
Set ini mengandungi:

B-Complex 
Sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.

Vitamin C
Penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.  

Vitalea/Multivitamin with Iron 
Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.

Zinc Complex 
Membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Selain itu, turut mengurangkan masalah rambut gugur. Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah 'kedinginan' selepas bersalin.
Selain dari set di atas, anda juga boleh menambah (add-on ) vitamin-vitamin lain seperti :
Energizing Soy Protein (ESP)
Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee adalah non GMO soy. Ia juga dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.

OsteMatrix
OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga ( copper ) dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Sekiranya anda mengalami masalah sembelit, insyaAllah ia membantu untuk melawaskan. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

sms / whatsapp : 019-866 8615

email : hasheena73@gmail.com

FB Page :Health and you



***************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0198668615 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee 

5 Perkara JANGAN SHARE Dalam FaceBook/Blog

5 Perkara JANGAN SHARE Dalam FaceBook/Blog

Sekarang ni, FaceBook dan blog tu dah jadi macam satu dunia baru... orang2 zaman moden ni bersosial, beraktiviti dalam FaceBook. Bangun2 pagi check FaceBook, nak tido pun FaceBook lagi... sampaikan taktau bila time buat aktiviti lain sebab asyik update status FaceBook atau blog aje.

Tapi.. FaceBook.. update status tu jangan lupa KITA MENDEDAHKAN INFO KITA! Apalagi blogging. Semua orang boleh baca. Ada beberapa perkara yang kita tak boleh share di public. Walaupun "Wall/blog aku, suka hati aku lah!" Namun... terlajak update buruk padahnya.

Ada beberapa benda yang tak wajar kita nak kongsi di FaceBook dan blog, antaranya...

Alamat Rumah/Check In

Melainkan profil kita untuk 'Only Me', atau friends kita cuma di kalangan adik-beradik kita je... atau blog private, janganlah boh alamat rumah kita di profile. Ataupun check-ins di rumah sendiri... walaupun kita letak macam2 nama.. 'Syyhh place' la.... 'On my bed' la...

Easy target, ingat tu. Jangan expose alamat rumah kita.

"Saya Sedang Bercuti!"

Ini lagi easy target... kalau dah expose alamat rumah, & expose bila masanya kita tak ada di rumah.. senang2 orang boleh plan nak masuk rumah tanpa dijemput >__<

Kalau nak share status atau gambar2 macam ni, set untuk kawan2 rapat atau family saja... boleh set pada album, untuk dilihat oleh orang2 tertentu je.

Ataupun, post gambar atau cerita bila kita dah balik. Senang.

Privasi Anak-Anak

Protect anak-anak kita.. Jangan terlalu expose info atau gambar mereka di public. Baik FaceBook mahupun blog... terutama blog ni ha... we do not know who's watching them!

Kat luar sana ada pedophiles yang gila dengan budak-budak... jadi bila nak tempek gambar anak-anak, terutama anak perempuan... walaupun baby, tempeklah gambar lengkap berpakaian... gambar bogel2 tu letak privasi... pedophiles boleh jadi naik syeh kot tengok gambar budak2 macam tu.

Apa lagi info detail tentang mereka, umur berapa, tinggi berapa, berat berapa, sekolah di mana... urgh! Protect anak-anak kita ni..

Layout Rumah

Terutama yang baru masuk rumah baru, mesti excited nak share gambar rumah, gambar bilik, gambar pintu, gambar toilet...

Ini bahaya sebenarnya ya, bila kita tunjuk layout rumah kita... orang boleh PLAN macamana cara terbaik nak pecah masuk dalam rumah! Lagi2 bila dah ada layout, walaupun asing-asing gambarnya tapi orang jahat sekarang makin bijak.

Complaint Boss/Mak Ayah/Mak Mentua/Pasangan..

Kok ye nak lepas geram tak payah cerita detail sebut nama/pangkat semua. Mereka pun entah2 ada blog & FB jugak.. sama2 jaga keharmonian...

Sama-sama kita berpesan-pesan ya. Kalau excited sangat nak kongsi benda yang patutnya secret, buat group secret dengan family ke kawan rapat ke, update lah, upload lah sesuka hati. Terutama yang melibatkan orang lain dalam family kita. Kita mungkin tak kisah..'siapa la yang baca blog aku kan' tapi jangan terantuk dulu baru tergadah.
Kenapa Soya Tidak Baik Untuk Lelaki?

Kenapa Soya Tidak Baik Untuk Lelaki?

Nutrisi adalah sains, bukan kepercayaan semata-mata. Walau bagaimanapun, bila masuk bab soya, ia tak jadi berasaskan fakta tapi tanggapan dan kepercayaan saja… (dan benda yang viral!). Biasanya yang disebarkan tentang soya ialah, ia menyebabkan lelaki menjadi seperti wanita (pondan) dan menurunkan kesuburan lelaki, kerana ia meningkatkan paras estrogen (hormon wanita). Benarkah perkara ni? Teruskan membaca dan saya akan terangkan.

“Soya tak elok untuk lelaki?”

Soya Menyebabkan Lelaki Menjadi Lembut

Kandungan phytoestrogen di dalam soya dikatakan satu perkara yang menjadi kerisauan, kerana ditakuti mempengaruhi kelelakian kaum adam yang mengambilnya. Kaum lelaki memerlukan hormon testosteron untuk menjadikan kelelakiannya berfungsi, manakala wanita pula memerlukan hormon estrogen. Tapi, bagaimana kalau hormon estrogen ni ada pada lelaki? Takut, kan? Lelaki lembut! Sotong! Pondan!
Tapi sebenarnya, banyak kajian dibuat untuk membuktikan perkara ni… Dan hasilnya:
“Soybean isoflavone exposure does not have feminizing effects on men: a critical examination of the clinical evidence.” Fertil Steril. 2010 May 1;93(7):2095 –104.
Laporan tersebut membuktikan bahawa isoflavon dalam soya tidak memberi kesan ‘kewanitaan’ kepada kaum lelaki.

Soya Menurunkan Paras Hormon Kelelakian

Bila hormon kelelakian menurun, lelaki menjadi mandul, tak subur. Menjejas produktiviti. Benarkan pengambilan soya menjejeas kesuburan lelaki?  Yang bagusnya ia cuma tanggapan semata-mata.
“Clinical studies show no effects of soy protein or isoflavones on reproductive hormones in men: results of a meta-analysis.” Fertil Steril. 2010 Aug;94(3):997–1007″
Laporan yang dihasilkan selepas ujian klinikal untuk mengkaji kesan soya terhadap lelaki —> PROTEIN SOYA TIDAK MEMBERI KESAN KEPADA HORMON LELAKI.
Malah, sebenarnya pengambilan soya sangat penting untuk lelaki, berdasarkan laporan kajian ini:
“Soy protein isolate and protection against cancer.” J Am Coll Nutr. 2005 Apr;24(2):146S –9S.
“Feasibility of a low-fat/high-fiber diet intervention with soy supplementation in prostate cancer patients after prostatectomy.” Eur J Clin Nutr. 2008 Apr;62(4):526 –36.
Protein Soya mengurangkan risiko kanser prostat!
Nampaknya cerita-cerita buruk tentang soya hanyalah tanggapan semata-mata. Berhentilah menyebarkan keburukan soya yang tidak berasas, kerana mungkin kita telah menjauhkan orang lain dari perkara-perkara yang boleh membantu dalam meningkatkan kesihatan mereka.
Jadi, kenapa nak sebarkan lagi bahawa soya tidak baik untuk lelaki? Kenapa nak kata soya tak baik untuk lelaki?

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

sms / whatsapp : 019-866 8615

email : hasheena73@gmail.com

FB Page :Health and you





***************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0198668615 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee 


Masalah jerawat batu pulih selepas konsisten amalkan Shaklee

Masalah jerawat batu pulih selepas konsisten amalkan Shaklee

Setuju atau tidak jika saya katakan, setiap individu khususnya orang perempuan pasti mahukan kulit wajah yang cantik, bersih, mulus dan bebas cela? Masalah kulit wajah yang paling digeruni oleh ramai orang sudah tentu sekali JERAWAT!

Adakah anda menderita masalah kulit wajah berjerawat?
Jangan biarkan ia terus menghantui anda!



Cuba anda bayang, sedangkan jika kulit wajah anda timbul seketul jerawat pun dah mula mengelabah, bagaimana pula jika jerawat tumbuh bagaikan cendewan yang membiak selepas hujan seperti gambar di atas? Huhu sudah tentu sekali perkara ini merunsingkan.

Sudahlah otak jadi serabut sebab muka dah comot, tahap keyakinan diri juga menjunam sedalam-dalamnya. Bab sakit tu tak payah nak ceritalah. Bila tengok cermin pula, muka dah jadi seakan-akan kawah bulan huhu.

Bagi yang mengalami masalah jerawat yang lebih kronik pula, selain diejek rakan-rakan, jangan terkejut jika ada yang sampai enggan nak keluar rumah sebab malu dengan masalah jerawat yang bagaikan tiada penghujungnya.

Dalam pada itu, walaupun dewasa ini terdapat pelbagai produk penjagaan kulit ditawarkan di pasaran, namun hasilnya tak selalu seperti yang dijanjikan. Duit dah beribu ringgit habis dilebur tapi keadaan kulit wajah anda masih di takuk lama. Aaahhh bertambah stresslah jawabnya!

Sebab itulah bagi anda yang sedang melalui fasa sebegini, adalah lebih baik jika anda beralih kepada berikhtiar melalui penjagaan kesihatan dalaman pula. Iyelah, kalau sekadar jaga luaran saja, tak menjadi juga. Dalaman pun perlulah diberi perhatian sama. Barulah hasilnya nanti betul-betul mantap dan meletops.

Pengambilan vitamin tertentu boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan kulit seseorang. Kulit manusia juga terdiri daripada sel-sel hidup. Bila sel-sel ini mendapat khasiat yang sepatutnya pada kadar yang mencukupi, barulah ianya boleh menjadi sihat sebagaimana anda mahukan.

Berikut saya kongsikan antara vitamin yang baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit anda:

Vitamin A (Carotomax)


Vitamin A Shaklee turut dikenali sebagai Carotomax. Ianya bertindak sebagai exfoliant semulajadi yang lembut bagi menanggalkan sel-sel kulit mati yang termendap di lapisan atas kulit. Dengan menghapuskan sel-sel mati ini, ianya dapat menghalang pori-pori kulit menjadi tersumbat punca pembentukan jerawat serta bintik hitam. Selain itu, ianya juga menggalakkan kesihatan kulit dengan mengawal sistem imun sekaligus mengurangkan kesan hormon dan tindak balas keradangan pada kulit.


B Complex


Pengambilan Vitamin B Complex dapat membantu mengurang dan melegakan tekanan. Ini penting kerana kajian telah menunjukkan bahawa tekanan dan stress akan menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon antara punca utama terjadinya jerawat.

Vitamin C

Vitamin C mampu bertindak dalam mengurangkan kemerahan dan keradangan akibat jerawat, mengekalkan tahap kolagen yang sihat, merangsang sistem imun dan merupakan agen antioksidan yang kuat.


Vitamin E


Vitamin E sangat disarankan dalam memulih dan mengatasi masalah jerawat kerana ia membantu mencegah kerosakan pada membran sel kulit, mempercepatkan penyembuhan parut jerawat dan bertindak sebagai antioksidan yang kuat (sama seperti Vitamin C). Ia juga membantu mengawal selia vitamin A di dalam badan.


ESP

Protein sangat penting dalam proses membaikpulih sel. Pengambilan protein yang mencukupi akan mempercepatkan pemulihan parut jerawat menjadikan kulit wajah lebih licin dan mulus. Di samping itu, ESP juga terbukti mampu mencerahkan kulit secara selamat dan semulajadi.


Sementara itu, suka saya ingatkan, vitamin ini bertindak sebagai makanan kepada sel-sel badan termasuklah sel-sel kulit kita. Justeru, proses pemulihannya mengambil masa sebagaimana badan kita mengambil masa untuk menjadi sihat selepas sakit. Oleh itu, janganlah pula beranggapan makan vitamin hari ini, esok kulit terus jadi cantik dan licin ya. Sebaliknya, berilah ia peluang untuk memperbaiki dan memulihkan sel-sel lama yang sudah rosak dan menggantikannya dengan sel-sel baru yang lebih sihat dan baik.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

sms / whatsapp : 019-866 8615

email : hasheena73@gmail.com

FB Page :Health and you





***************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0198668615 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee 



Penyakit Tibi : Rawatan dan Pencegahan

Penyakit Tibi : Rawatan dan Pencegahan



Sebelum ni saya kurang ambik serius dengan penyakit tibi ni sebab saya fikir ia adalah penyakit yang ‘biasa-biasa’ jer…cam tak percaya penyakit tibi ni amat serius dan boleh membawa maut. Atas keprihatinan sy terhadap penyakit tibi ni (cewwahhh…), maka sy share artikel ini dengan semua…. peringatan juga utk sy sendiri supaya lebih berhati-hati dengan persekitaran yang semakin tercemar……tak kira tinggal di kampung atau bandar, risiko tetap ada…..so, jaga diri semua yea..jangan biar penyakit tibi menyelubungi diri anda




Apakah penyakit tibi?
Tibi adalah sejenis penyakit berbahaya yang membawa maut jika tidak dirawat.
Ianya disebabkan oleh kuman Tibi.
Kuman Tibi biasanya menjangkiti paru-paru tapi boleh juga menyerang organ-organ badan yang lain seperti tulang, otak, kulit, kelenjar, buah pinggang dan sebagainya.

Ini pula info yg sy perolehi dr wikipidea..

Batuk kering atau penyakit tuberkulosis (sering digelar tibi) adalah jangkitan bakteria Mycobacterium tuberculosis, yang biasanya menyerang paru-paru (TB pulmonari) dan ia juga mampu menyerang sistem saraf tunjang (meningitis), sistem limfa, sistem peredaran(TB miliari), sistem genitourinari, tulang, sendi dan lain-lain.
Di Malaysia, penyakit tibi pada suatu ketika dahulu pernah menjadi pembunuh utama kepada penduduk di negara ini (ketika itu Tanah Melayu -Malaya) di antara tahun 1945 hingga 1957. Kini, seramai 15,852 orang dilaporkan menghidap penyakit batuk kering di negara ini pada 2003 iaitu bersamaan dengan kadar insiden sebanyak 64 kes bagi setiap 100,000 penduduk menurut laporan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad. Secara umumnya, terdapat penurunan trend kadar insiden batuk kering di Malaysia iaitu pada kadar dua peratus setahun sejak sepuluh tahun lepas.



Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mendapati imunisasi BCG yang diberikan kepada bayi baru lahir tidak memberi perlindungan sepenuhnya terhadap jangkitan batuk kering. Imunisasi BCG hanya melindungi kanak-kanak daripada mendapat penyakit batuk kering yang teruk. Apabila kanak-kanak meningkat dewasa, risiko jangkitan ini adalah sama dengan orang dewasa lain yang tidak mendapat imunisasi BCG.

Adalah sukar untuk menentukan bilakah penyakit batuk kering dapat dihapuskan di Malaysia ini memandangkan banyak faktor yang menyumbang kepada kemunculan semula penyakit ini, antaranya termasuk :-

Pendatang asing secara haram tidak disaring daripada penyakit ini.
Pesakit lambat atau tidak mendapatkan rawatan kerana jahil tentang penyakit ini.

Kementerian Kesihatan khususnya bahagian kawalan penyakit berjangkit sentiasa berusaha secara intensif untuk membasmikan semua penyakit berjangkit daripada terus menular di Malaysia.

Mengikut turutan penyakit berjangkit dunia, penyakit tibi berada di tangga ketujuh dan ia tidak pernah berubah sejak tahun 1990.

Tanda dihidapi penyakit;
Batuk berdarah atau berkahak.
Sakit di bahagian dada.
Lemah dan keletihan.
Susut berat badan.
Kehilangan selera.
Menggigil.
Demam.
Berpeluh waktu malam.

Mereka Mungkin Diserang;
Menyerang tidak kira kaum, bangsa atau umur, namun kumpulan berisiko tinggi adalah:
Mereka yang dijangkiti AIDS (virus HIV).
Mereka yang mendampingi pesakit batuk kering.
Rakyat asing daripada negara yang mempunyai kadar jangkitan batuk kering yang tinggi.
Sesetengah bangsa dan etnik minoriti.
Mereka yang kekurangan zat dan vitamin.
Pemabuk dan penagih dadah yang dijangkiti HIV.

Cara Batuk Kering Merebak;

Batuk kering merebak melalui udara. Apabila penghidap batuk atau bersin, mereka mengeluarkan bakteria dalam udara akan dihidu orang sekeliling.




Apabila seseorang menghidu bakteria batuk kering, bakteria tersebut akan bertapak di dalam paru-paru dan membesar serta bergerak melalui darah kepada buah pinggang, tulang belakang dan otak.
Langkah pencegahan tibi;
Bayi-bayi yang baru lahir mestilah diberikan suntikan imunisasi BCG
Dapatkan suntikan dos kedua sekiranya tiada bekas parut dan pada umur 12 tahun
BCG diberikan percuma di semua hospital serta klinik kesihatan kerajaan untuk mereka yang berumur 20 tahun ke bawah
Sekiranya batuk berterusan lebih daripada dua minggu, segeralah berjumpa doktor untuk menguji kahak anda
Ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pesakit tibi dalam tempoh yang lama hendaklah tampil menjalani pemeriksaan.

Golongan berisiko tinggi mendapat jangkitan tibi;
Penduduk miskin yang tinggal di desa mahupun di bandar-bandar
Pembawa HIV
Mereka yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, buah pinggang
Pesakit yang mengambil ubat steroid dalam jangka waktu yang lama
Warga tua.

Cara dan kaedah mendiagnos tibi;
Jika mengalami batuk berpanjangan, anda hendaklah melakukan pemeriksaan sapuan kahak di bawah mikroskop bagi mengesan kehadiran kuman tibi. Ujian kahak boleh dilakukan di pusat kesihatan mahupun hospital kerajaan berhampiran secara percuma.
Pemeriksaan sinaran X dada juga boleh menunjukkan kerosakan yang mungkin berlaku pada paru-paru anda.

Rawatan tibi;

Rawatan biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan walaupun pesakit berasa sihat dalam tempoh berkenaan. Pada dua bulan pertama, rawatan harian akan diberikan, biasanya mengandungi sebanyak empat jenis ubat makan yang disaksikan oleh pengamal perubatan atau orang lain yang dilantik sebagai penyelia.

Peringkat rawatan seterusnya dilakukan dua kali seminggu selama empat bulan, biasanya melibatkan tiga jenis ubat, juga diambil di bawah penyeliaan. Jika rawatan ini diikuti secara tetap, pesakit berkenaan boleh disembuhkan.

Sumber:
Unit Promosi Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah 2001
Wikipedia ( suntingan terakhir 1 Februari 2013 )

Apakah pula suplemen SHAKLEE yang boleh dicadangankan kepada pesakit Tibi? jom kita lihat….antaranya ialah;




* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

sms / whatsapp : 019-866 8615

email : hasheena73@gmail.com

FB Page :Health and you





***************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0198668615 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee 






Vitamin Buat Si Perokok Tegar ( Set Berhenti Merokok Shaklee)

Vitamin Buat Si Perokok Tegar ( Set Berhenti Merokok Shaklee)


Vitamin Buat Si Perokok Tegar ( Set Berhenti Merokok Shaklee)

Assalamualaikum... terpanggil nak berkongsi tentang rokok dan merokok. cuba kita audit adakah orang terdekat kita dekat dengan rokoK dengan erti kata lain penghisap rokok. Teringat kata-kata seorang rakan sekuliah dahulu "hisap rokok boleh hilang stress..lagi-lagi stress kerja" hurmmm saya pasti kebanyakan yang menghisap rokok mempunyai alasan yang sama.

Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.





Ada yang nak sangat berhenti tapi menyatakan bahawa ianya SUSAH & PAYAH. Sabarlah, perlahan-lahan. Terlalu drastik takut anda hanya mampu bertahan sekejap sahaja tanpa rokok. Berubahlah demi kesihatan yang lebih baik. Perokok sekunder juga terjejas kesihatan kerana anda.


Kesan Jangka Panjang Bagi Si Perokok:

- Barah ( contoh: paru-paru, payudara, mulut, tekak dan usus)
- Penyakit jantung
- Angin ahmar/ strok
- Penyakit berkaitan paru-pari ( contoh bronkitis, lelah dsb)
- Penyakit mulut dan gusi
- Ulser (perut, peptic)
- Osteoporosis
- Kemandulan
- Kurang bernafsu dalam perhubungan seks
- Mati pucuk


Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :


- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal


Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :

- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak

 


Di Shaklee kami mempunyai beberapa supplement cadangan sesuai untuk anda yang ingin berhenti merokok secara sihat dan kekal. Anda tidak perlu mengambil semua supplement cadangan dibawah. Pilihlah mengikut kesesuaian anda. Untuk mengetahui set yang sesuai untuk anda boleh terus hubungi saya dan saya akan consult mengikut keperluan dan budget anda.


Berikut antara supplemen lain yang dicadangkan :

1) Vivix - Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular
2) Nutriferon - Merangsang sistem imun
3) Vitamin C - Antioksidan. Merokok mengurangkan vitamin C secara mendadak
4) B-Complex - Perlu dalam sistem selular enzim perokok yang rosak
5) Caratomax - Pemulihan membran mukosa. Perlindungan peparu
6) Alfalfa - Detoksifikasi yang melindungi peparu, hati, otak, tisu
7) DTX Complex - Detoksifikasi yang melindungi peparu, hati, otak, tisu





sms / whatsapp : 019-866 8615

email : hasheena73@gmail.com

FB Page :Health and you







***************************************************************** Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di Sarawak (SID 869586). Melakukan penghantaran ke seluruh negara/Indonesia/Brunai melalui pos laju. Berminat boleh hubungi saya di 0198668615 atau email di hasheena73@gmail.com Konsultansi percuma sepanjang bergelar pelanggan Sheena E Shop House. ********************************************************************************** Mahu Jadi Ahli Shaklee? Jangan Tunggu Lagi. Jadi Ahli, Jaga Kesihatan, Tambah Pendapatan. Hubungi saya untuk menjadi rakan seperjuangan di Shaklee 
1MalaysiaBlogger

Senarai Blog

Agen Shaklee di kawasan anda. Saya membuat penghantaran ke serata Malaysia.

Hubungi saya!

ANDA INGIN BERSHAKLEE? SILA BACA
PESANAN DI BAWAH

Assalamualaikum

Saya adalah wakil Shaklee anda untuk
penghantaran serata Malaysia. Pilihan COD di kawasan Sarawak. Setiap pembelian dgn saya atau ID saya, anda layak untuk mendapatkan ini:

FREEGIFT; FREE AFTER SALE CONSULTATION; FREE INVITATION TO EXCLUSIVE FB GROUP FOR CUSTOMER

Boleh PM saya atau email saja di hasheena73@gmail.com juga
sms/call/Whatsapp/Wechat di0198668615 / 012-8844580 untuk anda dapatkan suplemen semulajadi



Pengikut

Informasi




Pengedar Shaklee Anda

Pengedar Shaklee Anda
Di Sarikei, Sarawak. Hubungi Saya di 012-8844580 atau email-hasheena73@gmail.com

My youngest son

My youngest son

My youngest daughter

My youngest daughter

My eldest daughter

My eldest daughter

My eldest son

My eldest son

Sebarang Pertanyaan sila isi borang ini

Nama

E-mel *

Mesej *

Cari Blog Ini

Catatan Popular

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. KEDAI ANEKA JENIS BARANGAN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger